Muzium & Galeri Melaka

Call Directions Website Contact the museum

Muzium & Galeri Melaka Official Page Perbadanan Muzium Melaka
Talian Utama : +606-333 3333 samb. 3700 Melaka kaya dengan tempat-tempat yang menarik dan bersejarah.

Sebut sahaja Melaka, terbayang di fikiran, sebuah negeri bersejarah yang mempunyai keunikan tersendiri. Umum telah mengetahui bahawa sejarah Malaysia berakar umbi dari bumi bertuah ini sejak 600 tahun lampau. Kecemerlangan dan kemakmuran masa silamnya membuatkan Melaka terkemuka zaman-berzaman menjadi tumpuan pedagang-pedagang dari Timur dan Barat serta menjadi sebutan di kalangan kuasa Portugis, Belanda dan Inggeris. Kewujudan bangsa Melayu sebagai teras serta komuniti lain termasuk Baba Nyonya, Chetti dan Portugis hasil daripada pertembungan pengaruh dan budaya telah mewarnakan catatan sejarah di samping memperagakan ragam budaya yang menarik di bumi Melaka. Dalam usaha menambahkan daya tarikan, maka muzium-muzium telah ditubuhkan sebagai gedung koleksi peradaban bagi mengekalkan warisan, memupuk semangat cintakan negara di kalangan rakyat Malaysia dan memenuhi citarasa pengunjung yang dahagakan ilmu pengetahuan. Kesemuanya ini akan menyempurnakan misi menjadikan Melaka sebagai negeri pemuziuman. Kesan peninggalan yang ada berupaya mencetuskan minat para pengkaji dan pencinta sejarah. Sesungguhnya, sejarahnya telah membangkitkan kesedaran di kalangan masyarakat tentang betapa masyhurnya Melaka di mata dunia.

Jangan lupa tonton dokumentari khas ini. Sungai Melaka: Saksi Warisan & Peradaban mengajak penonton melihat sungai bukan...
21/10/2026

Jangan lupa tonton dokumentari khas ini.
Sungai Melaka: Saksi Warisan & Peradaban mengajak penonton melihat sungai bukan sekadar sebagai peninggalan sejarah, tetapi sebagai nadi yang terus menghubungkan masa lalu, masa kini dan masa hadapan Melaka.

πŸ“Ί TV1
πŸ—“οΈ Sabtu | 24 Oktober 2026
⏰ 10.30 malam

Sungai Melaka : Saksi Warisan & Peradaban

Sungai Melaka bukan sekadar aliran air yang membelah kota, tetapi saksi perjalanan panjang sebuah peradaban. Dari zaman kegemilangan Kesultanan Melaka, kemunculan Melaka sebagai entrepot perdagangan dunia, era penjajahan sehinggalah wajah Melaka moden hari ini, sungai ini terus mengalir membawa kisah manusia, budaya dan sejarah.

Dokumentari khas ini menyusuri sejarah dan transformasi Sungai Melaka, menyingkap warisan yang pernah tumbuh di sepanjang bantarannya serta kehidupan masyarakat yang menjadikan sungai ini sebahagian daripada identiti mereka. Sungai Melaka: Saksi Warisan & Peradaban mengajak penonton melihat sungai bukan sekadar sebagai peninggalan sejarah, tetapi sebagai nadi yang terus menghubungkan masa lalu, masa kini dan masa hadapan Melaka.

πŸ“Ί TV1
πŸ—“οΈ Sabtu | 24 Oktober 2026
⏰ 10.30 malam



Berita Ehwal Semasa RTM Melaka
RTM - Radio Televisyen Malaysia

21/10/2026

✨ SATU MINGGU, SATU ARTIFAK ✨

πŸŽ’ Koleksi Minggu Ini: Beg Peti Sekolah Era Klasik

Beg peti sekolah ini menjadi antara pilihan beg yang popular dalam kalangan murid ketika era persekolahan sekitar tahun 1950-an hingga 1970-an. Reka bentuknya yang kukuh dengan pengancing logam dan pemegang menjadikannya sebahagian daripada kelengkapan persekolahan pada zaman tersebut.

Walaupun berbeza daripada beg sekolah moden hari ini, beg peti ini menyimpan kenangan dan mencerminkan perubahan dalam kehidupan serta pengalaman persekolahan generasi terdahulu.

πŸ“ Muzium Pendidikan, Melaka

https://vt.tiktok.com/ZSgDtmKtB/

Program 'Melaka Museum Fun Walk 2026' anjuran Perbadanan Muzium Melaka (PERZIM) telah dilaksanakan dalam bentuk aktiviti...
19/10/2026

Program 'Melaka Museum Fun Walk 2026' anjuran Perbadanan Muzium Melaka (PERZIM) telah dilaksanakan dalam bentuk aktiviti 'indoor' pada 13 Oktober 2026 (Selasa) bertempat di Bilik Seminar, Muzium Rakyat. Pindaan aktiviti daripada berjalan kaki kepada senam aerobik secara 'indoor' dibuat atas faktor keselamatan keadaan bacaan IPU Jerebu di Melaka yang berada pada tahap tidak sihat. Walaupun aktiviti asal terpaksa diubah, program ini tetap berlangsung dengan pengisian aktiviti fizikal yang menggalakkan gaya hidup sihat, di samping mengekalkan semangat kebersamaan dalam kalangan warga kerja PERZIM. Semoga program anjuran Jawatankuasa Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) PERZIM dan Kelab Sukan dan Kebajikan (KSK) PERZIM ini dapat meningkatkan kesedaran tentang kepentingan menjaga kesihatan dan mengamalkan gaya hidup aktif dalam persekitaran yang selamat.

Kompleks Muzium Samudera ditutup sementara, ada masalah teknikal. Akan dimaklumkan pembukaan semula selepas selesai kerj...
16/10/2026

Kompleks Muzium Samudera ditutup sementara, ada masalah teknikal. Akan dimaklumkan pembukaan semula selepas selesai kerja teknikal.

πŠπ”ππ‰π”ππ†π€π π€πŠπ€πƒπ„πŒπˆπŠ 𝐏𝐄𝐋𝐀𝐉𝐀𝐑 𝐒𝐀𝐑𝐉𝐀𝐍𝐀 πŒπ”πƒπ€ π’π€πˆππ’ π’π„ππˆππˆππ€ π”ππˆπ•π„π‘π’πˆπ“πˆ πŒπ€π‹π€π˜π€πŸπŸ“ πŽπŠπ“πŽππ„π‘ πŸπŸŽπŸπŸ” –  Bahagian Pembangunan, PERZIM ...
16/10/2026

πŠπ”ππ‰π”ππ†π€π π€πŠπ€πƒπ„πŒπˆπŠ 𝐏𝐄𝐋𝐀𝐉𝐀𝐑 𝐒𝐀𝐑𝐉𝐀𝐍𝐀 πŒπ”πƒπ€ π’π€πˆππ’ π’π„ππˆππˆππ€ π”ππˆπ•π„π‘π’πˆπ“πˆ πŒπ€π‹π€π˜π€

πŸπŸ“ πŽπŠπ“πŽππ„π‘ πŸπŸŽπŸπŸ” – Bahagian Pembangunan, PERZIM telah menerima kunjungan seramai 62 orang pelajar Tahun 3, Sarjana Muda Sains Senibina, Universiti Malaya bersama empat (4) orang pensyarah pengiring iaitu Prof. Madya Dr. Norafida binti Ab Ghafar, Arkitek Quake Huay Tin, Dr. Nur Mazidah binti Che Ghani dan Dr. Nurdiyana binti Zainal Abidin.

Taklimat ringkas bertajuk β€œMelaka Bandaraya Warisan Dunia” telah disampaikan oleh Ts. Faiz bin Mohd Baharom, Kurator, Bahagian Pembangunan bagi menyokong tugasan akademik pelajar iaitu β€œMelaka Living Hub”.

Diharapkan perkongsian ini dapat memupuk kesedaran generasi muda dalam memelihara warisan demi kelestarian untuk generasi akan datang.



𝐋𝐀𝐖𝐀𝐓𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐍𝐆𝐀𝐑𝐀𝐇 πŒπŽπ“π€π‚ ππ„π†π„π‘πˆ πŒπ„π‹π€πŠπ€ πŠπ„ πŒπ”π™πˆπ”πŒ πŽπ‘π€ππ† π€π’π‹πˆ14 Oktober 2026, Muzium Orang Asli telah menerima kunjungan dar...
15/10/2026

𝐋𝐀𝐖𝐀𝐓𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐍𝐆𝐀𝐑𝐀𝐇 πŒπŽπ“π€π‚ ππ„π†π„π‘πˆ πŒπ„π‹π€πŠπ€ πŠπ„ πŒπ”π™πˆπ”πŒ πŽπ‘π€ππ† π€π’π‹πˆ

14 Oktober 2026, Muzium Orang Asli telah menerima kunjungan daripada Pengarah MOTAC Negeri Melaka. Turut mengiringi lawatan ialah Encik Mohd Shukry bin Abdullah, Kurator Bahagian Penyelidikan dan Dokumentasi PERZIM.

Lawatan ini menjadi platform untuk melihat dengan lebih dekat peranan muzium dalam memelihara dan memartabatkan warisan serta kebudayaan masyarakat Orang Asli, di samping memperkukuh hubungan kerjasama dalam usaha memajukan sektor pelancongan dan warisan negeri Melaka.

Terima kasih diucapkan kepada pihak MOTAC Negeri Melaka atas kunjungan ke Muzium Orang Asli.

πŠπ”ππ‰π”ππ†π€π πƒπ„π‹π„π†π€π’πˆ πˆπ‚πŽπŒπŽπ’ 𝐀𝐍𝐓𝐀𝐑𝐀𝐁𝐀𝐍𝐆𝐒𝐀 πŸπŸ‘ πŽπ€π­π¨π›πžπ« πŸπŸŽπŸπŸ” : Perbadanan Muzium Melaka (PERZIM) telah menerima kunjungan dele...
13/10/2026

πŠπ”ππ‰π”ππ†π€π πƒπ„π‹π„π†π€π’πˆ πˆπ‚πŽπŒπŽπ’ 𝐀𝐍𝐓𝐀𝐑𝐀𝐁𝐀𝐍𝐆𝐒𝐀

πŸπŸ‘ πŽπ€π­π¨π›πžπ« πŸπŸŽπŸπŸ” : Perbadanan Muzium Melaka (PERZIM) telah menerima kunjungan delegasi pakar warisan antarabangsa daripada ICOMOS International Scientific Committee on Shared Built Heritage (ISCSBH).

Kunjungan ini diketuai oleh Dr. Maria JosΓ© de Freitas, Presiden ICOMOS ISCSBH, bersama delegasi yang terdiri daripada wakil dan pakar warisan dari Portugal dan Perancis serta wakil ICOMOS Malaysia.

Antara delegasi lain yang hadir ialah:

Dr. Soraya Genin – Naib Presiden ICOMOS Portugal
Dr. Antoine Bruguerolle – Mantan Presiden ICOMOS Perancis
Dr. Ana Pereira bersama suami
Dr. Manuel Santos
Dr. Paula Cordeiro
Dr. Hanna Sihac
Dr. Jean Luc
Dr. Cilisia Ornelas
Li Pei Feng – Pengerusi NSC-CIIC ICOMOS Malaysia

Pertemuan ini bertemakan Dialogue on Shared Built Heritage (SBH) Collaboration in Melaka, yang menjadi platform dialog dan perkongsian pandangan mengenai potensi kerjasama dalam bidang warisan binaan bersama di Melaka.

Kunjungan ini turut membuka ruang kepada perkongsian ilmu, pertukaran kepakaran dan pengukuhan jaringan kerjasama antarabangsa dalam usaha memelihara serta melestarikan warisan sejarah dan seni bina negeri Melaka.

Galeri Demang tutup sementara ya.
13/10/2026

Galeri Demang tutup sementara ya.

✨ SATU MINGGU, SATU ARTIFAK ✨πŸͺ Koleksi Minggu Ini: Wau Jala Budi dan Reka Bentuk RangkaWau Jala Budi merupakan antara wa...
12/10/2026

✨ SATU MINGGU, SATU ARTIFAK ✨

πŸͺ Koleksi Minggu Ini: Wau Jala Budi dan Reka Bentuk Rangka

Wau Jala Budi merupakan antara warisan seni wau tradisional Melayu yang menampilkan kehalusan seni dan kreativiti dalam pembuatannya. Hiasan bermotifkan flora serta perincian pada rangkanya menyerlahkan keunikan dan nilai estetika seni kraf tradisional ini.

Keindahan reka bentuknya bukan sekadar mencerminkan kemahiran pertukangan, malah menjadi lambang warisan seni dan budaya yang terus dihargai hingga kini.

πŸ“ Muzium Layang-Layang (Muzium Rakyat), Melaka

Address

Kompleks Warisan Melaka, Jalan Kota, Banda Hilir
Malacca City
75000

Opening Hours

Tuesday 09:00 - 17:00
Wednesday 09:00 - 17:00
Thursday 09:00 - 17:00
Friday 09:00 - 17:00
Saturday 09:00 - 17:00
Sunday 09:00 - 17:00

Telephone

+6062826526

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Muzium & Galeri Melaka posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Museum

Send a message to Muzium & Galeri Melaka:

Shortcuts

Share