Muzium Seni Bina Malaysia - Page Rasmi

Muzium Seni Bina Malaysia - Page Rasmi Muzium Seni Bina Malaysia telah ditubuhkan pada tahun 2004.
(1)

Muzium Seni Bina Malaysia di bawah pengurusan Jabatan Muzium Malaysia Wilayah Selatan adalah satu-satunya muzium yang memberikan gambaran mengenai keunikan, keistimewaan dan ketinggian mutu warisan seni bina yang terdapat di Malaysia. Objektif utamanya adalah untuk mempamerkan keunikan dan kepelbagaian warisan seni bina di Malaysia selain mengendali dan menyediakan maklumat asas mengenai sejarah s

erta perkembangan seni bina yang terdapat di negara ini. Lebih menarik lagi bangunan yang merupakan sebuah muzium ini juga merupakan sebuah bangunan warisan seni bina penjajahan Belanda sekitar tahun 1700-an.

04/05/2026

04/05/2026

Unity Fun Walk " Jejak Busana Budaya" sempena Sambutan Minggu Perpaduan Peringkat Zon Selatan 2026.

Jom sertai..

04/05/2026

01/05/2026

Kementerian Perpaduan Negara akan menganjurkan Sambutan Minggu Perpaduan Peringkat Zon Selatan 2026 mulai 8 hingga 10 Mei 2026 (Jumaat hingga Ahad) bertempat di Dataran Memorial Pengisytiharan Kemerdekaan, Melaka bermula pada 10.00 pagi hingga 10.00 malam.

Pelbagai aktiviti menarik antaranya Food Unites, Rumah KAMI, Arkib Komuniti & Sukan Rakyat, Eksplorasi Memorial@Negara Bangsa, Pertandingan Peragaan Kebaya Cilik dan banyak lagi.

Datang eh, jangan tak datang! Jumpa kat sana nanti.

Mana lagi, Melaka lerrr..
Masuk Percuma!!!!

Aaron Ago Dagang
Yuneswaran Ramaraj
Haslina Abdul Hamid
Sobri Daud
Perpaduan Melaka
Arkib Negara Malaysia
Melaka Hari Ini





01/05/2026

Kementerian Perpaduan Negara akan menganjurkan Sambutan Minggu Perpaduan Peringkat Zon Sarawak mulai 9 dan 10 Mei 2026 ( Sabtu & Ahad) bertempat di Boulevard Mall, Miri Sarawak bermula pada 10.00 pagi hingga 10.00 malam.

Pelbagai aktiviti menarik antaranya Rumah KAMI, Rewang Kenduri Rakyat, Karnival Ekonomi RT progresif, Demonstrasi Pembuatan Pua Kumbu dan banyak lagi.

Juh… mari rami-rami kita memeriahkan Sambutan Minggu Perpaduan 2026 Peringkat Zon Sarawak kali tok.

Masuk Percuma!!!!

Aaron Ago Dagang
Yuneswaran Ramaraj
Haslina Abdul Hamid
Sobri Daud
Page Jabatan Perpaduan Sarawak
Sarawak Edition
Berita RTM Sarawak
SARAWAKfm





Tanggal 1 Mei merupakan hari yang penuh bermakna untuk kita bersama-sama menzahirkan penghargaan ke atas segala usaha, k...
01/05/2026

Tanggal 1 Mei merupakan hari yang penuh bermakna untuk kita bersama-sama menzahirkan penghargaan ke atas segala usaha, keringat, dan dedikasi para pekerja di seluruh negara.

​Bersesuaian dengan tema sambutan pada tahun ini, iaitu “Pekerja MADANI, KESUMA Bangsa”, ia jelas menekankan peranan penting setiap pekerja sebagai tulang belakang kepada pembangunan negara serta pemelihara warisan luhur bangsa.

​Terima kasih atas segala sumbangan dan bakti anda. Selamat Hari Pekerja!

​Ikhlas daripada,
Pengarah serta seluruh warga kerja
Muzium Seni Bina Malaysia 🏛️





29 April 2026, Rabu – Muzium Seni Bina Malaysia menerima lawatan akademik daripada pelajar Semester 4, Diploma Pengurusa...
29/04/2026

29 April 2026, Rabu – Muzium Seni Bina Malaysia menerima lawatan akademik daripada pelajar Semester 4, Diploma Pengurusan Maklumat, Universiti Teknologi MARA (UiTM) Cawangan Rembau. Lawatan ini diadakan bagi tujuan pengumpulan data kajian untuk kursus Penerbitan Elektronik (IMD236).

Program Lawatan Berpandu ini melibatkan seramai 7 orang pelajar dan bertujuan memberi pendedahan secara langsung terhadap sumber rujukan serta aplikasi sebenar dalam bidang pengurusan maklumat.

Pihak Muzium Seni Bina Malaysia merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih atas inisiatif serta komitmen para pelajar dalam menjayakan kajian akademik ini.

Semoga jalinan kerjasama antara institusi pendidikan dan muzium ini dapat diteruskan demi kelestarian ilmu serta pemerkasaan warisan pada masa hadapan.





JASIN, 24 April 2026– Program Muzium @ Komuniti telah berjaya dilangsungkan dengan jayanya melalui penganjuran pelbagai ...
24/04/2026

JASIN, 24 April 2026– Program Muzium @ Komuniti telah berjaya dilangsungkan dengan jayanya melalui penganjuran pelbagai pengisian yang bermanfaat, merangkumi pameran, bengkel, serta aktiviti pendidikan permuziuman.

Majlis Penutup bagi program tersebut telah disempurnakan oleh YBrs. Sr. Mohamad Kelana bin Juwid, Pengarah Kolej Komuniti Jasin. Majlis ini turut dihadiri oleh Encik Mokhtar bin Tamby Ahmad, Pengarah Muzium Seni Bina Malaysia dan Encik Anuar bin Mohd Ali, Ketua Program STS.

Sekalung tahniah diucapkan kepada Kumpulan Dojan atas kejayaan cemerlang merangkul gelaran juara bengkel “Dari Tapak ke Galeri” serta kepada Kumpulan Skytex dan Komangarmy atas pencapaian prestasi yang membanggakan. Syabas dan tahniah juga dipanjangkan kepada kesemua peserta atas iltizam, keberanian meneroka kemahiran baharu, serta kesungguhan jitu yang ditunjukkan sepanjang program ini berlangsung.

Pihak Muzium Seni Bina Malaysia merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada seluruh warga Kolej Komuniti Jasin, khususnya pihak pengurusan dan para peserta daripada Program Sijil Teknologi Senibina. Adalah menjadi harapan kami agar jalinan kerjasama strategik antara institusi pendidikan dan institusi permuziuman ini dapat terus diperkukuh pada masa hadapan demi kelestarian ilmu serta pemeliharaan warisan negara.







JASIN, 23 April 2026 - Penganjuran hari kedua program Muzium @ Komuniti di Kolej Komuniti Jasin telah diisi dengan pelba...
23/04/2026

JASIN, 23 April 2026 - Penganjuran hari kedua program Muzium @ Komuniti di Kolej Komuniti Jasin telah diisi dengan pelbagai aktiviti yang komprehensif, termasuklah sesi lawatan berpandu, kuiz interaktif Kahoot, dan pemasangan kit STEM Mr. D.I.Y. iaitu Robot Dinosaur.

Bagi memastikan kelancaran acara, sesi lawatan para pelajar telah dijadualkan secara berperingkat mengikut empat program pengajian, iaitu Sijil Multimedia Kreatif Pengiklanan, Sijil Perkhidmatan Logistik, Sijil Teknologi Maklumat, dan Sijil Teknologi Senibina. Secara keseluruhannya, inisiatif ini telah berjaya menyediakan platform yang bermanfaat kepada kesemua pelajar daripada pelbagai jurusan tersebut untuk menimba ilmu pengetahuan baharu serta menghayati pengisian pameran dengan lebih mendalam.






JASIN, 22 April 2026 - Program Muzium @ Komuniti telah bermula dengan jayanya di Kolej Komuniti Jasin. Program komprehen...
23/04/2026

JASIN, 22 April 2026 - Program Muzium @ Komuniti telah bermula dengan jayanya di Kolej Komuniti Jasin. Program komprehensif ini dijadualkan berlangsung selama tiga hari berturut-turut bertujuan untuk mendekatkan warga akademik dan masyarakat setempat dengan warisan negara. Bersempena dengan penganjuran ini, Muzium Seni Bina Malaysia membawakan pameran bergerak yang bertajuk "Garis dan Akar: Lensa Lim Chong Keat" khusus untuk tatapan para pengunjung.

Sebagai pengisian utama pada hari pertama program, sebuah bengkel intensif bertajuk Dari Tapak ke Galeri: Integratif Bangunan Lama (Melalui Perspektif Muzium) telah dilaksanakan. Sesi pemindahan ilmu ini disasarkan secara khusus kepada para pelajar jurusan Senibina bagi memperluas pemahaman mereka terhadap proses pengurusan pameran berteraskan seni bina warisan.

Objektif utama pelaksanaan bengkel ini adalah untuk mendedahkan para pelajar kepada teknik dokumentasi visual yang berkesan, merangkumi penggunaan gambar dan video. Melalui program sehari ini, para peserta telah dibimbing untuk menterjemahkan dapatan serta nilai sejarah dari tapak bangunan lama kepada sebuah bentuk penceritaan visual yang mematuhi standard pameran galeri. ​Bagi memastikan pemahaman yang menyeluruh, sesi pembelajaran telah dijalankan secara interaktif yang merangkumi aktiviti praktikal (hands-on). Bengkel ini kemudiannya diakhiri dengan sesi pembentangan berkumpulan yang membolehkan para pelajar mengaplikasikan segala ilmu dokumentasi dan penceritaan visual yang telah dipelajari.






Address

Muzium Seni Bina Malaysia, No. 1, Jalan Kota
Melaka
75000

Opening Hours

Monday 09:00 - 17:00
Tuesday 09:00 - 17:00
Wednesday 09:00 - 17:00
Thursday 09:00 - 17:00
Friday 09:00 - 17:00
Saturday 09:00 - 17:00
Sunday 09:00 - 16:00

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Muzium Seni Bina Malaysia - Page Rasmi posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share