Galeri Sultan Nazrin Shah

Call Directions Website Contact the museum

Galeri Sultan Nazrin Shah Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Galeri Sultan Nazrin Shah, Art Gallery, Level 5, Universiti Malaya Chancellery, Kuala Lumpur.

The Official Page of Galeri Sultan Nazrin Shah (Sultan Nazrin Shah Gallery)

Monday - Saturday: 9:00 AM - 4:30 PM

Visitors are subject to the dress code and regulations stipulated by UM.

A visit from 30 students Holy Cross of Davao, Filipina at UM Immersive 120, Universiti Malaya on Thursday, 22 October 20...
22/10/2026

A visit from 30 students Holy Cross of Davao, Filipina at UM Immersive 120, Universiti Malaya on Thursday, 22 October 2026.

๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ๐Ÿ‡จ๐Ÿ‡ณ Kunjungan Akademik dari Tianjin University- South China University of TechnologyKami menerima kunjungan daripada wa...
13/10/2026

๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ๐Ÿ‡จ๐Ÿ‡ณ Kunjungan Akademik dari Tianjin University- South China University of Technology

Kami menerima kunjungan daripada wakil Tianjin University dan South China University of Technology, China ke Galeri Sultan Nazrin Shah, Universiti Malaya. Kunjungan ini turut disertai oleh Prof. Dr. Hasniza Zaman Huri, Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa), Universiti Malaya.

Lawatan ini memberikan peluang kepada para pelawat untuk mengenali dengan lebih dekat sejarah, seni dan warisan Universiti Malaya melalui koleksi serta karya seni yang dipamerkan di galeri. Kunjungan ini juga mencerminkan komitmen Universiti Malaya dalam memperkukuh hubungan akademik dan kerjasama antarabangsa dengan institusi pendidikan tinggi dari luar negara.

Semoga kunjungan ini menjadi platform yang bermakna dalam memperluas jaringan kerjasama, perkongsian ilmu dan pertukaran budaya antara Malaysia dan China.

Terima kasih atas kunjungan ke Galeri Sultan Nazrin Shah, Universiti Malaya. ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ๐Ÿ‡จ๐Ÿ‡ณโœจ

๐ŸŽจ PENGHARGAAN DAN TERIMA KASIH | BENGKEL SENI CATAN: AKRILIKSetinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih diucapka...
12/10/2026

๐ŸŽจ PENGHARGAAN DAN TERIMA KASIH | BENGKEL SENI CATAN: AKRILIK

Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang telah menjayakan Bengkel Seni Catan: Akrilik anjuran Galeri Sultan Nazrin Shah, Universiti Malaya.

Penghargaan khusus ditujukan kepada tenaga pengajar, Saudara Hidayat Nordin, atas perkongsian ilmu, bimbingan dan tunjuk ajar dalam memperkenalkan teknik serta penghasilan karya seni catan akrilik kepada para peserta.

Terima kasih juga kepada semua peserta yang telah memberikan komitmen dan menyertai bengkel ini dengan penuh semangat. Semoga ilmu dan pengalaman yang diperoleh dapat menyemarakkan minat terhadap seni visual serta menjadi inspirasi untuk terus berkarya dan meneroka kreativiti.

Semoga usaha ini terus menyumbang kepada perkembangan seni dan budaya serta memperkukuh peranan Galeri Sultan Nazrin Shah sebagai ruang perkongsian ilmu dan apresiasi seni.

Terima kasih atas sokongan dan kerjasama semua pihak! ๐Ÿ’™๐Ÿ’›

๐ŸŽจ SEDANG BERLANGSUNG | BENGKEL SENI CATAN: AKRILIK ๐Ÿ–Œ๏ธSedang berlangsung Bengkel Seni Catan: Akrilik anjuran Galeri Sulta...
06/10/2026

๐ŸŽจ SEDANG BERLANGSUNG | BENGKEL SENI CATAN: AKRILIK ๐Ÿ–Œ๏ธ

Sedang berlangsung Bengkel Seni Catan: Akrilik anjuran Galeri Sultan Nazrin Shah, Universiti Malaya, pada hari ini, 6 Oktober 2026 (Selasa).

Bengkel ini dikendalikan oleh Hidayat Nordin dan berlangsung dari jam 9.00 pagi hingga 5.00 petang. Para peserta berpeluang meneroka teknik dan kreativiti dalam seni catan akrilik, di samping menimba ilmu serta pengalaman baharu dalam penghasilan karya seni.

Semoga bengkel ini menjadi platform untuk menyemarakkan minat terhadap seni visual dan mengembangkan bakat kreatif dalam kalangan peserta. ๐Ÿ–ผ๏ธโœจ

06/10/2026

SEDANG BERLANGSUNG ๐ŸŽจ

BENGKEL SENI CATAN: AKRILIK

Bengkel ini menghimpunkan para peserta untuk meneroka kreativiti dan mengekspresikan idea melalui seni catan menggunakan cat akrilik.

Bengkel ini menjadi ruang untuk peserta mengenali teknik asas catan akrilik, bereksperimen dengan warna serta menghasilkan karya seni berdasarkan kreativiti masing-masing.

Semoga bengkel ini dapat menyemarakkan minat terhadap seni visual serta memupuk penghargaan terhadap keindahan dan nilai seni dalam kalangan peserta. ๐Ÿ–Œ๏ธ๐ŸŽจ

๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ๐Ÿ‡ฎ๐Ÿ‡ฉ Kunjungan Delegasi Universitas Negeri Padang, IndonesiaGaleri Sultan Nazrin Shah, Universiti Malaya telah menerima ...
01/10/2026

๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ๐Ÿ‡ฎ๐Ÿ‡ฉ Kunjungan Delegasi Universitas Negeri Padang, Indonesia

Galeri Sultan Nazrin Shah, Universiti Malaya telah menerima kunjungan daripada rombongan delegasi Universitas Negeri Padang (UNP), Indonesia pada 22 September 2026.

Kunjungan ini memberikan peluang kepada para delegasi untuk mengenali dengan lebih dekat koleksi karya seni yang terdapat di Galeri Sultan Nazrin Shah, selain mendapatkan pengalaman mengenai perkembangan seni dan warisan budaya dalam konteks Universiti Malaya.

Semoga kunjungan ini dapat menjadi platform untuk perkongsian ilmu, pengalaman dan budaya, di samping mengeratkan hubungan serta jaringan kerjasama antara Universiti Malaya dan Universitas Negeri Padang. โœจ

Terima kasih atas kunjungan dan selamat datang ke Universiti Malaya! ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ๐Ÿ‡ฎ๐Ÿ‡ฉ

๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ Kunjungan dari Universiti Teknologi Malaysia, Kuala LumpurKunjungan seramai 30 orang warga Universiti Teknologi Malay...
01/10/2026

๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ Kunjungan dari Universiti Teknologi Malaysia, Kuala Lumpur

Kunjungan seramai 30 orang warga Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Kuala Lumpur ke UM Immersive 120 dan Galeri Sultan Nazrin Shah, Universiti Malaya pada 15 September 2026.

Kunjungan ini memberikan kesempatan kepada para peserta untuk mengenali dengan lebih dekat sejarah, seni, warisan serta perkembangan Universiti Malaya melalui pengalaman interaktif di UM Immersive 120 dan koleksi karya seni yang dipamerkan di Galeri Sultan Nazrin Shah.

Semoga kunjungan ini dapat menjadi ruang perkongsian ilmu dan pengalaman, di samping memperkukuh hubungan serta jaringan antara Universiti Malaya dan Universiti Teknologi Malaysia. โœจ

Terima kasih atas kunjungan dan selamat datang ke Universiti Malaya! ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ

19/09/2026

Address

Level 5, Universiti Malaya Chancellery
Kuala Lumpur
50603

Opening Hours

Monday 09:00 - 16:30
Tuesday 09:00 - 16:30
Wednesday 09:00 - 16:30
Thursday 09:00 - 16:30
Friday 09:00 - 16:30

Telephone

+60379673780

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Galeri Sultan Nazrin Shah posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Museum

Send a message to Galeri Sultan Nazrin Shah:

Shortcuts

Share

Category