Muzium Automobil Nasional

Directions Website Contact the museum

Muzium Automobil Nasional Penubuhan Muzium ini adalah untuk memaparkan perkembangan industri automotif negara

LATAR BELAKANG

Muzium Automobil Nasional merupakan satu projek yg diilhamkan oleh mantan Perdana Menteri,Tun Dr.Mahathir Mohamad melalui mesyuarat Jemaah Menteri pada 21 Jun 2000 yang telah mencadangkan agar mewujudkan sebuah muzium yang mempamerkan model-model kereta nasional dan kereta-kereta yang digunakan oleh pembesar-pembesar Negara. Satu Jawatankuasa telah diwujudkan bagi merancang dan melaksanakan usaha-usaha penubuhan muzium ini. Ahli-ahli jawatankuasa terdiri daripada Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Pelancongan, Arkib Negara Malaysia, UPE, Bufori Motor Car Co., DRB-HICOM Berhad, PERODUA, Litar Antarabangsa Sepang (SIC) ,Muzium Warisan Sosial Rakyat Malaysia dan lain-lain agensi. Bangunan Welcome Centre di Litar Antarabangsa Sepang (SIC) telah dipilih untuk menempatkan muzium tersebut dengan keluasan 18,071 kaki persegi. Muzium Automobil Nasional telah dibuka kepada orang ramai pada bulan Mac 2004 sempena Petronas Grand Prix Formula 1. KOLEKSI

Terdapat 22 buah koleksi di pamerkan di Muzium Automobil Nasional meliputi kereta sebanyak 15 buah, motosikal sebanyak 6 buah dan sebuah lori. Perolehan koleksi adalah secara pembelian dari individu, pembekal, dan sumbangan dari syarikat automotif tempatan. PERKHIDMATAN MUZIUM AUTOMOBIL NASIONAL

Muzium Automobil Nasional ada menyediakan perkhidmatan dalam memberikan taklimat, lawatan berpandu ke galeri, tayangan video di mini auditorium, tayangan audio visual di setiap segmen, bantuan penyelidikan dan brosur/pamphlet.

19/10/2026

SOALAN RENUNGAN HARI INI: APA ERTI KEDAULATAN UNDANG-UNDANG BUAT ANDA SEBAGAI RAKYAT MALAYSIA?

Kedaulatan undang-undang merupakan asas penting dalam membina sebuah negara yang aman, adil dan harmoni. ⚖️

Sebagai rakyat Malaysia, sejauh manakah kita memahami, menghormati dan mengamalkan prinsip kedaulatan undang-undang dalam kehidupan seharian?

💬 Kami nak dengar suara dan pandangan anda! Kongsikan pendapat anda di ruangan komen. Setiap pandangan anda membawa makna dalam usaha membina masyarakat yang lebih bertanggungjawab, saling menghormati dan bersatu padu.

Aaron Ago Dagang
Yuneswaran Ramaraj
Haslina Abdul Hamid
Sobri Daud




19/10/2026
19/10/2026
19/10/2026
19/10/2026

Address

SEPANG INTERNATIONAL CIRCUIT
Sepang
64000

Opening Hours

Monday 09:00 - 17:00
Tuesday 09:00 - 17:00
Wednesday 09:00 - 17:00
Thursday 09:00 - 17:00
Friday 09:00 - 17:00
Saturday 09:00 - 17:00
Sunday 09:00 - 17:00

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Muzium Automobil Nasional posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Museum

Send a message to Muzium Automobil Nasional:

Shortcuts

Share

Category