14/10/2026
13 OKTOBER 2026
π Juh amik tauk - INFO KRAF
ISTILAH TUDUNG KERINGKAM
Penggunaan tutup kepala bersulam keringkam telah banyak diadaptasi oleh penduduk Asia Tenggara dengan menyulamnya pada pilihan tekstil yang lebih kuat walaupun kelihatan nipis dan jarang untuk dijadikan pakaian keraian dan persalinan adat (Maxwell, 2014, him. 320).
Penyataan tersebut menyokong dapatan Siti Zainon (2006, hlm. 56) tentang Wilayah Budaya Melayu Melaka kurun ke-15 hingga ke-16 yang telah mempunyai ciri dan bentuk pakaian, pandai logam seperti emas, raksa, perak atau tembaga, keahlian dalam kraftangan, dan cakna dalam menghimpun lalu mencipta pakaian Melayu bernuansakan Islam.
Tudung Keringkam atau Teringkam merupakan istilah yang digunakan secara meluas di selatan Sarawak bagi merujuk kepada selendang atau selayah yang disulam. Masyarakat Melayu Sarawak telah dicatatkan menggunakan tudung bersulam Keringkam sejak sebelum kurun ke-19. Tudung ini dikatakan berasal dari Mekah dan wilayah India Muslim atau Anatolia (Turki) tetapi disulam denem corak tempatan dan teknik sulaman Sarawak yang tersendiri (Suhana,2016).
Bagi penduduk setempat, pelancong dari dalam dan luar yang berkesempatan sampai ke negeri Sarawak bolehlah terus berkunjung ke Kraftangan Malaysia Cawangan Sarawak, Jalan Stadium.
Anda boleh datang meninjau dan melihat dengan lebih dekat koleksi produk dari Adiguru Kraf Sarawak. Anda boleh juga membuat aktiviti Pengembangan Ilmu serta membeli produk-produk kraf Bumi Kenyalang.
Dibuka dari Isnin - Jumaat, jam 9.00 pagi hingga 5.00 petang.