Pustaka Peringatan P.Ramlee

Pustaka Peringatan P.Ramlee Pustaka Peringatan P.Ramlee dibuka sejak 22 Mac 1986.

Pada hari ini dalam tahun 1973, Seniman Agong P. Ramlee atau nama sebenarnya Teuku Zakaria bin Teuku Nyak Puteh telah me...
29/05/2025

Pada hari ini dalam tahun 1973, Seniman Agong P. Ramlee atau nama sebenarnya Teuku Zakaria bin Teuku Nyak Puteh telah meninggal dunia dalam usia 44 tahun. Seniman tersohor ini menghembuskan nafas terakhirnya di Hospital Besar, Kuala Lumpur. Hampir suku abad seniman agong ini telah mengabdikan diri dalam dunia seni. Sejarah perjuangannya adalah sejarah perkembangan perfileman Melayu sendiri. Bakatnya terserlah dalam bidang lakonan, nyanyian, penggubah lagu, penulis skrip, pemuzik dan juga pengarah filem. Beliau telah berlakon dalam 60 buah filem bermula dari filem ‘Chinta’ dalam tahun 1948 hingga filem terakhir arahannya ‘Laksamana Do Re Mi’ pada tahun 1972. Sesungguhnya, pemergian seorang tokoh seni yang ulung dan sukar dicari ganti ini, satu kehilangan besar buat negara.
Untuk mendapatkan maklumat lanjut, layari https://hids.arkib.gov.my atau muat turun aplikasi HIDS di Google Play Store dan Apple Apps Store.HIDS juga bersiaran di:
1) RTM TV pada pukul 6.59 pagi, 12.59 tengah hari, 4.59 petang dan 7.59 malam.
2) 31 stesen radio milik RTM.
📍FACEBOOK
https://www.facebook.com/share/p/1CDF7kCWRe/?mibextid=wwXIfr
📍INSTAGRAM
https://www.instagram.com/p/DKOqIXXJ282/...
📍TIKTOK
https://vt.tiktok.com/ZSkJbvtDv/
📍X
https://x.com/myarkibnegara/status/1927990826648408137?s=46






LARIAN LEGENDA “SATU DALAM SEJUTA”Arkib Negara Malaysia akan menganjurkan P. Ramlee The Legend Run – satu acara larian i...
13/04/2025

LARIAN LEGENDA “SATU DALAM SEJUTA”
Arkib Negara Malaysia akan menganjurkan P. Ramlee The Legend Run – satu acara larian istimewa untuk memperingati dan meraikan lagenda agung negara, Tan Sri P. Ramlee.

Tarikh: 25 Mei 2025 (Ahad)
Masa: 7.00 pagi
Lokasi: Padang Kota Lama, Pulau Pinang

Kategori larian:
10KM | 6KM | Fun Run (6KM) – sesuai untuk semua peringkat umur!
Early Bird: 15–31 Mac 2025
Pendaftaran Normal: 1 April – 15 Mei 2025

Apa yang menanti peserta?

- Baju acara edisi khas
- Medal Larian Lagenda

Daftar sekarang dengan mengimbas kod QR pada poster atau klik pada pautan
https://howei.com/event_details/larianlagendasatudalamsejuta
Masukkan kod promosi ARKIB untuk menikmati potongan harga menarik.

Jom beramai-ramai memeriahkan larian ini. Jumpa anda di sana.







Hari ini, 22 Mac 2025, kita menyambut ulang tahun kelahiran yang ke-96 bagi seniman agung negara, Tan Sri P. Ramlee, ata...
22/03/2025

Hari ini, 22 Mac 2025, kita menyambut ulang tahun kelahiran yang ke-96 bagi seniman agung negara, Tan Sri P. Ramlee, atau nama sebenarnya Teuku Zakaria bin Teuku Nyak Puteh. Beliau bukan sekadar seorang pelakon, pengarah, penyanyi, dan pemuzik, tetapi juga ikon seni yang telah mengangkat martabat industri perfileman dan muzik tanah air ke peringkat yang lebih tinggi.

Sepanjang kerjayanya, P. Ramlee menghasilkan pelbagai filem, termasuk karya agung seperti Bujang Lapok, Pendekar Bujang Lapok, Anakku Sazali, dan Hang Tuah, yang kekal relevan hingga ke hari ini. Beliau juga menggubah lebih daripada 250 lagu malar segar seperti Getaran Jiwa, Di Mana Kan Ku Cari Ganti, dan Azizah, yang terus menyentuh hati pendengar.

Lebih daripada sekadar seniman, P. Ramlee juga dikenali sebagai ikon perpaduan, yang menyatukan rakyat pelbagai kaum melalui karyanya. Filem-filemnya sering menggambarkan nilai murni seperti toleransi, hormat-menghormati dan kebersamaan antara masyarakat berbilang bangsa. Watak-watak ikonik seperti trio dalam Bujang Lapok serta interaksi antara kaum dalam filemnya mencerminkan keharmonian yang wujud dalam masyarakat Malaysia.

Walaupun telah lama meninggalkan kita, legasi dan karya-karya beliau tetap hidup dalam ingatan rakyat Malaysia. Hari ini, kita mengenang dan menghargai sumbangan besar beliau yang terus memberi inspirasi kepada generasi akan datang.

📌FACEBOOK
https://www.facebook.com/share/p/1AHW9K2Eb3/?mibextid=wwXIfr

📌INSTAGRAM
https://www.instagram.com/p/DHfZpigSAtS/?igsh=d2ViZ2w1dDdubW8y

📌TWITTER
https://x.com/myarkibnegara/status/1903322122522595726?s=46

📌TIKTOK
https://vt.tiktok.com/ZSr193yp8/










KERETA P.RAMLEE.Kereta Datsun BAD 3608 ini adalah milik P.Ramlee dan merupakan kereta terakhir yang dibeli dan digunakan...
14/11/2024

KERETA P.RAMLEE.
Kereta Datsun BAD 3608 ini adalah milik P.Ramlee dan merupakan kereta terakhir yang dibeli dan digunakan oleh P.Ramlee.
Untuk Info yang lebih menarik boleh berkunjung ke Pustaka Peringatan P.Ramlee yang dibuka setiap hari Selasa hingga Ahad (9.00 pagi hingga 5.00 petang) (Tutup – Isnin).

26/08/2024
TRIVIA @ Pustaka Peringatan PRamleeTAK KENAL MAKA TAK CINTATahukah anda skrip filem terakhir Allahyarham Tan Sri P .Raml...
17/08/2024

TRIVIA @ Pustaka Peringatan PRamlee

TAK KENAL MAKA TAK CINTA

Tahukah anda skrip filem terakhir Allahyarham Tan Sri P .Ramlee berjudul Air Mata di Kuala Lumpur tidak sempat disiapkan berikutan pemergiannya. Dokumen yang mengandungi 2 halaman (6 babak) ini masih tersimpan rapi di Arkib Negara Malaysia. Ada banyak lagi informasi yang menarik dan pelbagai koleksi personalia P. Ramlee di Pustaka Peringatan PRamlee (PPPR). Sila berkunjung ke PPPR.

Masuk adalah PERCUMA!!

Waktu Lawatan :

SELASA – AHAD (9.00 pagi – 5.00 petang)
JUMAAT ( 9.00 pagi – 12 tengah hari | 3.00 petang -5.00 petang)
ISNIN (Tutup kecuali Cuti Sekolah dan Cuti Umum)

TRIVIA @ Pustaka Peringatan PRamleeTAK KENAL MAKA TAK CINTAPUSTAKA PERINGATAN P. RAMLEE (PPPR)Tahukah anda Allahyarham T...
13/08/2024

TRIVIA @ Pustaka Peringatan PRamlee

TAK KENAL MAKA TAK CINTA
PUSTAKA PERINGATAN P. RAMLEE (PPPR)

Tahukah anda Allahyarham Tan Sri P .Ramlee mempunyai 4 tandatangan. Tandatangan beliau dapat dilihat secara khusus kegunaan setiap satunya seperti di dalam buku skrip filem beliau, majalah, surat-menyurat dan sebagainya. Ada banyak lagi informasi yang menarik dan pelbagai koleksi personalia P. Ramlee di Pustaka Peringatan PRamlee (PPPR). Sila berkunjung ke PPPR.

Masuk adalah PERCUMA!!

Waktu Lawatan :

SELASA – AHAD (9.00 pagi – 5.00 petang)
JUMAAT ( 9.00 pagi – 12 tengah hari | 3.00 petang -5.00 petang)
ISNIN (Tutup kecuali Cuti Sekolah dan Cuti Umum)

08/08/2024
Kementerian Perpaduan Negara melalui Arkib Negara Malaysia akan menganjurkan Program Mengenang Negarawan Yang Teramat Mu...
01/08/2024

Kementerian Perpaduan Negara melalui Arkib Negara Malaysia akan menganjurkan Program Mengenang Negarawan Yang Teramat Mulia Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj dengan tema “Negarawan Sejuta Jasa” sempena Sambutan Hari Kemerdekaan dan Hari Malaysia (HKHM) 2024.

Program ini akan dirasmikan oleh YAB Dato' Sri Haji Fadillah bin Haji Yusof, Timbalan Perdana Menteri Malaysia.

Maklumat program adalah seperti yang berikut:-

🗓️ 5 Ogos 2024 (Isnin)
⏰ 2.00 petang - 10.00 malam
📌 Piazza, Pavilion Bukit Jalil, Kuala Lumpur

Pelbagai aktiviti menarik menanti para pengunjung antaranya Pameran Eksklusif, Pengkisahan oleh
Yang Mulia Tunku Muinuddin Putra Ibni Dato Seri Tunku Nerang Putra “Memories of My Grandfather", permainan rakyat, kuiz negarawan, persembahan busking patriotik, reruai daripada jabatan dan agensi Kerajaan.

Orang ramai dijemput hadir.
Masuk adalah percuma‼️
Jumpa anda di sana‼️








Address

No. 22 Jalan Dedap, Taman P Ramlee (formerly Taman Furlong), Setapak
Kuala Lumpur
53000

Opening Hours

Tuesday 09:00 - 17:00
Wednesday 09:00 - 17:00
Thursday 09:00 - 17:00
Friday 09:00 - 12:00
15:00 - 17:00
Saturday 09:00 - 17:00
Sunday 09:00 - 17:00

Telephone

+60340231131

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Pustaka Peringatan P.Ramlee posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Museum

Send a message to Pustaka Peringatan P.Ramlee:

Share

Category