Penang Hajj Gallery

Penang Hajj Gallery Experience the early Muslim pilgrimage in their journey to the holy land of Mecca, presented in imme

Projek Galeri Haji Pulau Pinang adalah sebuah galeri yang mengetengahkan haji sebagai tema utama pameran dan yang pertama seumpamanya di Malaysia. Galeri Haji Pulau Pinang ini akan mengangkat pengalamana spiritual, sejarah, seni dan warisan perjalanan haji di Malaysia. Galeri Haji ini dijangka akan mendapat menjadi satu lagi tarikan pelancongan dan tumpuan bagi pengkaji-pengkaji mengenai naratif h

aji di Malaysia. The Penang Hajj Gallery (PHG) is a gallery that explores the theme of Hajj and the Journey to the Holy City of Mecca and Madinah and the first of its kind in Malaysia. PHG will lift the spiritual experiences, histories, art and heritage of pilgrimage in Malaysia. PHG will be one unique tourist attraction in Penang and will be the centre of interest for Hajj narrative research in Malaysia.

26/08/2026

๐ŸŒ™ SALAM MAULIDUR RASUL 1448H | 2026

โ€œMadani Dihayati, Ummah Diberkatiโ€

Sempena sambutan Maulidur Rasul 1448 Hijrah, marilah kita bersama-sama memperingati kelahiran junjungan besar Nabi Muhammad SAW, insan mulia yang menjadi teladan sepanjang zaman dalam membentuk kehidupan berteraskan akhlak, kasih sayang, keadilan dan persaudaraan.

Rasulullah SAW telah menunjukkan contoh terbaik dalam membina masyarakat yang saling menghormati, berkasih sayang dan bertanggungjawab. Justeru, marilah kita meneladani sunnah serta akhlak Baginda dengan memperkukuh nilai murni dalam kehidupan dan bersama-sama membina ummah yang berilmu, berakhlak serta berdaya maju.

Semangat ini turut selari dengan aspirasi Agenda Pembangunan Agama Islam Pulau Pinang 2030 (APAI2030) dalam memperkukuh pembangunan ummah melalui pembentukan masyarakat yang berakhlak, berilmu dan progresif.

Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW, ahli keluarga serta para sahabat Baginda.

Semoga kecintaan kita kepada Rasulullah SAW terus diterjemahkan melalui penghayatan sunnah dan akhlak Baginda dalam kehidupan seharian.

Salam Maulidur Rasul 1448H.
Madani Dihayati, Ummah Diberkati.

Tulus ikhlas daripada:
Pengerusi, Ahli Lembaga Pengarah & Warga Kerja
Yayasan Islam Pulau Pinang

๐‹๐š๐ฐ๐š๐ญ๐š๐ง ๐๐ž๐ง๐ ๐š๐ซ๐š๐ก ๐€๐ค๐š๐๐ž๐ฆ๐ข ๐Š๐ž๐ง๐ž๐ ๐š๐ซ๐š๐š๐ง ๐Œ๐š๐ฅ๐š๐ฒ๐ฌ๐ข๐š (๐€๐Š๐Œ) ๐๐ž๐ ๐ž๐ซ๐ข ๐๐ฎ๐ฅ๐š๐ฎ ๐๐ข๐ง๐š๐ง๐  ๐ค๐ž ๐†๐š๐ฅ๐ž๐ซ๐ข ๐‡๐š๐ฃ๐ข ๐๐ฎ๐ฅ๐š๐ฎ ๐๐ข๐ง๐š๐ง๐ Warga Galeri Haji Pula...
21/08/2026

๐‹๐š๐ฐ๐š๐ญ๐š๐ง ๐๐ž๐ง๐ ๐š๐ซ๐š๐ก ๐€๐ค๐š๐๐ž๐ฆ๐ข ๐Š๐ž๐ง๐ž๐ ๐š๐ซ๐š๐š๐ง ๐Œ๐š๐ฅ๐š๐ฒ๐ฌ๐ข๐š (๐€๐Š๐Œ) ๐๐ž๐ ๐ž๐ซ๐ข ๐๐ฎ๐ฅ๐š๐ฎ ๐๐ข๐ง๐š๐ง๐  ๐ค๐ž ๐†๐š๐ฅ๐ž๐ซ๐ข ๐‡๐š๐ฃ๐ข ๐๐ฎ๐ฅ๐š๐ฎ ๐๐ข๐ง๐š๐ง๐ 

Warga Galeri Haji Pulau Pinang berasa amat bertuah dan berbesar hati menerima kunjungan daripada Pengarah Akademi Kenegaraan Malaysia (AKM) Negeri Pulau Pinang, YBrs. En. Mohd Termizi bin Hj. Mat Bunor @ Mohamed Nadzri.

Terima kasih diucapkan kepada YBrs. En. Termizi di atas kesudian meluangkan masa melawat galeri kami. Kami amat menghargai sokongan dan perhatian yang diberikan oleh pihak AKM Negeri Pulau Pinang terhadap usaha kami dalam memulihara serta mempromosikan warisan sejarah haji Pulau Pinang.

Harapan kami agar kunjungan ini menjadi titik permulaan kepada jalinan kerjasama yang lebih erat antara Galeri Haji Pulau Pinang dan Akademi Kenegaraan Malaysia dalam memupuk semangat cinta akan negara serta memperkayakan ilmu pengetahuan sejarah warisan Islam dalam kalangan generasi muda.

๐——๐—”๐—ฅ๐—œ ๐—ฆ๐—ฌ๐—œ๐—Ÿ๐—œ๐—ก๐—š ๐—จ๐—ง๐—›๐— ๐—”๐—ก๐—œ๐—ฌ๐—ฌ๐—”๐—› ๐—ž๐—˜ ๐—ฃ๐—˜๐—ฅ๐—›๐—œ๐—”๐—ฆ๐—”๐—ก ๐— ๐—˜๐—Ÿ๐—”๐—ฌ๐—จ: ๐—๐—˜๐—๐—”๐—ž ๐—ช๐—”๐—ฅ๐—œ๐—ฆ๐—”๐—ก ๐—ฌ๐—”๐—ก๐—š ๐—ง๐—”๐—ž ๐—Ÿ๐—จ๐—ž๐—จ๐—ฆ ๐ŸŒ™โœจPernah tak anda perhati motif pada loket at...
20/08/2026

๐——๐—”๐—ฅ๐—œ ๐—ฆ๐—ฌ๐—œ๐—Ÿ๐—œ๐—ก๐—š ๐—จ๐—ง๐—›๐— ๐—”๐—ก๐—œ๐—ฌ๐—ฌ๐—”๐—› ๐—ž๐—˜ ๐—ฃ๐—˜๐—ฅ๐—›๐—œ๐—”๐—ฆ๐—”๐—ก ๐— ๐—˜๐—Ÿ๐—”๐—ฌ๐—จ: ๐—๐—˜๐—๐—”๐—ž ๐—ช๐—”๐—ฅ๐—œ๐—ฆ๐—”๐—ก ๐—ฌ๐—”๐—ก๐—š ๐—ง๐—”๐—ž ๐—Ÿ๐—จ๐—ž๐—จ๐—ฆ ๐ŸŒ™โœจ

Pernah tak anda perhati motif pada loket atau rantai emas duit syiling yang cukup popular dalam kalangan wanita Melayu hari ini?

Sebenarnya, reka bentuk perhiasan moden ini mengambil inspirasi terus daripada duit syiling rasmi Kerajaan Uthmaniyyah (Ottoman Empire)!

๐Ÿ“Œ Duit Syiling Uthmaniyyah di Galeri Haji Pulau Pinang
Gambar syiling tembaga yang dipamerkan di Galeri Haji Pulau Pinang ini merupakan duit fizikal era Sultan Abdulaziz yang ditempa di Mesir dengan tulisan "Duriba fi Misr" (ุถุฑุจ ููŠ ู…ุตุฑ) pada tahun 1277 Hijrah. Pada bahagian sebelah lagi terukir Tughra (tandatangan khat rasmi Sultan Uthmaniyyah).

๐Ÿ“ŒDaripada Mata Wang Menjadi Perhiasan Emas
Masa bertukar, namun estetiknya kekal. Di Turki mahupun di Alam Melayu, reka bentuk syiling emas Uthmaniyyah (Gold Lira/Ziynet) diabadikan menjadi barang kemas seperti rantai tangan dan loket emas. Motif kaligrafi, lingkaran daun, dan Tughra Uthmaniyyah ini melambangkan kemewahan serta identiti seni Islam.

๐Ÿ“ŒPengaruh Uthmaniyyah dalam Alam Melayu
Hubungan Tanah Melayu dengan Empayar Uthmaniyyah bukan sekadar pada barang kemas, tetapi berakar tunjang dalam sejarah panjang masyarakat Melayu:

๐Ÿ“ŒHubungan Keagamaan & Laluan Haji: Perjalanan haji kapal laut zaman dahulu menyaksikan hubungan erat duyufurrahman dengan wilayah naungan Uthmaniyyah. Ramai ulama Melayu menuntut ilmu di sana dan membawa pulang pemikiran Islam serta seni khat.

๐Ÿ“ŒBusana & Gaya: Pengaruh Uthmaniyyah meresap dalam budaya Melayu seperti pemakaian tarbus/fez oleh golongan bangsawan dan ulama Melayu suatu ketika dahulu, serta penggunaan motif seni ukir berunsur Islam pada hiasan rumah dan tekstil.

๐Ÿ“ŒSimbol Prestige & Kemewahan: Masyarakat Melayu sejak zaman kesultanan tradisional melihat emas berukir khat Uthmaniyyah sebagai simbol status, nilai estetika tinggi, dan lambang keagungan peradaban Islam yang diterjemahkan ke dalam barang kemas moden hari ini.

Daripada syiling perdagangan dan sejarah peninggalan laluan haji zaman berzaman, kini ia menjadi perhiasan anggun di leher dan jemari wanita. Sungguh indah bagaimana sejarah dan warisan seni Islam terus hidup subur dalam budaya Melayu! ๐Ÿช™๐Ÿ’›

International interest in our shared heritage is always an inspiration. We extend our heartfelt gratitude to our guests ...
19/08/2026

International interest in our shared heritage is always an inspiration. We extend our heartfelt gratitude to our guests from China for visiting the Penang Hajj Gallery! ๐Ÿค๐ŸŒ

We hope our gallery continues to serve as a vital bridge for knowledge, history, and cultural appreciation connecting people from all over the world.

18/08/2026

๐Ÿช™ ๐๐ˆ๐‹๐€๐ˆ ๐’๐„๐‰๐€๐‘๐€๐‡ ๐ƒ๐ˆ ๐“๐€๐๐€๐Š ๐“๐€๐๐†๐€๐๐Ÿช™

Syiling lama mempunyai nilai tersendiri, nilai sejarah dan nilai pasaran di mana setiap syiling mempunyai nilai seni yang tertera pada duit berkenaan. Syiling lama juga melambangkan nilai identiti sesuatu pemerintahan kerajaan.

Sebagai contoh, Syiling Gangsa 10 Para (1864 M / 1277 AH) dari Mesir ini menyimpan warisan era Empayar Uthmaniyyah di bawah pemerintahan Sultan Abdulaziz.

๐Ÿ” Seni & Identiti Pada Syiling Ini:

Tughra: Kaligrafi monogram/cap mohor rasmi Sultan Uthmaniyyah yang diukir indah di bahagian tengah.

Nilai Muka: Tulisan Arab/Uthmaniyyah "ูกู " (10) dan "ูพุงุฑู‡" (Para) di bahagian bawah.

Kilang Tempaan: Ditempa di Kaherah (Misr).

Walaupun saiznya kecil, ia menjadi saksi bisu kepada sistem perdagangan dan keagungan sejarah silam yang tiada gantinya. ๐Ÿ“œโœจ

Terima kasih pengunjung dari Kuala Lumpur kerana sudi singgah ke Galeri Haji Pulau Pinang! ๐ŸคโœจBawa keluarga jalan-jalan h...
17/08/2026

Terima kasih pengunjung dari Kuala Lumpur kerana sudi singgah ke Galeri Haji Pulau Pinang! ๐Ÿคโœจ

Bawa keluarga jalan-jalan hujung minggu ke sini bukan sekadar untuk meneroka dan mendalami sejarah haji, tapi ini juga peluang terbaik untuk quality time serta mencipta kenangan indah bersama yang tersayang.

Jauh-jauh dari KL datang melawat, kami amat hargai! Jemput datang lagi ya. ๐Ÿ˜Š

๐“๐จ๐ง๐  ๐’๐š๐ก๐š๐ซ๐š: ๐Š๐จ๐ญ๐š๐ค ๐’๐ž๐ญ๐ข๐š ๐Œ๐ž๐ง๐ ๐ข๐ซ๐ข๐ง๐ ๐ข ๐๐ž๐ซ๐ฃ๐š๐ฅ๐š๐ง๐š๐ง ๐‡๐š๐ฃ๐ขTong Sahara merupakan antara keperluan yang sangat penting bagi bakal...
13/08/2026

๐“๐จ๐ง๐  ๐’๐š๐ก๐š๐ซ๐š: ๐Š๐จ๐ญ๐š๐ค ๐’๐ž๐ญ๐ข๐š ๐Œ๐ž๐ง๐ ๐ข๐ซ๐ข๐ง๐ ๐ข ๐๐ž๐ซ๐ฃ๐š๐ฅ๐š๐ง๐š๐ง ๐‡๐š๐ฃ๐ข

Tong Sahara merupakan antara keperluan yang sangat penting bagi bakal jemaah haji pada zaman dahulu. Biasanya, kotak-kotak kayu ini dibeli di sekitar Lebuh Acheh sebagai persiapan sebelum memulakan pelayaran panjang menuju ke Tanah Suci.
Setiap Tong Sahara akan dikemas dan diikat dengan rapi oleh tukang ikat yang berpengalaman bagi memastikan ia kukuh serta tidak pecah atau rosak sepanjang proses pengangkutan, termasuk ketika dinaikkan ke atas kapal.
Tong Sahara ini kemudiannya akan diangkut terlebih dahulu menggunakan lori dan disimpan di stor pelabuhan (Swettenham Pier). Setiap tong dilabel dengan nama dan kampung asal bakal jemaah haji, serta dikumpulkan mengikut label Syeikh Haji masing-masing bagi memudahkan urusan pengumpulan, penyimpanan dan penghantaran bersama rombongan jemaah.
Tong Sahara bukan sekadar sebuah kotak kayu. Ia menjadi saksi kepada perjalanan yang penuh dengan harapan, pengorbanan dan doa para jemaah haji yang merentasi lautan demi menyahut panggilan suci ke Baitullah. ๐Ÿ•‹โš“๐Ÿšข

๐“๐จ๐ง๐  ๐’๐š๐ก๐š๐ซ๐š: ๐“๐ก๐ž ๐‹๐จ๐ฒ๐š๐ฅ ๐‚๐ก๐ž๐ฌ๐ญ ๐“๐ก๐š๐ญ ๐€๐œ๐œ๐จ๐ฆ๐ฉ๐š๐ง๐ข๐ž๐ ๐“๐ก๐ž ๐‡๐š๐ฃ๐ฃ ๐‰๐จ๐ฎ๐ซ๐ง๐ž๐ฒ

Tong Sahara was among the most important necessities for prospective Hajj pilgrims in the past. These wooden chests were usually purchased around Lebuh Acheh as part of the preparations before embarking on the long sea voyage to the Holy Land.
Each Tong Sahara was carefully packed and securely tied by experienced rope binders to ensure that it remained sturdy and would not break or be damaged during transportation, including while being loaded onto the ship.
The Tong Sahara chests were first transported by lorry and stored at the port warehouse (Swettenham Pier). Each chest was labelled with the pilgrim's name and home village, before being grouped according to their respective Syeikh Haji labels to facilitate the collection, storage and transportation of the pilgrims' belongings.
Tong Sahara was more than just a wooden chest. It stood as a witness to a journey filled with hope, sacrifice and prayers, as generations of Hajj pilgrims crossed the seas in answer to the sacred call to Baitullah. ๐Ÿ•‹โš“๐Ÿšข

12/08/2026

๐€๐‘๐“๐ˆ๐…๐€๐Š ๐Œ๐ˆ๐๐†๐†๐” ๐ˆ๐๐ˆ: ๐“๐Ž๐๐† ๐’๐€๐‡๐€๐‘๐€ ๐Ÿ“ฆ๐Ÿ•‹
Inilah โ€˜peti berhargaโ€™ jemaah haji era kapal laut suatu ketika dahulu. Peti kayu tahan lasak ini menyimpan pelbagai barang keperluan jemaah sepanjang perjalanan berminggu-minggu merentasi lautan ke Makkah.
Sebuah warisan yang menyimpan ribuan kenangan dan ikhtiar Duyufurrahman (Tetamu-tetamu Allah). ๐Ÿ“œโœจ

๐€๐‘๐“๐ˆ๐…๐€๐‚๐“ ๐Ž๐… ๐“๐‡๐„ ๐–๐„๐„๐Š: ๐“๐Ž๐๐† ๐’๐€๐‡๐€๐‘๐€๐Ÿ“ฆ๐Ÿ•‹
This was the โ€˜precious trunkโ€™ of Hajj pilgrims during the ocean liner era. Built to withstand long voyages, this sturdy wooden chest held essential supplies for pilgrims as they journeyed across the sea to Mecca for weeks.
A heritage that preserves thousands of memories and the devotion of the Duyufurrahman (Guests of Allah). ๐Ÿ“œโœจ

Stepping back in time to appreciate the journey of faith. A heartfelt thank you to our wonderful visitors for taking the...
11/08/2026

Stepping back in time to appreciate the journey of faith. A heartfelt thank you to our wonderful visitors for taking the time to explore the rich history of Hajj at the Penang Hajj Gallery. Every visit keeps these sacred stories and memories alive.
We hope every step taken here brings meaningful insights and lasting blessings to all our guests.

Address

87, Lebuh Acheh
George Town
10250

Opening Hours

Monday 09:30 - 16:30
Tuesday 09:30 - 16:30
Wednesday 09:30 - 16:30
Thursday 09:30 - 16:30
Friday 09:30 - 16:30

Telephone

+6045390589

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Penang Hajj Gallery posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Museum

Send a message to Penang Hajj Gallery:

Shortcuts

Share