13/09/2026
πΈ Gambar latest Kem di Anjung Sawah, semalam.
Alhamdulillahβ¦ berakhir sudah Kem Motivasi Calon SPM 2026 SMK Tunku Putra, Batu Pahat dengan jayanya. β€οΈ
Awal-awal kem tu ada juga sedikit ujian yang datang π
Tapi biasalah⦠dalam dunia training dan camping, tak semua benda berjalan tepat seperti yang dirancang.
Sebagai Manager, selain melihat Jurulatih yang letih bekerja di lapangan, saya sendiri pun boleh tahan pening. π
Pening dengan client, pening nak susun Jurulatih, Fasilitator, penginapan, makan minum, perjalanan, dan macam-macam lagi.
Tapi itulah kerja di belakang tabir yang orang tak nampak.
Kadang-kadang orang nampak program berjalan lancar, nampak Jurulatih dan Fasilitator happy & aktif dengan pesertaβ¦
Tapi di belakangnya, ada seorang Manager yang sibuk menyusun satu persatu supaya semuanya boleh berjalan seperti yang sepatutnya.
Dan hari ini, saya nak ucapkan selamat datang kepada fasilitator baru yang menyertai Team Orca.
Terima kasih juga kepada semua fasilitator yang membantu Jurulatih dan bersama-sama menjadi sebahagian daripada Team Orca - Training & Motivation
Barisan Team Orca tahun lepas tak sama dengan tahun ini. Ada yang terpaksa berundur kerana komitmen lain, dan ada p**a wajah-wajah baru yang datang untuk mengenali dunia training, fasilitator dan camping.
Bagi kami, perubahan itu sebahagian daripada perjalanan.
Kami sentiasa terbuka untuk orang baru yang mahu belajar, mahu bekerja dalam team dan mahu menambah pengalaman.
Sebab Team Orca bukan sekadar mencari orang untuk turun program.
Kami mahu bina sebuah team yang boleh belajar bersama, berkembang bersama, saling melengkapi serta menjadi pelapis di masa akan datang.
Insya-Allah, semoga perjalanan Team Orca selepas ini semakin kuat, semakin matang dan semakin utuh.
Semoga satu hari nanti, Team Orca bukan sahaja dikenali di kalangan peserta dan sekolah-sekolah, tetapi menjadi antara nama yang dipercayai dalam dunia Training & Motivation.
Perlahan-lahan kita bina.πͺπ»π―
Satu program demi satu program.
Satu team demi satu team.
Satu pengalaman demi satu pengalaman.
Insya-Allah, Team Orca akan pergi lebih jauh. ππ
Nak tahu lebih lanjut tentang pakej program bole roger 0149695452