Muzium Pengurusan UUM

Muzium Pengurusan UUM Muzium Pengurusan Universiti Utara Malaysia

NOTIS PENUTUPAN SEMENTARADimaklumkan bahawa Muzium Pengurusan Universiti Utara Malaysia akan ditutup sementara pada 11 O...
10/08/2026

NOTIS PENUTUPAN SEMENTARA
Dimaklumkan bahawa Muzium Pengurusan Universiti Utara Malaysia akan ditutup sementara pada 11 Ogos (Selasa), dari 8.30 pagi hingga 10.00 pagi bagi memberi laluan kepada Aktiviti Jabatan.

Muzium akan beroperasi semula seperti biasa selepas tamat program. Kami memohon maaf atas sebarang kesulitan dan mengucapkan terima kasih atas kerjasama serta kefahaman semua pengunjung.

Sebarang pertanyaan:
04-9282618 | 012-461 4537 | 017-560 3756
---------------------------------------------------
TEMPORARY CLOSURE NOTICE
Please be informed that the UUM Management Museum will be temporarily closed on 11 August 2026 (Tuesday), from 8.30 a.m. to 10.00 a.m. to facilitate a Department Activity.

The museum will resume normal operating hours upon completion of the activity.We apologise for any inconvenience caused and thank all visitors for their cooperation and understanding.

For enquiries:
04-9282618 | 012-461 4537 | 017-560 3756
Jom ikuti kami di :
Facebook :
https://www.facebook.com/MuziumPengurusanUUMOfficial/
Intagram :
https://www.instagram.com/muziumpengurusanuumofficial/
Tiktok:
https://www.tiktok.com/

04 Ogos 2026, Selasa.Muzium Pengurusan Universiti Utara Malaysia (UUM) berbesar hati mengalu-alukan kunjungan daripada Z...
06/08/2026

04 Ogos 2026, Selasa.
Muzium Pengurusan Universiti Utara Malaysia (UUM) berbesar hati mengalu-alukan kunjungan daripada Zhenjiang Police Vocational College, China pada 4 Ogos 2026.

Semoga kunjungan ini memberikan pengalaman yang bermakna serta membuka ruang perkongsian ilmu, budaya dan jalinan hubungan antarabangsa yang lebih erat.

Terima kasih kerana sudi berkunjung ke Muzium Pengurusan UUM. Semoga berjumpa lagi!

谢谢,期待再次见面!

Jom ikuti kami di :
Facebook :
https://www.facebook.com/MuziumPengurusanUUMOfficial/
Intagram :
https://www.instagram.com/muziumpengurusanuumofficial/
Tiktok:
https://www.tiktok.com/

03 Ogos 2026, Isnin.Konvensyen ILTIZAM 2026 di Universiti Utara Malaysia (UUM) menjadi platform strategik yang menghimpu...
06/08/2026

03 Ogos 2026, Isnin.

Konvensyen ILTIZAM 2026 di Universiti Utara Malaysia (UUM) menjadi platform strategik yang menghimpunkan kepimpinan tertinggi perkhidmatan awam, kementerian, jabatan, agensi, institusi pengajian tinggi (IPT) serta wakil industri bagi membincangkan hala tuju reformasi pentadbiran negara.

Bertemakan “ILTIZAM: Memacu Kecekapan, Akauntabiliti dan Reformasi Perkhidmatan Awam”, konvensyen ini menekankan kepentingan pembaharuan sektor awam yang diterjemahkan melalui tindakan, inovasi dan pelaksanaan yang berkesan.

Konvensyen ini turut menampilkan ucaptama oleh Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar, yang menegaskan bahawa reformasi perkhidmatan awam perlu dilaksanakan secara berterusan dan tidak hanya terhenti pada perancangan atau slogan semata-mata.

Turut memeriahkan pameran sempena konvensyen ialah Kumpulan KIK INFINITHINK, yang terdiri daripada kakitangan Perpustakaan Sultanah Bahiyah dan Muzium Pengurusan UUM, dengan mempamerkan hasil inovasi untuk tatapan pengunjung konvensyen.

Jom ikuti kami di :
Facebook :
https://www.facebook.com/MuziumPengurusanUUMOfficial/
Intagram :
https://www.instagram.com/muziumpengurusanuumofficial/
Tiktok:
https://www.tiktok.com/



Sumber : Perpustakaan Sultanah Bahiyah

NOTIS PENUTUPAN SEMENTARADimaklumkan bahawa Muzium Pengurusan Universiti Utara Malaysia akan ditutup sementara pada 04 O...
03/08/2026

NOTIS PENUTUPAN SEMENTARA

Dimaklumkan bahawa Muzium Pengurusan Universiti Utara Malaysia akan ditutup sementara pada 04 Ogos (Selasa), dari 8.30 pagi hingga 11.00 pagi bagi memberi laluan kepada Aktiviti Jabatan.

Muzium akan beroperasi semula seperti biasa selepas tamat program. Kami memohon maaf atas sebarang kesulitan dan mengucapkan terima kasih atas kerjasama serta kefahaman semua pengunjung.

Sebarang pertanyaan:
04-9282618 | 012-461 4537 | 017-560 3756
---------------------------------------------------
TEMPORARY CLOSURE NOTICE

Please be informed that the UUM Management Museum will be temporarily closed on 04 August 2026 (Tuesday), from 8.30 a.m. to 11.00 a.m. to facilitate a Department Activity.

The museum will resume normal operating hours upon completion of the activity.We apologise for any inconvenience caused and thank all visitors for their cooperation and understanding.

For enquiries:
04-9282618 | 012-461 4537 | 017-560 3756
Jom ikuti kami di :
Facebook :
https://www.facebook.com/MuziumPengurusanUUMOfficial/
Intagram :
https://www.instagram.com/muziumpengurusanuumofficial/
Tiktok:
https://www.tiktok.com/

28/07/2026

Muzium Pengurusan Universiti Utara Malaysia (UUM) menjemput semua warga UUM, pelajar serta pengunjung untuk mengunjungi Pameran Keris: Seni, Teknologi dan Identiti.

Saksikan keunikan keris sebagai warisan Melayu yang bukan sahaja bernilai dari aspek seni pertukangan, malah sarat dengan sejarah, falsafah dan identiti budaya masyarakat.

Ayuh luangkan masa untuk mengenali lebih dekat khazanah warisan ini dan hayati nilai seni yang terkandung pada setiap bilah keris.

📍 Muzium Pengurusan, Universiti Utara Malaysia
🗓️ Kini berlangsung
⏰ Waktu operasi: Ahad – Rabu
8.30 pagi – 1.00 tengah hari
2.00 petang – 4.30 petang
2.00 petang - 3.00 petang (Khamis)

Tiket : RM 1.50 (kanak-kanak/pelajar IPT)/ Rm3.00 (Dewasa).
Jangan lepaskan peluang untuk berkunjung!
Mari bersama-sama menghargai warisan seni keris Melayu.

Jom ikuti kami di :
Facebook :
https://www.facebook.com/MuziumPengurusanUUMOfficial/
Intagram :
https://www.instagram.com/muziumpengurusanuumofficial/
Tiktok:
https://www.tiktok.com/

ANDA DAH BERSEDIA UNTUK CABARAN? 🎮 Roblox kini di Muzium Pengurusan UUM!💥 Cabaran menarik💥 Pengalaman interaktif💥 Sesuai...
22/07/2026

ANDA DAH BERSEDIA UNTUK CABARAN?

🎮 Roblox kini di Muzium Pengurusan UUM!

💥 Cabaran menarik
💥 Pengalaman interaktif
💥 Sesuai untuk semua peringkat umur

📍 Datang ke Muzium Pengurusan Universiti Utara Malaysia dan alami sendiri keseronokan meneroka muzium melalui dunia Roblox!

Bukan sekadar bermain, tetapi belajar sambil mencipta pengalaman yang tidak dapat dilupakan!

🎮 Play. Learn. Explore. Repeat!

NOTIS PENUTUPAN SEMENTARADimaklumkan bahawa Muzium Pengurusan Universiti Utara Malaysia akan ditutup sementara pada 21 J...
20/07/2026

NOTIS PENUTUPAN SEMENTARA

Dimaklumkan bahawa Muzium Pengurusan Universiti Utara Malaysia akan ditutup sementara pada 21 Julai 2026 (Selasa), dari 8.30 pagi hingga 11.00 pagi bagi memberi laluan kepada Aktiviti Jabatan.

Muzium akan beroperasi semula seperti biasa selepas tamat program. Kami memohon maaf atas sebarang kesulitan dan mengucapkan terima kasih atas kerjasama serta kefahaman semua pengunjung.

Sebarang pertanyaan:
04-9282618 | 012-461 4537 | 017-560 3756
---------------------------------------------------
TEMPORARY CLOSURE NOTICE

Please be informed that the UUM Management Museum will be temporarily closed on 21 July 2026 (Tuesday), from 8.30 a.m. to 11.00 a.m. to facilitate a Department Activity.

The museum will resume normal operating hours upon completion of the activity.We apologise for any inconvenience caused and thank all visitors for their cooperation and understanding.

For enquiries:
04-9282618 | 012-461 4537 | 017-560 3756

Jom ikuti kami di :
Facebook :
https://www.facebook.com/MuziumPengurusanUUMOfficial/
Intagram :
https://www.instagram.com/muziumpengurusanuumofficial/
Tiktok:
https://www.tiktok.com/

Roblox di Muzium Pengurusan UUMSetinggi penghargaan buat Cik Nurul Hadirah Hanim, pelajar semester akhir SMMTC  atas kes...
20/07/2026

Roblox di Muzium Pengurusan UUM

Setinggi penghargaan buat Cik Nurul Hadirah Hanim, pelajar semester akhir SMMTC atas kesudian memilih Muzium Pengurusan UUM sebagai lokasi projek interaktif bertemakan Roblox.

Projek yang dibangunkan sebagai tugasan akhir itu membolehkan pengunjung muzium merasai pengalaman menerokai zon A dan B di galeri melalui permainan atas talian. Aplikasi tersebut memerlukan pengunjung mengakses ke modul utama menggunakan tablet seterusnya akan dibawa ke peringkat yang lebih tinggi selepas berjaya menyelesaikan beberapa soalan. Pengguna juga perlu berkunjung ke galeri muzium bagi mendapatkan kod rahsia bagi akses ke peringkat seterusnya

Majlis serah terima permainan Roblox X Museum ini disempurnakan dengan penyerahan ID pengguna serta kata laluan kepada En. Ku Rosyidi Ku Razi, Ketua Seksyen Muzium Pengurusan

Jom cabar diri anda dengan Roblox X Museum!

Jom ikuti kami di :
Facebook :
https://www.facebook.com/MuziumPengurusanUUMOfficial/
Intagram :
https://www.instagram.com/muziumpengurusanuumofficial/
Tiktok:
https://www.tiktok.com/

16/07/2026

'Selami Sejarah, Hayati Warisan'

Di Muzium Pengurusan Universiti Utara Malaysia, setiap sudut membawa anda mengembara ke zaman lampau, menyusuri cerita dan kisah yang membentuk identiti kita hari ini.
Kini, Pameran Keris 2026 menanti anda!!

Menonjolkan kehalusan seni pertukangan, teknologi, dan nilai simbolik keris sebagai warisan Melayu yang tak ternilai. Selain itu, ayuh jelajahi koleksi menarik lain yang menceritakan seribu cerita sejuta rasa pelbagai artifak dari dahulu hingga kini. Setiap artifak membawa kisahnya sendiri, menunggu untuk anda alami dan kongsi bersama keluarga serta sahabat.

Datanglah, lihat, rasai, dan jadikan pengalaman menyelusuri sejarah ini satu kenangan yang tidak akan dilupakan!

Terima kasih atas sokongan anda..Jom kita jumpa di muzium!

Jom ikuti kami di :
Facebook :
https://www.facebook.com/MuziumPengurusanUUMOfficial/
Intagram :
https://www.instagram.com/muziumpengurusanuumofficial/
Tiktok:
https://www.tiktok.com/

14 Julai 2026, Selasa.Muzium Pengurusan Universiti Utara Malaysia mengalu-alukan kehadiran para pelajar Asasi Pengurusan...
16/07/2026

14 Julai 2026, Selasa.

Muzium Pengurusan Universiti Utara Malaysia mengalu-alukan kehadiran para pelajar Asasi Pengurusan A261, Universiti Utara Malaysia ke Muzium Pengurusan.

Semoga lawatan ini dapat memberikan pengalaman yang bermakna serta menambah pengetahuan mengenai sejarah, perkembangan dan warisan pengurusan yang dipamerkan di muzium ini.

Terima kasih kerana memilih Muzium Pengurusan sebagai destinasi pembelajaran anda. Semoga anda memperoleh manfaat, inspirasi dan kenangan yang indah sepanjang lawatan.

Selamat melawat dan semoga menikmati pengalaman di Muzium Pengurusan UUM!

Jom ikuti kami di :
Facebook :
https://www.facebook.com/MuziumPengurusanUUMOfficial/
Intagram :
https://www.instagram.com/muziumpengurusanuumofficial/
Tiktok:
https://www.tiktok.com/

Address

Sintok
06010

Opening Hours

Monday 08:30 - 13:00
14:00 - 16:30
Tuesday 08:30 - 13:00
14:00 - 16:30
Wednesday 08:30 - 13:00
14:00 - 16:30
Thursday 08:30 - 13:00
14:00 - 15:00
Sunday 08:30 - 13:00
14:00 - 16:30

Telephone

+6049282612

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Muzium Pengurusan UUM posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Museum

Send a message to Muzium Pengurusan UUM:

Shortcuts

Share

Category