Negeri Sembilan Modern Art

Directions Website Contact the museum

Negeri Sembilan Modern Art Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Negeri Sembilan Modern Art, Art Gallery, No 196/1 Jalan Metro Sendayan 2/3, Sendayan Metropark, Bandar Sri Sendayan, Seremban.

Negeri Sembilan Modern Art (NeMA) merupakan sebuah platform seni moden dan kontemporari yang memperkasa ekosistem seni Negeri Sembilan dan wilayah selatan melalui pembangunan bakat, pameran, pendidikan seni serta kolaborasi komuniti dan industri kreatif.

12/10/2026
Negeri Sembilan Modern Art30 September 2026Program Lawatan Eksplorasi Pengurusan Seni, Institut Pendidikan Guru Kampus T...
02/10/2026

Negeri Sembilan Modern Art
30 September 2026

Program Lawatan Eksplorasi Pengurusan Seni, Institut Pendidikan Guru Kampus Temenggong Ibrahim, Johor

Negeri Sembilan Modern Art (NeMA) berbesar hati menerima kunjungan 40 orang pelajar Pendidikan Seni Visual bersama empat orang pensyarah pengiring dari Institut Pendidikan Guru Kampus Temenggong Ibrahim, Johor, menerusi Program Lawatan Eksplorasi Pengurusan Seni. Sempena lawatan ini, mereka diberikan penerangan (tour visit) oleh En Azahari Khalip, pelukis yang mengadakan pameran solo 'Whimcisal Realities' di galeri NeMA. Lawatan ini memberikan pendedahan secara langsung kepada para peserta mengenai pengurusan galeri, proses penganjuran pameran serta apresiasi seni bagi menyokong pembelajaran kursus Pengurusan dalam Pendidikan Seni Visual (PSVK3403). Semoga perkongsian ilmu dan pengalaman ini dapat memperkukuh pemahaman para pelajar serta menyemarakkan minat mereka dalam bidang pengurusan seni dan pameran.



Majlis Bandaraya Seremban
Balai Seni Negara
Kolumpo Art
Azahari Khalip
Hijat Mohd Noor
Zakir Amir Md Derus

إِنَّا لِلَّٰهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُونَSalam takziah kepada seluruh keluarga Allahyarhamah Tun Dr. Siti Hasmah Mohd...
28/09/2026

إِنَّا لِلَّٰهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُونَ

Salam takziah kepada seluruh keluarga Allahyarhamah Tun Dr. Siti Hasmah Mohd Ali atas pemergiannya.

Semoga Allah SWT mengampuni segala dosanya, merahmati rohnya dan menempatkannya dalam kalangan hamba-Nya yang beriman serta beramal soleh. Semoga seluruh ahli keluarga diberikan kekuatan, kesabaran dan ketabahan dalam menghadapi kehilangan ini.

Al-Fatihah.

Jemput datang ke Galeri NeMA15 Sept-15 Oct 2026
26/09/2026

Jemput datang ke Galeri NeMA
15 Sept-15 Oct 2026

21/09/2026
NEGERI SEMBILAN MODERN ART (NeMA)Pameran Solo Whimsical Realities Azahari Khalip (Bob)15 Sept - 15 Oct 202610am - 5pmWhi...
21/09/2026

NEGERI SEMBILAN MODERN ART (NeMA)
Pameran Solo Whimsical Realities Azahari Khalip (Bob)
15 Sept - 15 Oct 2026
10am - 5pm

Whimsical Realities:
A Retrospective menghimpunkan perjalanan seni Azahari (Bob) Khalip dari dekad 1990-an hingga 2026. Pameran solo ini mempertemukan karya daripada beberapa fasa penting dalam amalannya, sekali gus memperlihatkan perkembangan idea, bahasa visual dan kaedah penghasilan yang terbentuk sepanjang lebih tiga dekad.

Melalui arca dinding, timbulan berpanel dan arca berdiri bebas, Azahari meneroka kemungkinan bentuk serta hubungannya dengan ruang. Setiap karya membawa jejak eksperimen, perubahan teknik dan pemikiran yang lahir daripada pemerhatian terhadap kehidupan harian. Karya lama dan baharu dipersembahkan dalam satu kesinambungan, membolehkan pengunjung menelusuri pembentukan identiti seninya.

Tajuk Whimsical Realities merujuk kepada realiti yang diselubungi keajaiban, khayalan, humor dan sifat bermain. Dalam dunia ciptaan Azahari, perkara biasa berubah menjadi sesuatu yang pelik, mengejutkan atau magis. Bentuk yang dikenali memperoleh watak baharu, sementara pengalaman harian bergerak melampaui fungsi dan makna asalnya.

Sifat whimsical bukan sekadar gaya estetik, tetapi pendekatan untuk membebaskan kreativiti serta membina hubungan baharu antara objek, ruang dan khalayak. Unsur jenaka dan keanak-anakan hadir bersama renungan matang tentang perubahan, ingatan dan cara manusia mentafsir realiti. Pameran ini meraikan perjalanan seni yang sentiasa ingin tahu, terbuka kepada percubaan dan berani membayangkan kemungkinan di luar kebiasaan, sambil menghubungkan sejarah peribadi seniman dengan kepekaan khalayak masa kini secara lebih dekat.

NeMA Bandar Sri Sendayan

Majlis Bandaraya Seremban
Balai Seni Negara
Hijat Mohd Noor
Zakir Amir Md Derus

Negeri Sembilan Modern ArtPameran Solo Azhari (Bob) KhalipWhimsical Realities15 September - 15 Oktober 202610 pagi - 5 p...
16/09/2026

Negeri Sembilan Modern Art
Pameran Solo Azhari (Bob) Khalip
Whimsical Realities
15 September - 15 Oktober 2026
10 pagi - 5 petang

Whimsical Realities:
A Retrospective menghimpunkan perjalanan seni Azahari (Bob) Khalip dari dekad 1990-an hingga 2026. Pameran solo ini mempertemukan karya daripada beberapa fasa penting dalam amalannya, sekali gus memperlihatkan perkembangan idea, bahasa visual dan kaedah penghasilan yang terbentuk sepanjang lebih tiga dekad.

Melalui arca dinding, timbulan berpanel dan arca berdiri bebas, Azahari meneroka kemungkinan bentuk serta hubungannya dengan ruang. Setiap karya membawa jejak eksperimen, perubahan teknik dan pemikiran yang lahir daripada pemerhatian terhadap kehidupan harian. Karya lama dan baharu dipersembahkan dalam satu kesinambungan, membolehkan pengunjung menelusuri pembentukan identiti seninya.

Tajuk Whimsical Realities merujuk kepada realiti yang diselubungi keajaiban, khayalan, humor dan sifat bermain. Dalam dunia ciptaan Azahari, perkara biasa berubah menjadi sesuatu yang pelik, mengejutkan atau magis. Bentuk yang dikenali memperoleh watak baharu, sementara pengalaman harian bergerak melampaui fungsi dan makna asalnya.

Sifat whimsical bukan sekadar gaya estetik, tetapi pendekatan untuk membebaskan kreativiti serta membina hubungan baharu antara objek, ruang dan khalayak. Unsur jenaka dan keanak-anakan hadir bersama renungan matang tentang perubahan, ingatan dan cara manusia mentafsir realiti. Pameran ini meraikan perjalanan seni yang sentiasa ingin tahu, terbuka kepada percubaan dan berani membayangkan kemungkinan di luar kebiasaan, sambil menghubungkan sejarah peribadi seniman dengan kepekaan khalayak masa kini secara lebih dekat.

NeMA 15 September 2026

Address

No 196/1 Jalan Metro Sendayan 2/3, Sendayan Metropark, Bandar Sri Sendayan
Seremban
71950

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Negeri Sembilan Modern Art posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Museum

Send a message to Negeri Sembilan Modern Art:

Shortcuts

Share

Category