Muzium Negeri Sembilan

Muzium Negeri Sembilan Jalan Sg. Ujong, 70200 Seremban
Negeri Sembilan Darul Khusus. Tel: 06-7631149
Faks: 06-7615355 Isa bin Hj. Abdul Samad pada 8 Julai 1986.

Sejarah Muzium Negeri Sembilan bermula apabila Yam Tuan ke-8, Tuanku Abdul Rahman memberi kebenaran Istana Ampang Tinggi dipindahkan ke Taman Bunga di Jalan Dato' Hamzah dan dijadikan Muzium Negeri. Disebabkan lokasi yang kurang sesuai, Muzium Negeri kemudiannya dipindahkan ke Kompleks Taman Seni Budaya Jalan Sungai Ujong. Bangunan Teratak Perpatih telah diisytiharkan secara rasminya oleh YAB Dat

o' Mohd. Bangunan itu yang dahulunya adalah astaka pertandingan Tilawah Al-Quran Kebangsaan 1981 telah diubahsuai dan dipelihara sebagai tanda kenangan dan kerana ciri-ciri Minangkabaunya, sebagai lambang senibina dan budaya rakyat Negeri Sembilan.

10/04/2026

𝑺𝙀𝑮𝑴𝑬𝑵 𝑳𝙊𝑲𝑨 𝑰𝑵𝑫𝑨𝑯

📍Muzium Negeri Sembilan

Menampilkan seni bina berinspirasikan Minangkabau, Muzium Negeri menjadi simbol warisan budaya yang unik di Seremban. 🏛️✨

Bangunan beridentitikan tradisional ini mempamerkan pelbagai koleksi artifak, sejarah serta adat Negeri Sembilan yang mencerminkan kekayaan warisan dan jati diri negeri.





KUNJUNGAN HORMAT PENGARAH LEMBAGA MUZIUM NEGERI SEMBILAN BERSAMA KONSUL JENDERAL REPUBLIK INDONESIA JOHOR BAHRU📅 08 Apri...
08/04/2026

KUNJUNGAN HORMAT PENGARAH LEMBAGA MUZIUM NEGERI SEMBILAN BERSAMA KONSUL JENDERAL REPUBLIK INDONESIA JOHOR BAHRU

📅 08 April 2026 (Rabu)
🕝 2.30 Petang
📍 Konsulat Republik Indonesia, Johor Bahru

Pihak Konsulat Republik Indonesia Johor Bahru telah menerima kunjungan hormat daripada YBrs. En. Aziz bin Hj. Mohd. Gorip, Pengarah Lembaga Muzium Negeri Sembilan, yang telah berlangsung di Konsulat Republik Indonesia Johor Bahru.

Kunjungan ini telah disambut baik oleh Bapak Sigit Suryantoro Widiyanto, Konsul Jenderal Republik Indonesia Johor Bahru, bersama Encik Erry Kananga, Pelaksana Fungsi Penerangan, Sosial dan Budaya, serta Abdul Hamid dan Atika Andriani selaku pegawai bertugas.

Pertemuan ini bertujuan untuk membentangkan cadangan serta bertukar pandangan berkaitan salah satu pengisian Perpatih Fest 2026 yang dijadualkan berlangsung pada Oktober 2026.

Semoga kunjungan ini menjadi titik permulaan kepada jalinan kerjasama strategik yang lebih erat dalam memperkukuh hubungan budaya dan warisan serumpun antara Malaysia dan Indonesia.






JAWATAN KOSONG PERSONEL MySTEP 💼Lembaga Muzium Negeri Sembilan (LMNS) mempelawa calon berkelayakan bagi jawatan:Pembantu...
07/04/2026

JAWATAN KOSONG PERSONEL MySTEP 💼

Lembaga Muzium Negeri Sembilan (LMNS) mempelawa calon berkelayakan bagi jawatan:
Pembantu Khidmat Am Gred H1

📌 Taraf: Kontrak
(Caruman KWSP & PERKESO)

🔖Kekosongan: 4

📧 Hantar permohonan ke:

Pengarah
Lembaga Muzium Negeri Sembilan
Kompleks Taman Seni Budaya
Jalan Sungai Ujong
70200 Seremban
Negeri Sembilan Darul Khusus

🗓 Tarikh tutup: 24 April 2026

IKLAN JAWATAN KOSONG
https://drive.google.com/file/d/17tnRFgf8kMuRnwkWtpDUP8GihY14-ZcY/view?usp=drivesdk

BORANG JAWATAN KOSONG
https://drive.google.com/file/d/1rAJ2ldaXdbm7q3scOE5XqzB8peI9X97Z/view?usp=drivesdk

Jangan lepaskan peluang, sertai kami sekarang! 💼✨





NOTIS PEMAKLUMANAdalah dimaklumkan Galeri Pameran Muzium Negeri, Seremban akan ditutup pada 07 April 2026 (Selasa) bagi ...
06/04/2026

NOTIS PEMAKLUMAN

Adalah dimaklumkan Galeri Pameran Muzium Negeri, Seremban akan ditutup pada 07 April 2026 (Selasa) bagi memberi laluan kerja-kerja penyelenggaraan elektrik .

Segala Kesulitan amatlah dikesali .

✨Rasa Warisan, Nikmati Tradisi ✨Alami sendiri keunikan Pakej Makan Beradat di Muzium Negeri, Seremban. Bukan sekadar men...
31/03/2026

✨Rasa Warisan, Nikmati Tradisi ✨

Alami sendiri keunikan Pakej Makan Beradat di Muzium Negeri, Seremban. Bukan sekadar menjamu selera, tetapi satu pengalaman budaya yang mengangkat adat dan tradisi Negeri Sembilan.

Sesuai untuk majlis korporat, keluarga dan pelancong yang ingin merasai suasana klasik penuh makna.

📍 Lokasi : Muzium Negeri, Seremban
📞 Tempahan dibuka sekarang

Untuk sebarang pertanyaan & tempahan :

Puan Nursuaidah Binti Rahaman :
011 2720 2507

No. Tel Pejabat :
06 - 7631149





26 Mac 2026 (Khamis ) | 06 Syawal 1447Hإِنَّا لِلَّٰهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُونَInnalillahi wainna ilaihi roji'un‎  ا...
26/03/2026

26 Mac 2026 (Khamis ) | 06 Syawal 1447H

إِنَّا لِلَّٰهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُونَ
Innalillahi wainna ilaihi roji'un
‎ اَللَّهُمَّ اغْفِرْ لَهُ وَارْحَمْهُ وَعَافِهِ وَاعْفُ
"Allahumma firlahu warhamhu wa`afihi wa`fu`anhu"

"Ya Allah, ampunilah dosanya, berilah rahmatMu ke atas rohnya, sejahtera dan maafkanlah dia serta Engkau tempatkanlah dia bersama dengan orang yang beramal soleh.

Dukacita dimaklumkan bahawa Ayahanda Tercinta kepada Puan Rosrita binti Mohamad Nordin, yang merupakan kakitangan Lembaga Muzium Negeri Sembilan telah kembali kerahmatullah pada 26 Mac 2026 (Khamis ) | 06 Syawal 1447H

Didoakan agar Allahyarham ditempatkan bersama para solihin .

Pihak Lembaga Muzium Negeri Sembilan ingin mengucapkan salam takziah kepada seluruh ahli keluarga Allahyarham.
Al-fatihah di baca :

‎ بِسْــــــــمِ اٌللَّهِ اٌلرَّحْمَنِ اٌلرَّحِيْـــــــــمِِ
‎◄.اَلْحَمْدُ ِللهِ رَبِّ العَالَمِينَ ۞ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ ۞ مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ ۞ إيَّاكَ نَعْبُدُ وإيَّاكَ نَسْتَعِينُ ۞ اِهْدِنَا الصِّراطَ الْمُسْتَقِيمَ ۞ صِرَاطَ الَّذِينَ أنْعَمْتَ
عَلَيْهِمْ غَيْرِ الْمَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ الضَّالِّيِن

Ikhlas Daripada :

Pengarah & Seluruh Kakitangan
Lembaga Muzium Negeri Sembilan

AKAN DATANG DI MUZIUM NEGERI, SEREMBANBuat julung kalinya di Negeri Sembilan…Satu pameran yang penuh misteri, warisan da...
25/03/2026

AKAN DATANG DI MUZIUM NEGERI, SEREMBAN

Buat julung kalinya di Negeri Sembilan…
Satu pameran yang penuh misteri, warisan dan keunikan bakal membuka tirai!

Di sebalik ukiran halus dan simbolik yang tersirat, tersimpan kisah yang merentasi zaman . Menghubungkan budaya, kepercayaan dan seni yang jarang dipertontonkan kepada umum.

🐉 “AKAN DATANG” – MEI 2026

Satu pengalaman baharu yang bakal membawa anda menyelusuri keindahan artifak luar biasa yang penuh nilai sejarah.

📍 Bertempat di Muzium Negeri,Seremban

Bersiap sedia untuk menyaksikan:

🔸 Memartabatkan Warisan & Budaya
🔸 Koleksi unik yang jarang dipamerkan
🔸 Pengalaman visual dan naratif

Ini bukan sekadar pameran… Ini adalah perjalanan menyingkap rahsia warisan.

🔥 NANTIKAN !!!

20/03/2026

Takbir Raya Anjuran KPJ Seremban Specialist Hospital Official bersama Muzium Negeri Sembilan ✨✨

20/03/2026

💫Takbir Hari Raya Aidilfitri 2026

Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin🌙✨
Salam Ingatan Tulus Ikhlas dari
Pengarah dan Pegawai Lembaga Muzium Negeri Sembilan

✨ Selamat Hari Raya Aidilfitri 1447H / 2026M✨Dengan penuh rasa syukur dan keinsafan, kami dari Lembaga Muzium Negeri Sem...
20/03/2026

✨ Selamat Hari Raya Aidilfitri 1447H / 2026M✨

Dengan penuh rasa syukur dan keinsafan, kami dari Lembaga Muzium Negeri Sembilan ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada seluruh rakyat Malaysia serta para pengikut setia laman Facebook kami yang sentiasa menyokong, mengikuti dan menghargai usaha kami dalam memartabatkan warisan dan sejarah negeri.

Di kesempatan yang mulia ini, kami memohon ampun dan maaf zahir dan batin atas segala kekurangan sepanjang perkongsian dan perkhidmatan kami. Semoga Aidilfitri kali ini membawa sinar kebahagiaan, mengeratkan silaturahim dan menyemai rasa cinta terhadap budaya serta warisan kita bersama.

🌙 Pantun Raya🌙
Pergi ke pekan membeli selasih,
Singgah sebentar di tepi bendang,
Andai ada salah dan tersilap kasih,
Harap dimaaf sepanjang zaman.

Bunga melati harum di taman,
Disiram embun di pagi hari,
Syawal tiba penuh keinsafan,
Raikan kemenangan dengan hati berseri.

Semoga lebaran ini diraikan dengan penuh kegembiraan bersama insan tersayang.
Raikan Tradisi, Hargai Warisan.

Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin 🌙✨

Salam Ingatan Tulus Ikhlas :
Pengarah & Warga Kerja
Lembaga Muzium Negeri Sembilan

NOTIS PEMAKLUMANAdalah dimaklumkan bahawa Penutupan Galeri Pameran dibawah pentadbiran Lembaga Muzium Negeri Sembilan Se...
19/03/2026

NOTIS PEMAKLUMAN

Adalah dimaklumkan bahawa Penutupan Galeri Pameran dibawah pentadbiran Lembaga Muzium Negeri Sembilan Sempena Hari Raya Aidilfitri 1447H/2026M adalah seperti berikut :-

21 Hingga 22 Mac 2026 (Sabtu & Ahad) , Raya Aidilfitri Pertama dan Kedua

Merangkumi :

Muzium Negeri, Seremban
Muzium Diraja Istana Lama Seri Menanti
Muzium Rembau
Teratak Za’ba
Kompleks Sejarah Pengkalan Kempas

Galeri Pameran beroperasi seperti biasa pada 24 Mac 2026 (Selasa) jam 9.00 Pagi hingga 5.00 Petang

✨✨Selamat Hari Raya Aidilfitri ✨✨





Address

Muzium Negeri Sembilan, Jalan Sungai Ujong
Seremban
70200

Opening Hours

Tuesday 09:00 - 17:00
Wednesday 09:00 - 17:00
Thursday 09:00 - 17:00
Friday 09:00 - 17:00
Saturday 09:00 - 17:00
Sunday 09:00 - 17:00

Telephone

+6067631149

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Muzium Negeri Sembilan posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Museum

Send a message to Muzium Negeri Sembilan:

Share

Our Story

Sejarah Muzium Negeri Sembilan bermula apabila Yam Tuan ke-8, Tuanku Abdul Rahman memberi kebenaran Istana Ampang Tinggi dipindahkan ke Taman Bunga di Jalan Dato' Hamzah dan dijadikan Muzium Negeri. Disebabkan lokasi yang kurang sesuai, Muzium Negeri kemudiannya dipindahkan ke Kompleks Taman Seni Budaya Jalan Sungai Ujong. Bangunan Teratak Perpatih telah diisytiharkan secara rasminya oleh YAB Dato' Mohd. Isa bin Hj. Abdul Samad pada 8 Julai 1986. Bangunan itu yang dahulunya adalah astaka pertandingan Tilawah Al-Quran Kebangsaan 1981 telah diubahsuai dan dipelihara sebagai tanda kenangan dan kerana ciri-ciri Minangkabaunya, sebagai lambang senibina dan budaya rakyat Negeri Sembilan.