Resensi JOM Sastera

Resensi JOM Sastera Memasyarakatkan sastera

TENTANG HATI MAWARKU MARZUKI  Ali seperti membuka pintu untuk saya masuk di rumah Maroof Seman. Setelah saya menyelidiki...
10/04/2024

TENTANG HATI MAWARKU

MARZUKI Ali seperti membuka pintu untuk saya masuk di rumah Maroof Seman.

Setelah saya menyelidiki semua reka bentuk rumahnya dari luar, susun atur hiasan luaran, kemudian karidor, saya bertemu Marzuki.

Rumah Maroof itu bukan seperti rumah dikenali saudara mara dan kenalan rapatnya, malah yang dikenali Rosli KMatari dan Ladin Nuawi, kalau saya tidak beritahu cepat, mungkin semua menduga saya s**a-s**a masuk rumah orang. Kemudian saya mengadili bagaimana Ladin menukangi rumah Maroof.

Saya pernah menegur (seperti marah) seorang sasterawan serta tokoh wartawan di negeri saya (Sabah) apabila rumah yang sudah siap dibuat cincai. Saya penerbit buku dan kerana itu saya seperti inspektor polis sebelum masuk di rumah orang.

Saya selalu s**a bertanya, untuk apa rumah tak sepatutya kalau untuk menyimpan perkakas kata? Asal jadi buku? Tapi biarlah dulu.

Saya beli rumah kata Maroof, dalam waktu sekejap pos laju pun sampai.

Baiklah. Sebelum saya bercakap terus terang, izinkan saya menggunakan kata singkatan ‘tak’ untuk ‘tidak’; atau ‘nak’ untuk ‘hendak’. Walaupun penulisan rencana atau berita tak sepatut menggunakan singkatan kata, tapi saya fikri kali ini saya gunakan.

Sehari sebelum Hari Raya Puasa, saya menerima bungkusan poslaju dan selepas membuka, isi kiriman itu Kumpulan Puisi Tentang Hati Mawarku, karya tokoh pengarang Maroof Seman.

Seperti biasa, saya picit tengah buku dan melepaskan helaian dan mencum bau buku. Bau minyak. Saya tak tinggal satu huruf pun apa tertulis sejak muka kulit, belakang kulit hingga hak cipta buku, semua saya baca.

Hinggakan tulisan Maroof di muka 3 (kira dari lembar pertama, di tulis “MAROOF SEMAN AR, Salam ukhwah, selamat mengembara Tuan Yatim Ahmad, pun saya renung lama sedikit. Saya rasa tulisan begini ialah orang semangatnya besar. Memiliki jati diri tersendiri, yang tak mahu mengalah kepada sesiapa di sebalik sikap yang ramah, kuat berfikir dan kadang s**a mengasingkan diri.”

Tapi usahlah percaya omongan saya.

Di bahagian kata pengantar buku tertulis ‘Suatu Pengantar: Tentang Hati Mawar’ saya baca rangkap pertama dan sampai rangkap kedua orang itu berkata, “Didorong dan dijarumi sekian ngilu oleh gejolak santun yang tidak dibenung sekalian daya pada saat, waktu dan ketika melukakan dengan erti pedih gelora dagaha keinginan untuk menikmati suatu rasa yang memberi kepuasan dan tenang gelora,makasuatu usaha pun dibangkitkan dengan membawa semangat keinginan yang berkobar-kobar.”

Sebaik sahaja habis baca ayat itu, saya terus terdorong mahu melihat dulu siapa penulis kata pengantar itu. Tanpa teori dan dia bercakap dengan kita, bukan menujuk.

Marzuki Ali. Guru teater Maroof. Dialah yang saya kata awal-awal tadi seperti membuka pintu rumah Maroof kepada saya. Kata pengantar mengesankan cara dia mengupas sajak Tentang Hari Mawarku.

Buku ialah rumah kepada penulis. Sejak kulit buku depan hinggalah kulit belakang dan segala yang terkandung pada buku itu, bukan sahaja mengambarkan siapa pengarang buku itu, siapa Maroof, tapi bagaimana dia menguasai bidangnya hingga beri kesan kepada kita, kepada khalayak.

Rosli K Matari dan Ladin sudah lulus pembikinan buku ini, tiada rungutan saya. Dari size buku, ilustrasi dan size fon mungkin jenis Ariel, semua lengkap.

Rosli adalah sasterawan Kelatan, penerima SEA Write Awards dari kerajaan Thailand (2021) dari Malaysia.

Tentang Hati Mawarku tebal 84 muka surat, selain illustrasi, juga keratan akhbar kejayaan atau kegiatan Maroof sejak 1980-an. Ada 50 sajak dibahagi enam judul utama.

Sementara Marzuki, memang saya agak teruja kerana ia sebahagian warga sastera di negeri kami dulu (1970-an sebelum ke Jakarta), selain itu buku sajaknya “Naban’ dan ‘Rakyat. Puisi Duyung Puisi Rakyat.Puisi’ tersusun di rak depan meja tulis saya, maka itu saya bayangkan Marzuki menyiapkan prakata mengikut gaya pengucapan teater. Beliau adalah tokoh bidang itu. Mungkin illustrasi dalaman buku Marzuki juga dilakarnya seperti melakar di buku Maroof.

Marzuki mengulas mengikut huraian falsafah yang menarik dan mudah dicerna berdasarkan urutan sajak Maroof Tentang Hati Mawarku.

Membaca karya dua tokoh pengarang, seni dan budaya dari Terenggau ini menjadikan saya dihargai kerana peluang membaca dan terikut berfikir. Sastera demikian murni menjadi alat pelembut rasa kita, perasaan kita, naluri kita – walau kepada orang sangat pemarah,sibuk dn tak minat karangan kretaif bagaikan merubah (sekejap) sikpanya menjadi halus.

Saya ingat tokoh penyair kami Ramli Jusoh juga berasal Terengganu. Di Sabah Ramli menetap di Kota Marudu, utara negeri.

Sementara itu, Maroof cuba perlihatkan bagaimana tangan pengarang seni – walau mengecam beberapa pelaku dianggapnya tidak perihatin menyebabkan berlaku peristiwa ketidak seimbangan dari segi pengurusan, pentadbiraN, politik, rakyat marhaen terbiar dan masalah sosial, diturunkan menjadi bait dan kalimat sehabis sabar dan lembut.

Walaupun kerana ada tulisan menyebabkan polemik, ia dikata mendewasakan. Betul, tapi orang sastera selalu memasuki dunianya dengan konflik, diri mereka sendiri atau sesama berkelomppk, tapi yang keluar dari keributan itu adalah bagai tali sutera. Kata demi kata melalui proses pemikiran. Minda pengarang adalah kilang kata tak pernah berhenti berputar, mahu tidur pun dia berfikir –apa nak ditulis esok.

Saya tidaklah bermaksud mengulas sajak Maroof, saya mahu menikmatinya. Samalah seperti saya menikmati keindahan pantai Terengganu dikategori pantai terpanjang di negara kita.

Walau saya belum pernah ke Ganu, tapi saya pernah mencatat sejarah kecil sebagai penerima hadiah sagu hati Sayembara Puisi sempena Tahun Melawat Terengganu 2013. Semua sajak pesrta dan pemenang di antologikan Pelita berjudul ‘Teng-Ya-Nung Tanah Leluhur’.

Puisi saya berjudulCeritera Tun Teja. Sampai sekarang saya anggapTerengganu negeri rohani puisi saya sebab baru merasai ’kemenangan’ menulis puisi. Sejak itu saya beroleh kekuatan semangat untuk bersaing sebagai penerima Hadiah Sastera Sabah pada tahun berikutnya, kategori puisi selain cerpen bidang utama saya.

Kepada sahabat boleh terus berhubung Maroof beli kumpulan puisi Tentang Hati Mawarku.

*foto Azlee/Djazlam

Address

Sabak
2113

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Resensi JOM Sastera posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share