08/09/2026
ππ€ HARI DISKUSI AKADEMIK 2026 π€π
Sekolah Menengah Sains Sembrong (SASEM) telah melaksanakan Hari Diskusi Akademik 2026 sebagai wadah memperkukuh jalinan kerjasama antara pihak sekolah dan ibu bapa dalam memastikan perkembangan akademik, sahsiah serta kesejahteraan murid diberi perhatian secara menyeluruh.
π
28 Ogos 2026
β° 8.00 pagi β 12.00 tengah hari
Program ini menjadi ruang perkongsian dan perbincangan dua hala antara guru dan ibu bapa berkaitan pencapaian, potensi serta perkembangan murid, di samping merancang intervensi yang bersesuaian bagi membantu mereka mencapai potensi terbaik.
π· Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada seluruh ibu bapa atas kehadiran, sokongan dan komitmen yang diberikan. Kerjasama erat antara ibu bapa dan pihak sekolah menjadi kekuatan penting dalam membimbing anak-anak menuju kecemerlangan.
πͺ Bersama melangkah, bersama membina kecemerlangan.
IHSAN β’ ILMU β’ KHALIFAH