This page is created to collect stories about The Sandakan-Ranau Death March, POW First Camp from members of public (whoever have related stories as told by their great grandparents / grandparents / parents) or from individuals who were directly or indirectly related to POW during the 2nd World War in North Borneo. It also gives us the opportunities to share stories on 2nd World War as told by our
grandparents. In the past, we listened first hand stories about the war but the stories died when they died. Hence, this page is created so that the “story telling” can be continued and will be passed down from generation to generation. Through this, we not only preserve the history of our beloved country but to immortalize the people who had sacrificed their lives for us, keeping them alive in our memories. For that, we invite people from all over the world to post and share their stories or pictures or just anything about the Second World War in North Borneo (particularly something that related to the POW No.1 Camp Ranau) in the page. Posting can be done in English or Malay, or both. Halaman ini dibuat untuk mengumpul cerita tentang Kem Pertama Perjalanan Maut Sandakan – Ranau daripada orang ramai (sesiapa sahaja yang mempunyai cerita berkaitan seperti yang datuk nenek anda ceritakan) atau daripada individu yang secara lansung atau tidak lansung mempunyai kaitan dengan kem ini semasa Perang Dunia Kedua di Borneo Utara. Halaman ini juga memberi kita peluang untuk berkongsi cerita tentang Perang Dunia Kedua di Borneo Utara seperti yang diceritakan oleh nenek moyang kita. Pada masa lalu, kita mendengar cerita perang melalui pengalaman nenek-moyang kita tetapi cerita seumpama ini berhenti apabila mereka meninggal dunia. Maka kerana itulah, halaman ini dibuat agar “sesi bercerita” ini boleh diteruskan dan diturunkan dari generasi ke generasi. Melalui ini juga, kita bukan sahaja memelihara sejarah tanahair yang kita sayangi tetapi untuk menghidupkan insan-insan yang telah berkorban diri untuk kita pada masa lalu, seterusnya mengekalkan mereka dalam kenangan kita. Untuk itu, admin mengalu-alukan individu-individu dari seluruh dunia untuk berkongsi cerita, gambar atau apa-apa saja yang berkaitan (khasnya berkenaan dengan Kem Pertama Perjalanan Maut Sandakan – Ranau) dalam halaman ini. Sila sertakan sumber dan maklumat penuh tentang bahan-bahan yang anda kongsikan. Posting boleh dibuat dalam Bahasa Inggeris atau Bahasa Melayu, atau kedua-duanya.