Planet puisi

22/04/2026
CERITA KITA BELUM TAMATLama menghilangTahun berganti tahunSaling hilang khabarEngkau di mana hilang jejakAku mencari tak...
31/03/2026

CERITA KITA BELUM TAMAT

Lama menghilang
Tahun berganti tahun
Saling hilang khabar
Engkau di mana hilang jejak
Aku mencari tak menemui jawapan

Syawal ini
Kita bertemu
Dalam haru yang panjang
Ceritamu menyayat hati
Ceritaku manis gemilang
Kau tak meminggirkan diri
Aku jauh bukan menjauh
Cuma takdir telah tertulis

Air mata jadi saksi
Rindu yang lama terpendam
Kita peluk dalam diam
Mengubat luka yang terbenam

Ketawa bersulam tangis
Menganyam cerita lama
Yang pernah kita tinggalkan
Kini kembali bersuara

Bagai pelangi di langit senja
Warnanya hadir selepas duka
Kau dan aku kembali bersatu
Menjahit semula kenangan yang lalu

Tak semua yang hilang itu pergi
Ada yang kembali membawa erti
Di celah waktu yang terlerai
Kita temui semula diri yang pernah terpisah

Andai jalan ini berliku lagi
Jangan kau hilang tanpa pesan
Kerana cerita kita, wahai saudari
Belum tamat… dan takkan padam.

🎀Salam kasih dari pena ke jiwa 🎀
Grps

11/02/2026

KEKASIHKU, TANDA CINTA SEMESTA

Engkau matahari yang terbit di ufuk jiwaku,
menerangi lorong gelap yang pernah aku lalui,
sinarmu membuka jalan bahagia,
mengajar hatiku percaya pada esok yang berseri.

Engkau juga angin yang setia berhembus,
menyentuh wajahku dengan bahasa doa,
mengiringi setiap langkah dan perjalanan,
agar tidak tersesat meski badai cuba menyapa.

Lihatlah bunga-bunga di sepanjang takdir kita,
mekar perlahan merestui cinta yang suci,
kelopaknya berbisik tentang setia,
harumnya menjadi saksi janji hati.

Burung-burung turun dari langit tinggi,
bersiul merayakan ketulusanmu,
lagu mereka adalah pujian alam,
untuk cinta yang tiada bandingan dan palsu.

Andai dunia bertanya siapa kekasihku,
akan aku tunjukkan langit, angin, dan cahaya,
kerana pada dirimu terkumpul semuanya—
tenang, harapan, dan cinta yang selamanya.

Diana Aziz 🔒

03/02/2026

SIMFONI CINTA SEMESTA
🚀
Kekasih…
dengarlah…
namamu bergetar di hujung doaku.

Engkau matahari
yang bangkit di pagi jiwaku,
menyuluh jalan bahagia
saat langkahku pernah ragu dan luka.

Tanpamu…
aku hanya bayang,
tanpamu…
hidupku kehilangan arah cahaya.

Engkau angin…
yang berhembus penuh setia,
menyapa wajahku
dengan bisikan doa-doa rahsia,
mengiringi setiap perjalanan cinta kita
agar tidak goyah
meski badai cuba memisahkan rasa.

Lihatlah…
bunga-bunga di sepanjang takdir ini,
mekar perlahan
seakan tahu—
cinta kita bukan sekadar janji,
tetapi ikrar suci
yang dijaga oleh langit dan bumi.

Burung-burung turun dari langit,
bersiul lembut di dahan harapan,
meraikan ketulusan
yang lahir dari hatimu,
ketulusan yang tidak meminta balasan
selain setia.

Wahai kekasih…
jika dunia bertanya
siapa engkau dalam hidupku—
akan aku jawab dengan seluruh alam ini.

Engkau cahaya.
Engkau doa.
Engkau damai.

Dan di hadapan semesta…
aku memilihmu,
hari ini,
esok,
hingga cinta tidak lagi punya kata noktah.

***********
Salam kasih dari pena ke jiwa 🎀

Karya 🔒 Diana Aziz 🔑

31/01/2026

HATI KIAN RETAK 💔

Jika hidup dijalani penuh kesabaran,
redha dijadikan perisai bertahan.

Jika kembara panjang diuji kepayahan,
jiwa pun lelah menahan tekanan.

Jika benci mula bersarang di dada,
langkah pun longlai hilanglah daya.

Jika disini tiada makna,
hati meronta mencari merdeka.

Jika ingin pergi namun tiada sayap,
hanya doa jadi teman yang tetap.

Jika diri terasa kosong telah hilang asa,
itulah luka paling dalam dirasa.

Jika hati bukan sekadar sakit semata,
retak menunggu waktu berderai nyata.

Jika keadilan dunia tidak memihak,
bersabarlah wahai hati yang retak.

Salam kasih dari pena ke jiwa 🎀

Karya 🔒 Diana Aziz 🔑
Puisi cinta Planet puisi Diana Aziz

31/01/2026

❤️DAMBAAN HATI♥️

Engkau dambaan jiwa yang setia,
Mengisi detik siang dan senja,
Namamu berulang dalam fikir dan rasa,
Tiada ruang lain selain cinta.

Andai masa mampu kuputarkan arah,
Ingin bersamamu sejak mula mengenal resah,
Sejak hati belajar makna pasrah,
Dan cinta mengenal luka dan indah.

Sesungguhnya hidup ini penuh ujian,
Berliku jalan menuju kebahagiaan,
Namun tersimpan hikmah Tuhan,
Cinta yang teguh tanpa keraguan.

Kini aku yakin tanpa sangsi,
Hatimu tidak pernah berpaling lagi,
Biarlah bahagia ini kekal abadi,
Hingga nafas terakhir terhenti.

Salam kasih dari pena ke jiwa 🎀

Karya 🔑 Diana Aziz 🔒

28/01/2026

HATI KIAN RETAK 💔

Jika hidup dijalani penuh kesabaran,
redha dijadikan perisai bertahan.

Jika kembara panjang diuji kepayahan,
jiwa pun lelah menahan tekanan.

Jika benci mula bersarang di dada,
langkah pun longlai hilanglah daya.

Jika disini tiada makna,
hati meronta mencari merdeka.

Jika ingin pergi namun tiada sayap,
hanya doa jadi teman yang tetap.

Jika diri terasa kosong telah hilang asa,
itulah luka paling dalam dirasa.

Jika hati bukan sekadar sakit semata,
retak menunggu waktu berderai nyata.

Jika keadilan dunia tidak memihak,
bersabarlah wahai hati yang retak.

Salam kasih dari pena ke jiwa 🎀

Karya 🔒 Diana Aziz 🔑
Puisi cinta

27/01/2026

SELAMAT MALAM

Selamat malam sahabat jauh,
Yang pernah seiring menapak waktu,
Di jalan sempit, di lorong rindu,
Kita tertawa, menangis, dan tumbuh bersama.

Kini jarak jadi penjaga sunyi,
Hanya layar kecil jadi penghubung hati,
Namun tiap kiriman kata dan tanda s**a,
Bagaikan pelita menyala di dada.

Malam ini aku kirimkan salam,
Lewat bintang yang berkelip diam,
Moga kau rasai hangat persahabatan lama,
Yang tak pudar walau ditelan masa.

Sesekali kita bersua semula,
Menyingkap nostalgia, menggenggam cerita,
Ketawa panjang menutup duka,
Seolah semalam masih di sana.

Sahabat, walau jauh berbatu,
Kenangan tetap tinggal bersatu,
Dalam setiap doa dan rindu,
Selamat malam — untukmu yang setia selalu.

Salam kasih dari pena ke jiwa 🎀

Karya Diana

26/01/2026

HATI YANG RETAK💔

Telah lama aku berjalan
di bumi Tuhan
sebagai kembara yang belajar sabar,
menyimpan redha
walau sering tertusuk oleh takdir.

Aku pernah kuat,
atau sekurang-kurangnya
aku cuba kelihatan begitu.
Namun hari ini
langkahku terasa berat,
bukan kerana jalan terlalu jauh,
tetapi kerana hati
sudah penat memikul rasa.

Aku tidak membenci dunia sepenuhnya,
aku hanya letih
tinggal di ruang
yang tidak lagi memeluk jiwaku.

Aku ingin pergi,
bukan untuk lari,
cuma mencari tempat
yang lebih ramah kepada perasaan.

Sayangnya aku tidak bersayap,
tidak punya arah,
hanya doa yang berjalan perlahan
bersama air mata yang kupendam.

Hatiku bukan sekadar sakit,
ia retak dalam diam,
menunggu difahami
atau dibiarkan berderai sendiri.

Dan jika keadilan
masih enggan memandangku,
aku akan duduk seketika,
menarik nafas,
dan belajar menyayangi diri
yang hampir patah ini.

Salam kasih dari pena ke jiwa

Karya 🔒 Diana Aziz 🔑✍️

15/01/2026

DENDAM YANG TAK PERNAH PADAM

Kerana aku telah belajar
bahawa dalam dunia yang menghancurkan aku,
aku harus menjadi badai
yang menghancurkan kembali.

Biar putih tulang,
jangan putih mata.
Biar aku binasa sekalipun,
Kerana mereka harus tahu—
aku bukan manusia yang boleh dipijak
dan bukan hati yang boleh diganti.

Grps

13/01/2026

Di saat kegelisahan menghimpit,
aku bermohon…
aku berdoa…
agar jalan gelapmu
kembali diterangi.

Agar seluruh jiwa ini
yang hampir padam,
kembali bercahaya
kerana doa
yang kau titipkan untukku.

Address

53/kn Parit Satu Darat Pontian
Pontian Besar
82100

Telephone

+60187663543

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Planet puisi posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Museum

Send a message to Planet puisi:

Share