Galeri Darurat Bukit Kepong, Muar Johor

Call Directions Contact the museum

Galeri Darurat Bukit Kepong, Muar Johor Galeri Darurat Bukit Kepong

🏛️🚐 Lawatan rasmi Kurator Muzium bersama warga kerja PERZIM Melaka ke Galeri Darurat Bukit Kepong telah berlangsung deng...
01/10/2026

🏛️🚐 Lawatan rasmi Kurator Muzium bersama warga kerja PERZIM Melaka ke Galeri Darurat Bukit Kepong telah berlangsung dengan penuh bermakna sebagai platform memperkukuh jaringan kerjasama antara institusi permuziuman.

💬 Lawatan ini turut membuka ruang perkongsian ilmu, pengalaman serta kepakaran dalam usaha memelihara, mendokumentasi dan memperkasa warisan sejarah negara. Melalui sesi interaksi dan penerokaan bahan pameran, para peserta berpeluang menelusuri peristiwa bersejarah yang signifikan, sekali gus menyemarakkan semangat cintakan sejarah serta menghargai pengorbanan pejuang terdahulu.

Diharapkan lawatan ini menjadi pemangkin kepada kolaborasi berterusan dalam memartabatkan khazanah warisan untuk generasi akan datang.

Lawatan pendidikan dari SK Banang, Batu Pahat melibatkan 81 murid Tahun 4 & 5 bersama 8 orang guru pengiring ke Galeri D...
22/09/2026

Lawatan pendidikan dari SK Banang, Batu Pahat melibatkan 81 murid Tahun 4 & 5 bersama 8 orang guru pengiring ke Galeri Darurat Bukit Kepong telah berlangsung dengan jayanya. Program ini memberi pendedahan bermakna kepada para pelajar tentang sejarah perjuangan dan semangat patriotisme yang wajar dicontohi. Diharapkan pengalaman ini dapat menyemai rasa cinta akan negara dalam diri generasi muda.

Lawatan pendidikan telah diadakan ke Galeri Darurat Bukit Kepong melibatkan empat institusi pendidikan iaitu SK Mensudut...
15/09/2026

Lawatan pendidikan telah diadakan ke Galeri Darurat Bukit Kepong melibatkan empat institusi pendidikan iaitu SK Mensudut Pindah Segamat, SK Tambang Segamat, Tadika KEMAS Genuang A & B Segamat serta Tadika FELCRA Bukit Kepong.

Program ini bertujuan memberi pendedahan awal kepada murid-murid mengenai sejarah perjuangan dan pengorbanan anggota keselamatan dalam mempertahankan kedaulatan negara. Sepanjang lawatan, para pelajar berpeluang melihat bahan pameran, artifak bersejarah serta mendengar penerangan berkaitan peristiwa bersejarah Bukit Kepong.

Semoga lawatan ini dapat menyemai semangat patriotisme serta menanam rasa cinta akan negara dalam kalangan generasi muda.👧🏻👦🏻🚌


Seramai 116 murid 👧🏻👦🏻🚌 Tabika KEMAS Zon 4 Labis bersama 14 pengiring terdiri daripada guru dan ibu bapa telah mengadaka...
11/09/2026

Seramai 116 murid 👧🏻👦🏻🚌 Tabika KEMAS Zon 4 Labis bersama 14 pengiring terdiri daripada guru dan ibu bapa telah mengadakan lawatan pendidikan ke Galeri Darurat Bukit Kepong. Lawatan ini memberi pendedahan awal kepada sejarah perjuangan pasukan keselamatan negara serta menyemai semangat patriotisme dalam diri anak-anak sejak usia kecil.

Lawatan penuh bermakna daripada Kelab Warga Emas Ceria, Klinik Kesihatan Peringgit Melaka ke Galeri Darurat Bukit Kepong...
10/09/2026

Lawatan penuh bermakna daripada Kelab Warga Emas Ceria, Klinik Kesihatan Peringgit Melaka ke Galeri Darurat Bukit Kepong telah berlangsung dengan jayanya.

Kunjungan ini bukan sahaja membuka ruang mengimbau kembali sejarah perjuangan anggota keselamatan dalam peristiwa Bukit Kepong, malah turut menyemai semangat patriotisme serta penghargaan terhadap pengorbanan para pejuang terdahulu.

Para peserta menunjukkan minat yang tinggi sepanjang sesi lawatan, di samping berkongsi pengalaman serta kenangan yang cukup berharga.

Semoga lawatan ini menjadi kenangan indah dan terus menyemarakkan rasa cinta kepada sejarah serta negara 🇲🇾

Lawatan edukasi🏫🚍 daripada Sekolah Kebangsaan Pekan Pagoh dan Sekolah Kebangsaan Felda Chempelak, Johor ke Galeri Darura...
08/09/2026

Lawatan edukasi🏫🚍 daripada Sekolah Kebangsaan Pekan Pagoh dan Sekolah Kebangsaan Felda Chempelak, Johor ke Galeri Darurat Bukit Kepong telah berlangsung dengan jayanya. Program ini memberi pendedahan berharga kepada para pelajar tentang sejarah serta semangat perjuangan tanah air. Semoga ilmu dan pengalaman yang diperoleh menjadi inspirasi kepada generasi muda dalam menghargai warisan negara.

Lawatan daripada warga Syarikat SD Guthrie ke Galeri Darurat Bukit Kepong telah berlangsung dengan penuh penghayatan dan...
30/08/2026

Lawatan daripada warga Syarikat SD Guthrie ke Galeri Darurat Bukit Kepong telah berlangsung dengan penuh penghayatan dan rasa hormat terhadap sejarah perjuangan negara. Program ini memberi peluang kepada para peserta untuk menelusuri kisah keberanian anggota polis dalam mempertahankan tanah air, sekali gus menyemai semangat patriotisme serta menghargai pengorbanan para pejuang terdahulu.

Semoga lawatan ini menjadi pengalaman bermakna dan terus memupuk kesedaran sejarah dalam kalangan semua yang terlibat.

Lawatan tahunan kakitangan 💡Tenaga Nasional Berhad (TNB) Muar melalui Kelab Kilat ⚡️ke Galeri Darurat Bukit Kepong telah...
29/08/2026

Lawatan tahunan kakitangan 💡Tenaga Nasional Berhad (TNB) Muar melalui Kelab Kilat ⚡️ke Galeri Darurat Bukit Kepong telah berlangsung dengan jayanya dengan penglibatan ahli serta keluarga. 🧑‍🧑‍🧒

💬Program ini bukan sahaja mengeratkan hubungan silaturahim dalam kalangan warga kerja, malah memberi pendedahan bersejarah tentang peristiwa darurat dan pengorbanan pasukan keselamatan negara. Diharapkan aktiviti seperti ini terus menjadi platform memupuk semangat kekitaan serta penghargaan terhadap sejarah tanah air.

Lawatan  oleh Pejabat Agama Tangkak ke Galeri Darurat Bukit Kepong telah berlangsung dengan jayanya melalui konvoi ride ...
27/08/2026

Lawatan oleh Pejabat Agama Tangkak ke Galeri Darurat Bukit Kepong telah berlangsung dengan jayanya melalui konvoi ride 🛵🏍️🇲🇾yang penuh semangat dan disiplin. Program ini bukan sahaja mengeratkan silaturahim, malah memberi peluang menghayati sejarah perjuangan negara serta menanam nilai patriotisme dalam kalangan peserta. Terima kasih atas kunjungan dan sokongan yang diberikan.

Lawatan pendidikan 👧🏻👦🏻oleh Tadika KEMAS Zon Jalan Pemuda Segamat  Tadika Taman Sayang, Sungai Mati serta Tadika Parit P...
27/08/2026

Lawatan pendidikan 👧🏻👦🏻oleh Tadika KEMAS Zon Jalan Pemuda Segamat Tadika Taman Sayang, Sungai Mati serta Tadika Parit Pulai, Tangkak telah berlangsung dengan jayanya dalam suasana penuh bermakna dan berinformasi. Program ini memberi pendedahan awal kepada kanak-kanak mengenai nilai sejarah, patriotisme dan semangat cintakan negara melalui pengalaman pembelajaran secara langsung. Diharapkan lawatan ini dapat menyemai minat terhadap sejarah serta membentuk jati diri generasi muda yang lebih berilmu dan berwawasan.

Address

Galeri Darurat Bukit Kepong
Muar
84030

Opening Hours

Tuesday 09:00 - 17:00
Wednesday 09:00 - 17:00
Thursday 09:00 - 16:30
Friday 09:00 - 16:30
Saturday 09:00 - 16:30
Sunday 09:00 - 16:30

Telephone

+6069710922

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Galeri Darurat Bukit Kepong, Muar Johor posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Museum

Send a message to Galeri Darurat Bukit Kepong, Muar Johor:

Shortcuts

Share

Category