07/08/2026
Tak perlu kita jauh berjalan, di Chenor ada view yang menarik berlatarkan kehijauan sawah padi serta belatarkan bukit nun jauh di sana.
Bukit Kertau menjadi saksi pelbagai pengkesahan sejarah dari zaman berzaman.
Bukit Kertau menyimpan sejarah pemetaan negara pada tahun 1948. Antara bukit yang dijadikan rujukan dalam Sistem Rujukan Koordinat Malaya.
Namun pada tahun 1989 ianya tidak digunakan lagi apabila kerja-kerja ukur dan pemetaan di Malaysia yang dibuat oleh Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (JUPEM) telah menghasilkan sistem-sistem rujukan koordinat dengan menggunakan teknik Global Positioning System (GPS).
by wmr