Galeria Perdana

Call Directions Website

Galeria Perdana Koleksi hadiah yang diberikan kepada Tun Dr. Mahathir dan isteri Tun Siti Hasmah sepanjang beliau menjadi Perdana Menteri dahulu.

Dewasa:RM5.00 Kanak-Kanak:RM2.00 Warga Emas:RM3.00 Pelajar IPT:RM3.00 Murid:RM1.00 Video Camera:RM5.00 Camera:RM2.00 Ruang Pameran dibahagikan kepada 3 blok iaitu Blok A, Blok B dan Blok C. Masing-masing mempunyai 2 tingkat. Dibahagian Blok A : Koleksi dari Perak, Kristal, Kaca, Tekstil, Kayu, Lukisan, Koleksi Islam, Tembikar, Porselin, Pewter, Award, Sijil, Model dan Laker. Dibahagian Blok B : Koleksi dari Batu, Laker, Fotograf, Tekstil, Award, Sijil, Kraf, Kaca, Kristal, Tembaga, Perak dan Porselin. Dibahagian Blok C : Koleksi dari Model, Tembaga, Porselin, Tembikar, Perak, Kaca, Kristal, Senjata, Fotograf, Perak, Kenderaan dan Koleksi Islam.

πŸ‡²πŸ‡Ύ SELAMAT MENYAMBUT HARI MALAYSIAπŸ‡²πŸ‡ΎIkhlas daripada :Pengarah dan Warga Kerja Galeria Perdana, LangkawiPenafian: Galeria...
15/09/2026

πŸ‡²πŸ‡Ύ SELAMAT MENYAMBUT HARI MALAYSIAπŸ‡²πŸ‡Ύ

Ikhlas daripada :
Pengarah dan Warga Kerja Galeria Perdana, Langkawi

Penafian: Galeria Perdana, Jabatan Muzium Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap sebarang lontaran pandangan dan pendapat. Raikan perbezaan dan kita sokong antara satu sama lain.








KOLEKSI MENARIK APA HARI INI @ GALERIA PERDANASetiap koleksi kenderaan di Galeria Perdana mempunyai nilai dan keistimewa...
14/09/2026

KOLEKSI MENARIK APA HARI INI @ GALERIA PERDANA

Setiap koleksi kenderaan di Galeria Perdana mempunyai nilai dan keistimewaan tersendiri. Selain memperlihatkan perkembangan reka bentuk serta teknologi automotif, koleksi ini turut menjadi sebahagian daripada khazanah muzium yang mendokumentasikan kepelbagaian inovasi dan pencapaian teknologi.

Penafian: Galeria Perdana, Jabatan Muzium Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap sebarang lontaran pandangan dan pendapat. Raikan perbezaan dan kita sokong antara satu sama lain.








Program Outreach Galeria Perdana sempena Hari Keusahawanan Madani Jom Fest Sekolah Kebangsaan Langkawi 2026 telah diadak...
13/09/2026

Program Outreach Galeria Perdana sempena Hari Keusahawanan Madani Jom Fest Sekolah Kebangsaan Langkawi 2026 telah diadakan pada 12 September 2026 bertempat di Sekolah Kebangsaan Langkawi.

Program ini telah dirasmikan oleh Tuan Hazlan bin Ahmad, Guru Besar Sekolah Kebangsaan Langkawi dan turut dimeriahkan dengan penyertaan warga sekolah, Ibu bapa dan komuniti setempat.

Program ini turut diserikan dengan pelbagai aktiviti pendidikan yang interaktif, termasuk permainan tradisional dan aktiviti DIY STEM Kit, sekali gus memberikan pengalaman pembelajaran yang kreatif, menyeronokkan dan bermakna kepada para pelajar.

Galeria Perdana, Langkawi merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Yayasan MR D.I.Y. atas tajaan DIY STEM Kit yang telah disumbangkan bagi menyokong pelaksanaan aktiviti pendidikan dan program jangkau luar muzium.

Penafian: Galeria Perdana, Jabatan Muzium Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap sebarang lontaran pandangan dan pendapat. Raikan perbezaan dan kita sokong antara satu sama lain.








Program Outreach Sempena Sambutan Bulan Kebangsaan Galeria Perdana telah diadakan pada 10 September 2026 bertempat di Se...
13/09/2026

Program Outreach Sempena Sambutan Bulan Kebangsaan Galeria Perdana telah diadakan pada 10 September 2026 bertempat di Sekolah Kebangsaan Seri Lagenda, Langkawi.

Program ini turut disertai dan dimeriahkan oleh guru-guru dan para pelajar dari SJK(T) Ladang Sungai Raya, SJK(C) Chung Hwa dan SJK(C) Min Nam. Pelbagai aktiviti menarik telah dilaksanakan, termasuk aktiviti pendidikan, permainan tradisional dan aktiviti DIY STEM Kit, yang memberikan pengalaman pembelajaran secara interaktif, kreatif dan menyeronokkan kepada para peserta.

Sekalung penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada Yayasan MR D.I.Y. atas tajaan DIY STEM Kit kepada Galeria Perdana, Langkawi bagi menyokong pelaksanaan aktiviti pendidikan dan program jangkau luar muzium.

Penafian: Galeria Perdana, Jabatan Muzium Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap sebarang lontaran pandangan dan pendapat. Raikan perbezaan dan kita sokong antara satu sama lain.








13/09/2026

HARI MERDEKA VS HARI MALAYSIA: APA BEZANYA?

Tahukah anda Hari Merdeka dan Hari Malaysia merupakan dua peristiwa bersejarah yang berbeza, namun kedua-duanya penting dalam pembentukan identiti negara kita. πŸ‡²πŸ‡Ύ

πŸ“… 31 Ogos 1957– Hari Merdeka
πŸ‡²πŸ‡Ύ Memperingati kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu daripada penjajahan British.

πŸ“… 16 September 1963 – Hari Malaysia
🀝 Memperingati pembentukan Malaysia melalui penggabungan Persekutuan Tanah Melayu, Sabah, Sarawak dan Singapura pada ketika itu.

Dua tarikh, dua sejarah, satu Malaysia.
Semoga kita terus menghargai sejarah, memperkukuh perpaduan dan menyemarakkan semangat patriotisme. β€οΈπŸ‡²πŸ‡Ύ

πŸ“ŠIli Syahiraa Zaharudin / Pereka Grafik BTV Digital





13/09/2026
10/09/2026

30 Fakta Rukun Negara

#19 Penerangan Mengenai Rukun Negara

Pada 24 November 1970, Jabatan Perpaduan Negara telah mengeluarkan surat rasmi yang memberi mandat kepada Kementerian Penerangan dan Kebudayaan untuk mengedar, menghebahkan serta memberi penerangan tentang Rukun Negara kepada seluruh masyarakat.




10/09/2026

Jom sembang tentang sejarah sempadan Kedah.

Pernah terfikir macam mana sempadan Kedah yang kita kenal hari ini terbentuk? Apa yang berlaku di sebalik perubahan wilayah, perjanjian dan garisan sempadan yang terdapat pada peta?

Menerusi Program Bicara@Muzium – Menelusuri Sejarah Sempadan Kedah: Dulu dan Kini, kita akan melihat isu ini bukan sahaja dari sudut sejarah, tetapi turut menyentuh aspek teknikal seperti pemetaan, penentuan sempadan, ukuran dan rekod tanah.

Perbincangan juga akan menyentuh tentang tanah warisan dan tanah komuniti, termasuk bagaimana sejarah, rekod pemilikan dan perubahan pentadbiran berkait dengan tanah yang diwarisi hingga ke hari ini.

πŸ“… 23 September 2026 (Rabu)
⏰ 9.30 pagi – 1.00 petang
πŸ“ Dewan Tunku Kudin, Muzium Kota Kuala Kedah

Kalau berminat dengan sejarah Kedah, sempadan, pemetaan dan tanah warisan, jom sertai kami. Banyak perkara menarik untuk dikupas dan dibincangkan.

Tempat adalah terhad! Sila daftar melalui link https://forms.gle/Nt3m9zVNsWR43YAT9 atau imbas QR Code yang disediakan pada poster.

Jom ke Muzium Kota Kuala Kedah untuk menyusuri jejak tinggalan sejarah, menghayati kisah perjuangan silam serta menyingkap khazanah warisan negara.

Penafian: Muzium Kota Kuala Kedah, Jabatan Muzium Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap sebarang lontaran pandangan dan pendapat. Raikan perbezaan dan kita sokong antara satu sama lain.







10/09/2026

π’πˆπ‘πˆ π“π‘πˆπ•πˆπ€ π‡π€π‘πˆ πŒπ€π‹π€π˜π’πˆπ€ πŸπŸŽπŸπŸ” | π“π€π‡π”πŠπ€π‡ 𝐀𝐍𝐃𝐀? 𝐒𝐀𝐁𝐀𝐇 𝐃𝐀𝐍 π’π€π‘π€π–π€πŠ πŒπ„πŒππ”ππ˜π€πˆ 𝐋𝐀𝐋𝐔𝐀𝐍 𝐒𝐄𝐉𝐀𝐑𝐀𝐇 π’π„ππƒπˆπ‘πˆ π’π„ππ„π‹π”πŒ πŒπ€π‹π€π˜π’πˆπ€ πƒπˆππ„ππ“π”πŠ

Tahukah anda, Sabah dan Sarawak mempunyai detik penting dalam perjalanan sejarah masing-masing sebelum pembentukan Malaysia?

Sarawak mencapai pemerintahan sendiri pada 22 Julai 1963, manakala Sabah mencapai kemerdekaan pada 31 Ogos 1963.

Tidak lama kemudian, pada 16 September 1963, Persekutuan Malaysia dibentuk dengan penyertaan Persekutuan Tanah Melayu, Sabah, Sarawak dan Singapura.

Tanggal 16 September bukan sekadar sebuah tarikh dalam kalendar. Ia menjadi detik bersejarah yang menyatukan perjalanan, harapan dan masa depan bersama untuk membentuk sebuah negara bernama Malaysia.

Hari ini, apabila kita menyambut Hari Malaysia 2026, marilah kita terus mengenali sejarah yang membentuk negara ini kerana menghayati sejarah bererti menghargai akar pembentukan Malaysia, menghormati kepelbagaian dan memperkukuh semangat kebersamaan sebagai sebuah bangsa.

Berbeza sejarahnya, bersatu negaranya. Berbilang budayanya, satu Malaysia.

Sumber: Jabatan Penerangan Malaysia






Pejabat Perdana Menteri Malaysia πŸ‡²πŸ‡Ύ
Shamsul Azri bin Abu Bakar

Address

Kampung Kilim, Mukim Ayer Hangat
Langkawi
07000

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Galeria Perdana posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share

Category