Laman Padi Langkawi

Laman Padi Langkawi Laman Padi is the venue for planting paddy in traditional way

05/08/2026

✨ π‰πŽπŒ πŠπ„ ππ†πŽππˆ π‘πŽπƒπ€ @ π‹π€πŒπ€π ππ€πƒπˆ π‹π€ππ†πŠπ€π–πˆ! β˜•πŸŒΎ

Luangkan malam anda bersama keluarga dan rakan-rakan dalam suasana kampung yang penuh nostalgia, berlatarbelakangkan keindahan sawah padi yang mendamaikan.

Nikmati pelbagai pilihan kopi, makanan dan minuman pada harga yang berpatutan, sambil mengisi malam anda dengan pelbagai aktiviti menarik seperti hiburan santai, tayangan wayang pacak serta peluang memenangi hadiah-hadiah menarik.

πŸ—“οΈ 14 Ogos 2026 & 4 September 2026 (Jumaat)
πŸ•• 6.00 Petang – 11.00 Malam
πŸ“ Laman Padi Langkawi

πŸͺ‘ Bawa bersama kerusi dan meja healing anda untuk menikmati suasana dengan lebih selesa sambil bersantai bersama keluarga

Bawa insan tersayang dan rasai pengalaman malam yang unik dalam suasana desa yang penuh nostalgia. Jom singgah, ngopi dan cipta kenangan indah bersama kami di Ngopi Roda @ Laman Padi Langkawi.

πŸŽ‰ Masuk adalah PERCUMA!
Kami menantikan kehadiran anda! β˜•πŸŒΎβœ¨

Laman Padi Langkawi
Naturally Langkawi
Langkawi UNESCO Global Geopark

ππ‘πŽπ†π‘π€πŒ π„π—ππ‹πŽπ‘π€π’πˆ πŽπ‹π„π‡ π„π‚πŽ 𝐄𝐒𝐂𝐀𝐏𝐄 π„ππ“π„π‘ππ‘πˆπ’π„ πƒπˆ π‹π€πŒπ€π ππ€πƒπˆ 🌾01 Ogos 2026 - Seramai 54 peserta daripada Eco Escape Enterp...
02/08/2026

ππ‘πŽπ†π‘π€πŒ π„π—ππ‹πŽπ‘π€π’πˆ πŽπ‹π„π‡ π„π‚πŽ 𝐄𝐒𝐂𝐀𝐏𝐄 π„ππ“π„π‘ππ‘πˆπ’π„ πƒπˆ π‹π€πŒπ€π ππ€πƒπˆ 🌾

01 Ogos 2026 - Seramai 54 peserta daripada Eco Escape Enterprise (Motorola) telah menyertai program eksplorasi di Laman Padi Langkawi melalui aktiviti pengalaman warisan tradisional.

Para peserta berpeluang mencuba sendiri aktiviti kukur kelapa dan menanam padi, sekali gus merasai pengalaman kehidupan masyarakat kampung serta mengenali dengan lebih dekat tradisi pertanian yang diwarisi sejak turun-temurun.

Program ini bukan sahaja memberikan pengalaman yang menyeronokkan, malah menjadi platform untuk menghayati nilai warisan, budaya serta keunikan agro pelancongan yang ditawarkan di Laman Padi Langkawi.











πŠπ”ππ‰π”ππ†π€π 𝐋𝐀𝐖𝐀𝐓𝐀𝐍 π’π€πŒππˆπ‹ 𝐁𝐄𝐋𝐀𝐉𝐀𝐑 πŠπ„ π‹π€πŒπ€π ππ€πƒπˆ π‹π€ππ†πŠπ€π–πˆ 🌾31 Julai 2026 - Laman Padi Langkawi berbesar hati menerima kunj...
02/08/2026

πŠπ”ππ‰π”ππ†π€π 𝐋𝐀𝐖𝐀𝐓𝐀𝐍 π’π€πŒππˆπ‹ 𝐁𝐄𝐋𝐀𝐉𝐀𝐑 πŠπ„ π‹π€πŒπ€π ππ€πƒπˆ π‹π€ππ†πŠπ€π–πˆ 🌾
31 Julai 2026 - Laman Padi Langkawi berbesar hati menerima kunjungan pelajar Program Pendidikan Khas dari SMK Sultan Abdul Jalil, Johor bagi menjayakan Program Lawatan Sambil Belajar.

Sepanjang lawatan, para pelajar diberi pendedahan mengenai warisan penanaman padi melalui sesi penerangan dan demonstrasi, di samping berpeluang melihat sendiri keunikan landskap sawah padi serta mengenali budaya dan kehidupan masyarakat pesawah yang menjadi identiti Laman Padi Langkawi.

Semoga lawatan ini dapat memberikan pengalaman pembelajaran yang menyeronokkan, memperkaya pengetahuan serta memupuk penghargaan terhadap warisan pertanian dan pelancongan negara.

Naturally Langkawi
Langkawi Development Authority

𝐋𝐀𝐖𝐀𝐓𝐀𝐍 π’π€πŒππˆπ‹ 𝐁𝐄𝐋𝐀𝐉𝐀𝐑 πŠπ„ π‹π€πŒπ€π ππ€πƒπˆ π‹π€ππ†πŠπ€π–πˆ30 Julai 2026 – Laman Padi Langkawi telah menerima kunjungan seramai 80 ora...
30/07/2026

𝐋𝐀𝐖𝐀𝐓𝐀𝐍 π’π€πŒππˆπ‹ 𝐁𝐄𝐋𝐀𝐉𝐀𝐑 πŠπ„ π‹π€πŒπ€π ππ€πƒπˆ π‹π€ππ†πŠπ€π–πˆ

30 Julai 2026 – Laman Padi Langkawi telah menerima kunjungan seramai 80 orang pelajar dan guru sekolah dari Smk Hamzah 2, Machang, Kelantan sempena program lawatan sambil belajar.

Sepanjang lawatan, para peserta telah dibawa melawat Muzium Padi bagi mengenali sejarah, serta warisan penanaman padi di Malaysia. Peserta turut diberi penerangan mengenai kepentingan sektor padi sebagai salah satu warisan pertanian negara.

Selain melawat muzium, para peserta turut menyaksikan demonstrasi proses padi dan demonstrasi kukur kelapa yang memperkenalkan kaedah tradisional dalam pemprosesan padi serta penyediaan santan. Lawatan ini memberikan pengalaman pembelajaran yang interaktif di samping memupuk penghargaan terhadap warisan pertanian, budaya dan agropelancongan di Langkawi.

Naturally Langkawi
Langkawi Development Authority

19/07/2026
5 Julai 2026 | Program Akademi Kenegaraan Malaysia Negeri Perak di Laman Padi πŸ‡²πŸ‡ΎπŸŒΎSeramai 80 kakitangan Jabatan Pendidika...
07/07/2026

5 Julai 2026 | Program Akademi Kenegaraan Malaysia Negeri Perak di Laman Padi πŸ‡²πŸ‡ΎπŸŒΎ
Seramai 80 kakitangan Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Perak telah menyertai program yang dianjurkan oleh Akademi Kenegaraan Malaysia (AKM) di Laman Padi.

Para peserta dibawa merasai pengalaman budaya dan warisan melalui empat checkpoint aktiviti tradisional, iaitu mengukur kelapa, menanam padi, serkap ikan dan menumbuk padi.

Program ini bukan sahaja memberi peluang kepada peserta untuk mencuba sendiri aktiviti masyarakat kampung, malah menjadi platform untuk menghayati nilai-nilai warisan, kerjasama serta semangat kenegaraan yang diterapkan oleh AKM.

Terima kasih kepada Akademi Kenegaraan Malaysia dan JPN Perak atas kunjungan ini. Semoga pengalaman ini menjadi kenangan yang bermakna buat semua peserta. 🌾πŸ₯₯🐟✨

Naturally Langkawi
Langkawi Development Authority

24/06/2026

Address

Pantai Chenang, Mukim Kedawang
Langkawi
07000

Opening Hours

Monday 09:00 - 17:00
Tuesday 09:00 - 17:00
Wednesday 09:00 - 17:00
Thursday 09:00 - 17:00
Friday 09:00 - 17:00
Saturday 09:00 - 17:00
Sunday 09:00 - 17:00

Telephone

+6049551118

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Laman Padi Langkawi posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Museum

Send a message to Laman Padi Langkawi:

Shortcuts

Share

Category