19/05/2026
LAWATAN PELAJAR UNIMAS KE MUZIUM PERKAYUAN PUSAKA
15 Mei 2026 β Seramai 23 orang pelajar bersama seorang pensyarah daripada kursus Wood Science and Technology, Universiti Malaysia Sarawak Universiti Malaysia Sarawak telah mengadakan lawatan akademik ke Muzium Perkayuan Perbadanan Kemajuan Perusahaan Kayu Sarawak pada jam 2.30 petang.
Delegasi lawatan tersebut diketuai oleh Prof Wong Sin Yeng dan disambut mesra oleh warga PUSAKA. Program ini bertujuan memberi pendedahan kepada para pelajar mengenai industri perkayuan, teknologi kayu, fasilitasi perdagangan serta pembangunan sektor buluh dan karbon di Sarawak.
Sepanjang lawatan berlangsung, para peserta telah diberikan taklimat korporat yang disampaikan oleh Encik Al-Mohd Rudzie, Pengurus Komunikasi Korporat PUSAKA, berkenaan peranan dan fungsi PUSAKA dalam pembangunan industri perkayuan negeri.
Selain itu, sesi perkongsian teknikal turut disampaikan oleh:
* Encik Wan Jaβafar Bin Wan Pakih daripada Seksyen Teknologi Kayu;
* Encik Khairul Ridzuan Bin Abd Razak dan Encik Edwin Anak Adam daripada Seksyen Fasilitasi Perdagangan; serta
* Encik Norman Bin Yusuf daripada Seksyen Buluh & Karbon.
Program lawatan ini diharap dapat memberi manfaat kepada para pelajar melalui pendedahan secara langsung terhadap perkembangan industri perkayuan serta memperkukuhkan hubungan kerjasama antara institusi akademik dan industri.