13/10/2024
PERTANDINGAN WAU SEMPENA
KARNIVAL KONVOKESYEN UMT 2024
Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Dengan sukacitanya, Kelab Usahaniaga Universiti Malaysia Terengganu akan menganjurkan Pertandingan Wau sempena Karnival Konvokesyen UMT yang ke-22.
Butiran pertandingan adalah seperti berikut:
Tarikh: 19 Oktober 2024
Masa: 2:00 petang - 7 Petang
Lokasi: Pusat Sukan dan Rekreasi Universiti Malaysia Terengganu (UMT)
Penyertaan hanya RM20 seorang. Sertai kami sekarang kerana tempat adalah terhad kepada 50 orang terawal sahaja!!! Barang pembuatan wau juga turut disediakan.
Kami dari Kelab Usahaniaga sangat mengalu-alukan penyertaan warga UMT, terutama sekali komuniti sekitar Terengganu untuk meramaikan lagi Karnival Konvokesyen UMT dengan penyertaan anda semua dalam Pertandingan Wau yang akan berlangsung pada 19 Oktober 2024 ini.