16/09/2026
16 SEPTEMBER 2026 (RABU)
MENYELAMI PROFESION KURATOR MENERUSI BERMALAM DI MUZIUM 2026
Majlis Penutupan Program Bermalam Di Muzium telah disempurnakan oleh YBrs. Tuan Mohamad Sobri bin Mat Daud, Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar dan Perancangan Strategik) Kementerian
Perpaduan Negara bertempat di Dataran Muzium Negara hari ini.
Program Bermalam Di Muzium dijalankan secara serentak pada 15 dan 16 September 2026 melibatkan 32 buah muzium, masing-masing dari Muzium Persekutuan, Muzium Negeri dan Muzium Institusi dengan penyertaan seramai 2,373 orang peserta.
Program pada tahun ini mengangkat Tema “Kurator Muda” bertujuan memberi pendedahan kepada peserta mengenai tugas, peranan dan tanggungjawab kurator dalam kerjaya permuziuman. Melalui tema ini, peserta berpeluang mengenali skop tugas kurator yang merangkumi fungsi teras utama profesyen iaitu pameran, penyelidikan, koleksi, konservasi dan pendidikan muzium. Menerusi pendekatan ini memberi pendedahan kepada peserta muzium bukan sekadar tempat menyimpan serta mempamerkan artifak, tetapi sebuah institusi yang menyediakan ruang untuk memahami sejarah, identiti dan perjalanan negara demi kemenjadian warga.
Pelbagai pengisian aktiviti telah dijalankan sepanjang dua hari program berlangsung. Antaranya Slot Ceramah Kenegaraan oleh Akademi Kenegaraan Malaysia, Sesi Perkongsian Ilmu Bersama Kurator, Fun Walk Kurator Muda, Eksplorasi Muzium dan banyak lagi.
Penafian: Muzium Seni Kraf Orang Asli tidak bertanggungjawab terhadap sebarang lontaran pandangan dan pendapat. Raikan perbezaan dan kita sokong antara satu sama lain.
See less