Muzium Kota Johor Lama - Rasmi

Muzium Kota Johor Lama - Rasmi Muzium Kota Johor Lama merupakan sebuah muzium yang diletakkan di bawah pentadbiran Jabatan Muzium Malaysia.

Pembinaan muzium ini bermula pada bulan Ogos 2004 dan siap sepenuhnya pada bulan Februari 2007.

SEMARAK MERDEKA 202621 Ogos 2026, Jumaat, Muzium Kota Johor Lama – Muzium Kota Johor Lama dengan kerjasama SK Johor Kamp...
21/08/2026

SEMARAK MERDEKA 2026

21 Ogos 2026, Jumaat, Muzium Kota Johor Lama – Muzium Kota Johor Lama dengan kerjasama SK Johor Kampung telah melaksanakan Program Semarak Merdeka 2026 sebagai salah satu aktiviti outreach muzium kepada masyarakat dan institusi pendidikan.

Pelbagai aktiviti telah dijalankan, antaranya senamrobik, kibaran Jalur Gemilang, aktiviti mewarna serta DIY Kit.

Program ini bertujuan menyemarakkan sambutan Bulan Kebangsaan di samping memupuk semangat patriotisme dan kecintaan terhadap negara dalam kalangan generasi muda.

"MUZIUM KECIL BERJIWA BESAR"





PROGRAM IPIM (INSPIRASI PELAJAR INOVASI MUZIUM)20 Ogos 2026, Khamis, Muzium Kota Johor Lama- Muzium Kota Johor Lama tela...
21/08/2026

PROGRAM IPIM (INSPIRASI PELAJAR INOVASI MUZIUM)

20 Ogos 2026, Khamis, Muzium Kota Johor Lama- Muzium Kota Johor Lama telah melaksanakan Program IPIM (Inspirasi Pelajar Inovasi Muzium) sebagai salah satu usaha dalam memberikan pengalaman pembelajaran yang lebih menarik dan bermakna kepada para pelajar.

Program ini memberi peluang kepada pelajar untuk mempelajari dan menghayati sejarah di luar bilik darjah. Pelbagai aktiviti pendidikan, interaktif dan inovatif dilaksanakan bagi meningkatkan pemahaman pelajar terhadap sejarah, khususnya berkaitan warisan dan sejarah Kesultanan Johor.

Diharapkan program seperti ini dapat menjadikan institusi muzium sebagai ruang pembelajaran yang menyeronokkan, interaktif dan berinformasi.

"MUZIUM KECIL BERJIWA BESAR"





20/08/2026

IPIM @ MUZIUM KOTA JOHOR LAMA

19/08/2026

Muzium Kota Johor Lama jadi lokasi Cabaran Sri Lanang 2026. 88 murid dan 52 guru peringkat negeri menyertai Cabaran Basikal Lasak & Pandu Arah 🚴

"MUZIUM KECIL BERJIWA BESAR"





Muzium Kota Johor Lama jadi lokasi Cabaran Sri Lanang 202619 Ogos 2026, Rabu, Muzium Kota Johor Lama - Muzium Kota Johor...
19/08/2026

Muzium Kota Johor Lama jadi lokasi Cabaran Sri Lanang 2026

19 Ogos 2026, Rabu, Muzium Kota Johor Lama - Muzium Kota Johor Lama dan sekitar Kg. Johor Lama telah dipilih sebagai salah satu lokasi pelaksanaan Program Cabaran Pendidikan Luar murid Sekolah Menengah Peringkat Negeri Johor Tahun 2026 (Cabaran Sri Lanang).

Program melibatkan 88 orang murid dan 52 orang guru dengan aktiviti Cabaran Basikal Lasak dan Cabaran Pandu Arah.

Semoga program ini dapat memupuk semangat kerjasama, ketahanan diri serta memberi pengalaman bermakna kepada para peserta dalam mengenali kawasan bersejarah Kota Johor Lama.

"MUZIUM KECIL BERJIWA BESAR"





17/08/2026

Address

Muzium Kota Johor Lama, Lot 1468, Kampung Johor Lama
Kota Tinggi
81940

Opening Hours

Monday 09:00 - 17:00
Tuesday 09:00 - 17:00
Wednesday 09:00 - 17:00
Thursday 09:00 - 17:00
Friday 09:00 - 17:00
Saturday 09:00 - 17:00
Sunday 09:00 - 17:00

Telephone

+6078955282

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Muzium Kota Johor Lama - Rasmi posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Museum

Send a message to Muzium Kota Johor Lama - Rasmi:

Shortcuts

Share

Category