Muzium UMS & Arkib UMS

Call Directions

Muzium UMS & Arkib UMS UMS Museum are open for public visits.

31/08/2026

PENGISYTIHARAN KEMERDEKAAN PERSEKUTUAN TANAH MELAYU

Pada hari ini dalam tahun 1957, YTM Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj, Perdana Menteri mengisytiharkan kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu berlandaskan Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1957 di Stadium Merdeka, Kuala Lumpur. Pengisytiharan tersebut disaksikan oleh kira-kira 20,000 rakyat, Raja-raja Melayu serta perwakilan dari negara-negara Komanwel dan negara asing.

Pada akhir upacara, YTM Tunku Abdul Rahman melaungkan “Merdeka!” sebanyak tujuh kali yang disambut penuh semangat oleh hadirin. Serentak dengan itu, bendera Persekutuan Tanah Melayu dinaikkan dengan iringan lagu kebangsaan Negaraku yang diperdengarkan buat kali pertama diikuti laungan azan dan tembakan hormat 101 das, menandakan bermulanya era baharu sebuah negara yang bebas dan berdaulat.

Untuk mendapatkan maklumat lanjut, layari Portal HIDS menerusi https://hids.arkib.gov.my atau muat turun aplikasi HIDS di Apple App Store. HIDS juga bersiaran di:
1) RTM TV pada pukul 6.59 pagi, 12.59 tengah hari, 4.59 petang dan 7.59 malam.
2) 31 stesen radio milik RTM.





31/08/2026
17/08/2026

Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada Profesor Dr. Rasid Mail atas pelantikan sebagai Ahli Lembaga Pengarah (Wakil Senat), Universiti Malaysia Sabah, berkuat kuasa 16 Ogos 2026.

Semoga pelantikan ini dapat memperkukuh lagi kepimpinan dan tadbir urus universiti serta menyumbang kepada usaha berterusan dalam memacu kecemerlangan UMS.

Selamat menjalankan amanah dan semoga terus cemerlang dalam memberikan khidmat bakti kepada universiti.

15/08/2026

Jalur Gemilang dipasang dan dikibarkan di semua premis JPNIN, termasuk Pejabat Perpaduan, Pusat Rukun Tetangga, Tabika Perpaduan serta Taska Perpaduan.

Bermula 17 Julai 2026 hingga 16 September 2026.

Tanda semangat patriotisme dan kecintaan kepada negara

---






14/08/2026
13/08/2026

12 Ogos 2002 - Universiti Malaysia Sabah (UMS) telah mengadakan Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) dengan BERNAMA sebagai langkah memperkukuh kerjasama antara kedua-dua pihak, khususnya dalam bidang maklumat, komunikasi dan pembangunan akademik.

Dalam majlis yang sama, UMS turut menerima Sijil MS ISO 9000 yang disampaikan oleh Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU). Penganugerahan sijil tersebut menunjukkan pengiktirafan terhadap komitmen UMS dalam meningkatkan mutu pengurusan dan sistem pentadbiran yang berkualiti.

Turut menyaksikan majlis tersebut ialah Timbalan Perdana Menteri Malaysia pada ketika itu, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.

Sumber Foto: Pusat Komunikasi Korporat UMS

07/08/2026
05/08/2026

4 Ogos 2012 - Universiti Malaysia Sabah (UMS) dan Sawit Kinabalu memeterai Memorandum Persefahaman (MoU) bagi memperkukuh penyelidikan kelapa sawit di Sabah. Kerjasama ini melibatkan penubuhan Unit Penyelidikan Minyak Sawit Lestari (SPOR) yang memberi tumpuan kepada penyelidikan secara lestari, komprehensif dan mesra alam.

MoU tersebut ditandatangani oleh Naib Canselor UMS, Prof. Dr. Mohd Harun Abdullah dan Pengarah Urusan Sawit Kinabalu, Othman Walat, serta disaksikan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Aman. Sawit Kinabalu turut menyerahkan bayaran dividen kepada pekebun kecil di Lahad Datu.

Sumber foto: Pusat Komunikasi Korporat UMS

04/08/2026

PROGRAM BICARA KURATOR SIRI 3/2026

JEJAK HOABINHIN DI GUA CHA: NARATIF PRASEJARAH MALAYSIA DARI KOLEKSI KE KURASI

Tarikh : 06 Ogos 2026 / Khamis
Masa : 9.00 Pagi hingga 1.00 Petang
Platform : Secara dalam talian ZOOM MEETING dan Facebook JMM
Join Zoom Meeting

https://bintara-my.zoom.us/j/93697503775?pwd=oaDdTx3nhz33PIhpUERwbYbpVH4X7N.1
Meeting ID: 936 9750 3775
Passcode: 504409

Pembentang 1 : Nik Aesya Binti Nik Ahmad Kamal
(Kurator, Muzium Negara)

Tajuk : Jejak Kebudayaan Hoabinhian: Asal Usul Masyarakat Awal Malaysia

Pembentang 2 : Cik Noridayu Binti Bakry
(Universiti Malaysia Kelantan)

Tajuk : Evolusi teknologi litik kebudayaan Pleistosen Akhir sehingga Holosen di semenanjung Malaysia

Moderator : En. Mohd Razali Yacob @ Jusoh
(Kurator, Muzium Etnologi Dunia Melayu)

Penafian: Jabatan Muzium Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap sebarang lontaran pandangan dan pendapat. Raikan perbezaan dan kita sokong antara satu sama lain.

Kementerian Perpaduan Negara
Muzium Negara RASMI






Address

Kota Kinabalu
88400

Opening Hours

Monday 09:00 - 16:30
Tuesday 09:00 - 16:30
Wednesday 09:00 - 16:30
Thursday 09:00 - 16:30
Friday 09:00 - 16:30

Telephone

+6088320000

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Muzium UMS & Arkib UMS posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share