Placemaking Kluang

Placemaking Kluang Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Placemaking Kluang, Art Gallery, No. 15, Jalan Dato Teoh Siew Khor, Kluang.

07/08/2026
04/08/2026
**BACK TO LANE: Idea Menghidupkan Lorong Belakang Kluang Sejak 2017**Tahukah anda bahawa idea untuk menghidupkan semula ...
04/08/2026

**BACK TO LANE: Idea Menghidupkan Lorong Belakang Kluang Sejak 2017**

Tahukah anda bahawa idea untuk menghidupkan semula lorong belakang rumah kedai di sekitar Jalan Station, Kluang sebenarnya telah dicadangkan lebih awal melalui **Rancangan Kawasan Khas (RKK) Majlis Perbandaran Kluang (MPK) 2017**?

Dalam dokumen tersebut, terdapat satu cadangan program yang menarik perhatian kami:

- **CADANGAN PROGRAM “BACK TO LANE”**

**Lokasi:**
Lorong belakang rumah kedai di Jalan Station, Kluang.

- **Justifikasi:**
Lorong belakang sepanjang kira-kira **150 meter** ini dikenal pasti mempunyai potensi untuk dibangunkan sebagai sebuah **Art Street** yang bukan sahaja memperindahkan kawasan bandar, tetapi turut menggalakkan aktiviti permainan dan mengeratkan hubungan sosial masyarakat tempatan.

- **Konsep yang dicadangkan:**
Art Street berasaskan aktiviti permainan seperti:

• Teng-teng
• Dam ular
• Dam aji
• Mini gelanggang
• Aktiviti permainan komuniti yang lain

Idea ini melihat lorong belakang bukan sekadar sebagai laluan servis atau tempat meletakkan kenderaan, tetapi sebagai **ruang awam yang aktif, selamat dan boleh digunakan oleh masyarakat.**

Menurut cadangan tersebut, kewujudan aktiviti permainan mampu menarik pengunjung dan seterusnya merangsang ekonomi di kawasan sekitar. Penghasilan mural dan karya seni p**a boleh membantu meningkatkan imej serta identiti bandar Kluang.

Lebih menarik, cadangan tersebut turut menekankan bahawa aktiviti yang aktif di lorong belakang dapat menggalakkan **gaya hidup sihat dan mewujudkan persekitaran bandar yang lebih selamat.**

**Elemen sokongan yang dicadangkan:**

- Pencahayaan yang terang bagi mewujudkan suasana yang meriah dan selamat
- CCTV, sekiranya diperlukan, bagi meningkatkan aspek keselamatan
- Bangku rehat
- Penutup longkang dan penambahbaikan turapan
-Elemen tunggak/jalan yang bersesuaian
- **Rubber paver tile** sebagai turapan yang lebih selamat dan sesuai untuk aktiviti permainan

Namun, sesuatu ruang awam tidak akan hidup hanya dengan reka bentuk fizikal.

Dokumen RKK 2017 turut menyentuh aspek **penyelenggaraan dan pengurusan**:

- Kebersihan lorong perlu dijaga melalui kerjasama pihak berkuasa dan pemilik bangunan.

- Penyelenggaraan mural p**a boleh dilakukan secara berkala mengikut perubahan dan fasa pengekalan karya.

- Tindakan terhadap kenderaan yang meletakkan kenderaan di lorong belakang juga dicadangkan supaya fungsi ruang tersebut dapat dikekalkan.

-**Smart Partnership**

Satu lagi perkara menarik ialah cadangan supaya program ini dilaksanakan melalui konsep **Perkongsian Pintar (Smart Partnership)** dengan melibatkan NGO dan rakan-rakan lorong belakang.

Malah, penglibatan pelajar seni daripada kolej dan universiti turut dicadangkan bagi menghasilkan karya **Art Street**.

---

# # # 🌱 2017 → Hari Ini

Apabila kita melihat kembali cadangan ini selepas beberapa tahun, banyak persoalan menarik timbul.

**Apa yang berlaku kepada idea tersebut?**

Adakah lorong belakang masih dilihat sebagai ruang servis semata-mata?

Atau bolehkah ia sekali lagi dilihat sebagai **ruang komuniti, ruang seni, ruang permainan dan ruang ekonomi baharu** untuk bandar Kluang?

Menariknya, beberapa tahun selepas cadangan “Back to Lane” ini direkodkan, usaha mengaktifkan lorong belakang dan ruang-ruang bandar melalui seni, komuniti, placemaking dan aktiviti tempatan semakin mendapat perhatian.

Mungkin sebenarnya kita tidak perlu mencipta idea yang baharu.

**Kadang-kadang, idea tersebut sudah lama ada dalam dokumen perancangan. Yang diperlukan ialah keberanian untuk membawanya kembali kepada kehidupan.**

**Rujukan:**
Rancangan Kawasan Khas (RKK) Majlis Perbandaran Kluang, 2017
Cadangan Program “Back to Lane” – Lorong Rumah Kedai Jalan Station, Kluang.

Thank you to everyone who filled out our form and showed interest in being part of the Kluang Mall Rooftop 86k Festival ...
04/08/2026

Thank you to everyone who filled out our form and showed interest in being part of the Kluang Mall Rooftop 86k Festival on 29–30 August, featuring our theme 'Pasar Mak Chic'. General entries are now closed. We are only open to art and craft vendors, subject to admin approval.

See you on the Rooftop!

https://forms.gle/8RXAkJoHWDZRefSj8

01/08/2026

The wait is over, Kluang's biggest rooftop fest is back! 🚨

Get ready for 𝟴𝟲𝗞 𝗙𝗘𝗦𝗧 𝟮𝟬𝟮𝟲, a celebration where culture comes alive through vibrant performances, local flavours, exciting activities, and unforgettable experiences.

Mark your calendars and join us as we celebrate the spirit of Malaysia together. 🇲🇾

Stay tuned for more exciting announcements! ⚡

| CULTURE IN MOTION |

Kami berkesempatan mengadakan kunjungan ke premis perniagaan baharu, Old Alley Kluang, yang kini menjadi antara penggera...
01/08/2026

Kami berkesempatan mengadakan kunjungan ke premis perniagaan baharu, Old Alley Kluang, yang kini menjadi antara penggerak kepada pembentukan ruang komuniti kreatif (placemaking) di kawasan lorong belakang warisan Kluang. Old Alley Kluang merupakan sebuah perusahaan tempatan yang mengkhususkan diri dalam penyediaan pencuci mulut tradisional tau fu fah. Sebelum berpindah ke lokasi baharu ini, mereka beroperasi di Laman Kreatif Kluang, Jalan Teoh Siew Khor, dan telah menjadi sebahagian daripada ekosistem usahawan kreatif di bandar Kluang.

Lawatan ini turut menjadi platform untuk bertukar pandangan mengenai potensi pembangunan kawasan lorong belakang warisan sebagai destinasi ekonomi kreatif dan pelancongan. Perbincangan memberi tumpuan kepada usaha menerajui penganjuran program pasar seni kreatif yang mampu menghimpunkan pengusaha makanan, artisan, penggiat seni, pengusaha kraftangan serta komuniti setempat. Inisiatif seperti ini bukan sahaja berpotensi merancakkan ekonomi tempatan, malah mampu menawarkan pengalaman pelancongan yang lebih autentik dengan menampilkan identiti, budaya dan warisan bandar Kluang.

Untuk trivia kali ini, Lorong Station terletak diantara 2 taman, iaitu taman merdeka "Fountain" Kluang dan Laman Rel Mahkota yang berada di sebelah stesyen keretapi ETS Kluang. Mudah untuk pengujung dari Kuala Lumpur dan Johor Bahru untuk datang ke Kluang. Lokasi yang sangat strategik.

Cadangan pembangunan aktiviti seni dan budaya di kawasan ini sebenarnya bukanlah sesuatu yang baru. Kawasan lorong belakang berhampiran stesen kereta api telah diwartakan sebagai lokasi pembangunan Program Seni "Back To Lane" Lorong Stesen menerusi Rancangan Kawasan Khas (RKK) Bandar Kluang 2017. Dokumen perancangan tersebut telah digubal secara kolaboratif melibatkan Ahli-Ahli Majlis, wakil-wakil politik Kluang, pegawai daripada pelbagai agensi di daerah Kluang, serta penyertaan komuniti setempat. Rancangan tersebut kemudiannya diluluskan oleh PLANMalaysia Negeri Johor, sekali gus menjadi asas perancangan rasmi bagi memperkukuhkan pembangunan bandar melalui pendekatan pemeliharaan warisan, pengaktifan ruang awam dan penglibatan komuniti.

Melalui kerjasama antara usahawan tempatan, komuniti kreatif dan pihak berkepentingan, kawasan lorong belakang Jalan Station Kluang Kluang mempunyai potensi besar untuk berkembang sebagai sebuah destinasi seni, budaya dan pelancongan yang berdaya saing. Pendekatan placemaking bersama komuniti mampu menghidupkan semula ruang bandar yang kurang dimanfaatkan, di samping mewujudkan peluang ekonomi baharu yang mampan untuk masyarakat setempat.

老胡同 Old Alley Kluang
Majlis Perbandaran Kluang

01/08/2026
31/07/2026

Address

No. 15, Jalan Dato Teoh Siew Khor
Kluang
86000

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Placemaking Kluang posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share

Category