Gerila Sejarah Pulau Pinang - GSPP

Directions Contact the museum

Gerila Sejarah Pulau Pinang - GSPP Wallahualam...

Diharap dgn tertubuhnya GSPP dan page ini, ia dapat memberi kesedaran sejarah bangsa Melayu yang hebat, kepada generasi muda pada masa sekarang, serta dapat menguatkan jati diri dan belajar dari sejarah yang lalu.

Gajah Tok Mia"According to Malay tradition Limbong was founded at the time the Portuguese conquered Malacca and only cea...
09/10/2026

Gajah Tok Mia

"According to Malay tradition Limbong was founded at the time the Portuguese conquered Malacca and only ceased to exist when the British wrested Malacca from the Dutch (1795). Its chief commerce was tin, elephants, damar, rattan, wax and pepper but principally elephants. Here lived Toh Mee-ah, the celebrated Chooliar (Indian) trader in elephants, who kept a large herd of these pachyderms in special kraal ready for shipment."

-J.C Pasqual

Megat Aris vs Nakhoda AmatKerian 1849
05/10/2026

Megat Aris vs Nakhoda Amat

Kerian 1849

05/10/2026

📜 𝗧𝗔𝗛𝗨𝗞𝗔𝗛 𝗔𝗡𝗗𝗔? | 𝗝𝗔𝗟𝗔𝗡 𝗕𝗔𝗛𝗔𝗥𝗨

Tahukah anda,𝗝𝗮𝗹𝗮𝗻 𝗕𝗮𝗵𝗮𝗿𝘂 atau “Jalan Bharu” telah direkodkan dalam A Descriptive Dictionary of British Malaya oleh N. B. Dennys pada tahun 1894?

Catatan tersebut menyebut bahawa Jalan Baharu bermula dari tebing selatan Sungai Prai, bergerak hampir lurus ke arah tenggara sejauh kira-kira 3¼ batu (±5.2 km) sebelum bertemu dengan jalan dari Permatang Pauh.

Bahagian awal laluan ini melalui kawasan paya bakau dan pokok nipah, manakala bahagian seterusnya merentasi sawah padi serta kelompok pokok kelapa. Jalan ini pada asalnya dibina menggunakan tanah dan lumpur daripada parit di kiri dan kanan laluan, sebelum dinaik taraf oleh Public Works Department dan diperlebar.

Menariknya, Jalan Baharu turut digunakan sebagai garisan asas bagi kerja ukur trigonometrik Province Wellesley, selain mempunyai tiga buah kampung dan beberapa rumah di sepanjang laluannya.

✨ Jejak sebuah jalan, menyimpan kisah pembangunan dan perubahan landskap Seberang Perai sejak lebih 130 tahun lalu.

📖 𝐒𝐮𝐦𝐛𝐞𝐫: 𝐀 𝐃𝐞𝐬𝐜𝐫𝐢𝐩𝐭𝐢𝐯𝐞 𝐃𝐢𝐜𝐭𝐢𝐨𝐧𝐚𝐫𝐲 𝐨𝐟 𝐁𝐫𝐢𝐭𝐢𝐬𝐡 𝐌𝐚𝐥𝐚𝐲𝐚, 𝐍. 𝐁. 𝐃𝐞𝐧𝐧𝐲𝐬 (𝟏𝟖𝟗𝟒)




#𝘀𝗲𝗯𝗲𝗿𝗮𝗻𝗴𝗽𝗲𝗿𝗮𝗶𝘁𝗲𝗻𝗴𝗮𝗵



Nama pada makam Tok Perang di Kampung Tok Bedu ni perlu perbetulkan, ada unsur anai-anai pada nama makam ni, boleh letak...
02/10/2026

Nama pada makam Tok Perang di Kampung Tok Bedu ni perlu perbetulkan, ada unsur anai-anai pada nama makam ni, boleh letak nama Tok Perang tu, cuma nama panjang tu tak payah letak lah, terang-terang nama yang direka oleh geng anai-anai.

Kalau kita rujuk pada blog keramat anai-anai, nama ni memang diambil dari situ, senarai nama sultan- sultan Kedah pun depa tukaq habis, satu pun tak sama dengan senarai sultan yang sebenar. Nama ni semua rekaan semata-mata, diputar belit dari sumber yang depa dapat tah dari mana.

Bawah ni petikan dari blog depa, yang berkait dengan nama pada makam tersebut, boleh baca dan nilai sendiri.

SYAH ALAM YANG MAHA MULIA
SYED ALANG ALAUDDIN ATAU PANGLIMA BUKIT GANTANG

BERSEMAYAM DI ISTANA KUNING, ALOR SETAR. MANGKAT TAHUN 1824-1862. ANTARA ADINDA BAGINDA IALAH PADUKA SERI TUANKU SYED MOHAMMAD HATTA MOHAMMAD RAJA INDERA SAKTI(PERLIS), DATUK NAI INDERA JAYA, PADUKA SERI SULTAN ALI(TUANKU SYED LONG ENA)RAJA RIAU LINGGA, PADUKA SERI TUANKU SYED LONG ISMAIL, RAJA FILIPINA.

SYAH ALAM YANG MAHA MULIA
SULTAN JAAFAR MADZAM SYAH @ TUANKU SYED LONG JAAFAR

1862-1876 TUNKU LONG JAAFAR IBNI SYED ALANG ALAUDDIN, MELANTIK NGAH IBRAHIM MENJADI MENTERI DILARUT MENGGANTIKAN TEMPAT BAGINDA. ADINDA BAGINDA PADUKA SERI SULTAN TUNKU ABU TOHA MENJADI RAJA BAGAN SERAI PERAK DAN DIBUNUH INGGERIS DALAM TAHUN 1876. ADINDA BAGINDA DIGELAR KERAMAT TOK PERANG.

Baca pun naik pening, c**a marba punya sejarah, campuq habis jadi rojak. Mai kot mana Long Jaafar dgn Panglima Bukit Gantang jadi Sultan Kedah. Kalau orang luar mai ziarah depa cari nama ni dalam sumber yang sahih sejarah Kedah memang tak akan akan jumpa la, melainkan dalam blog keramat anai-anai. So, boleh dah kot tanggalkan nama tu, bubuh Tok Perang saja sudah.

Cerita pasal fahaman anai-anai ni bukan cerita baru, lama dah, dia punya pengasas pun dah meninggal. Puas dah rakan-rakan sejarawan kita dok perang dengan depa dulu ni, lani dok timbui balik p**ak dah..haruuu..

Trans Kerian dan SelamaRupanya persempadanan Seberang Perai 1874 sampai ke Selama, Perak. Selepas Perjanjian Pangkor, Br...
02/10/2026

Trans Kerian dan Selama

Rupanya persempadanan Seberang Perai 1874 sampai ke Selama, Perak. Selepas Perjanjian Pangkor, British mula tetapkan semula sempadan antara Perak dengan Province Wellesley berdasarkan konsep garisan tadahan air (watershed).

Cadangan asal dalam Perjanjian Pangkor menetapkan bahawa penyesuaian sempadan tersebut hanya melibatkan kawasan seluas kira-kira 30 batu persegi. Namun demikian, penetapan sempadan kedua yang dibuat atas arahan pesuruhjaya British kemudiannya meliputi kawasan kira-kira 200 batu persegi.

Perubahan ini menyebabkan kawasan Selama, termasuk kawasan perlombongan bijih timahnya, turut termasuk dalam kawasan yang dikuasai British. Keadaan tersebut menimbulkan bantahan daripada para pembesar Perak, yang tidak bersetuju dengan tafsiran British terhadap garisan sempadan tersebut.

Akhirnya, pada tahun 1877, Selama dikembalikan kepada Perak. Manakala bahagian 30 batu persegi Kerian yang kekal di bawah pentadbiran British kemudiannya dikenali sebagai Trans-Kerian dalam daerah Seberang Perai Selatan hari ini.

Waktu ni British dah mula terlibat secara langsung dalam pentadbiran Perak, sebab tu depa serah balik kawasan Selama, pi mai pi mai boleh dekat depa juga bijih timah di Perak, sama macam kawasan dinding 1935 serah balik pada Sultan Perak.

Kunjungan hormat PESKAP dan taklimat ringkas berkenaan penemuan makam Tunku Mohamad Saad di Lembaga Muzium Pulau Pinang ...
01/10/2026

Kunjungan hormat PESKAP dan taklimat ringkas berkenaan penemuan makam Tunku Mohamad Saad di Lembaga Muzium Pulau Pinang hari ini.

Al-Fatihah....
28/09/2026

Al-Fatihah....

Makam Bukit Tengah, Bukit MertajamTrip hari ni asalnya nk jejak makam Tok Ta di kawasan bukit dekat bukit Tengah, tapi d...
27/09/2026

Makam Bukit Tengah, Bukit Mertajam

Trip hari ni asalnya nk jejak makam Tok Ta di kawasan bukit dekat bukit Tengah, tapi dikhabarkan makam tu dah diubah ke tanah perkuburan Masjid Balik Bukit. Alang-alang dah ada di kawasan ni, kita mai ziarah makam dekat Kg Tok Ta, makam dalam langgar ala Setoi. Dah lama tak mai ziarah makam ni, last mai 2021 kalau tak silap.

Keadaan makam tetap sama macam dulu, cuma tembok sebelah kanan dah runtuh akibat pihak yang tak bertanggung jawab dok rabat masuk kot situ dan buat kerja-kerja khurafat dalam kawasan makam.

Sempat berbual dengan Makcik tuan rumah sebelah makam. Dulu bapak dia dok jaga makam ni, tahun 2013 bapa dia meninggal dunia dan dikebumikan di dalam kawasan makam ni juga. Nama bapa dia Megat Kechil bin Hj Awang, ibu kepada bapa dia berketurunan kerabat Kedah, Tunku Zaharah binti Tunku Senu. Ibu kepada Makcik ni bernama Hjh Rokiah bt Mat, baru saja meninggal dunia tahun lepas, juga dikebumikan dalam kawasan makam ni.

Dalam dok bersembang, Makcik sempat mengadu pada kami, katanya ramai orang tak dikenali dok mai makam ni buat benda khurafat, ada yang mandi susu di kawasan makam untuk cari jodoh katanya, yang nak cari harta karun pun ada, dok menurun merangkak macam harimau, yang mai bawa buah letak dekat makam paling kerap. Agak terkejut juga kami dengar, zaman moden la ni pun masih ada amalan khurafat ni semua.

Harap MAINPP dapat buat sesuatu, mungkin boleh pacak sign board dilarang melakukan amalan- amalan syirik dan khurafat di kawasan makam ini, dan pihak masjid juga boleh amik peranan mai pantau selalu kawasan makam ni.

Diceritakan juga di sekitar kawasan makam ni dulu, merupakan kawasan pondok pengajian dan di sebelah atas ada Masjid dengan 2 pucuk meriam. Masjid itu kemudiannya diubah ke lokasi Masjid Balik Bukit ditepi jalan Bukit Tengah sekarang bersama 2 meriam tersebut. Nama balik bukit tu sebenarnya diambil dari lokasi masjid yang lama iaitu di sebalik bukit di kawasan makam ini.

Alhamdulillah, selesai program SDG di Kampung Terus anjuran NCER terima kasih pada Think city, team Kota Warisan Perai d...
26/09/2026

Alhamdulillah, selesai program SDG di Kampung Terus anjuran NCER terima kasih pada Think city, team Kota Warisan Perai dan PENBUMI bagi peluang pada team PESKAP dan GSPP untuk berkongsi kisah sejarah Kota Perai. Video podcast bersama Johan As'ari tgu depa edit siap nanti kita share dia punya link.

Tahun 1840, Tunku Muhammad Saad pernah dipenjarakan di Fort Cornwallis sebelum dibuang daerah ke India.Hampir 200 tahun ...
14/09/2026

Tahun 1840, Tunku Muhammad Saad pernah dipenjarakan di Fort Cornwallis sebelum dibuang daerah ke India.

Hampir 200 tahun berlalu…

Hari ini, di Padang Kota, betul-betul sebelah tempat beliau pernah dipenjarakan, orang ramai p**a berkumpul untuk mengenang dan memperingati perjuangan beliau.

Dia pun mungkin tak jangka apa yang akan berlaku lepas hampir 200 tahun masa berlalu di tempat yang sama perjuangannya dikenang oleh generasi kita sekarang.

Fuhhh…Kadang-kadang sejarah ni kalau hayati betoi2, memang boleh buat kita meremang!

Address

Permatang Pauh
Bukit Mertajam
14000

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Gerila Sejarah Pulau Pinang - GSPP posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Museum

Send a message to Gerila Sejarah Pulau Pinang - GSPP:

Shortcuts

Share