Pameran Lukisan 3d

Pameran Lukisan 3d Jom Sambil Menikmati Sambil Menderma
(75)

“I CARE VISION 20/20” KLINIK MATA BERGERAK ANJURAN KELAB LIONS ALOR STAR (HOST)

“I CARE VISION 20/20” atau Saya Prihatin Visi 20/20 ini merupakan satu program kesedaran penjagaan mata jangka masa panjang. Kita mungkin tidak sedar bahawa masalah kecacatan mata di kalangan kanak-kanak yang berumur 6 hingga ke 12 tahun adalah tinggi sejak kebelakangan ini. Program “I CARE VISION 20/20” telah diilham

kan untuk mempromosikan penjagaan kesihatan mata secara umumnya dan memberi keutamaan yang khusus kepada murid-murid sekolah rendah.

“I CARE VISION 20/20” mempunyai dua maksud iaitu :
Maksud 1
I : Saya, seorang individu
CARE : Di masyarakat yang penyayang dan prihatin
VISION 20/20: Sejajar dengan aspirasi Visi 2020 yang diilhamkan oleh bekas Perdana Menteri kita. Maksud 2
I : Mata
CARE : Menyayangi dan menjaga mata
VISION 20/20: Mempunyai pandangan Visi 20/20

Kelab Lions Alor Star (Host) adalah sebuah pertubuhan amal tanpa keuntungan (Non-profit, Non-Governmental Organisation) yang bergiat secara aktif dalam kebajikan masyarakat, bukan sahaja di Alor Setar, Kedah, malah di seluruh Negara dan juga di peringkat antarabangsa. Projek Klinik Mata Bergerak merupakan sebuah projek kebajikan semata-mata tanpa melibatkan sebarang kos kepada pihak sekolah atau pun murid-murid sekolah mahupun sesiapa sahaja yang membuat pemeriksaan mata. Pihak kami menyediakan 2 orang pemeriksa mata yang memandu klinik bergerak ini ke semua sekolah rendah di seluruh Negeri Kedah dan mengadakan taklimat serta pemeriksaan mata secara percuma kepada murid-murid sekolah. Pemeriksaan mata yang dimaksudkan hanyalah melibatkan pemeriksaan secara kasar yang mengunakan mesin Auto Refractometer sahaja. Tujuan pemeriksaan ini adalah hanya sebagai langkah awal mengenalpasti mata bermasalah dikalangan murid-murid sekolah dan meningkatkan pengetahuan penjagaan mata dari peringkat umur yang kecil lagi.

Address

Terminal Shahab Perdana
Alor Setar
05150

Opening Hours

Monday 10:00 - 22:00
Tuesday 10:00 - 22:00
Wednesday 10:00 - 22:00
Thursday 10:00 - 22:00
Friday 10:00 - 22:00
Saturday 10:00 - 22:00
Sunday 10:00 - 22:00

Telephone

04-7312288

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Pameran Lukisan 3d posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Museum

Send a message to Pameran Lukisan 3d:

Share

Category