Balai Khazanah Islam Sultan Haji Hassanal Bolkiah

Call Directions Website Contact the museum

Balai Khazanah Islam Sultan Haji Hassanal Bolkiah Sultan Haji Hassanal Bolkiah Islamic Khazanah Hall
Prime Minister's Office
Open daily, except Fridays from 9:00 AM to 5:00 PM

10/10/2026

TESTIMONIAL | YANG BERHORMAT DATUK DR HAJI ABDUL RAHMAN BIN HAJI JUNAIDI

During a recent visit to Balai Khazanah Islam Sultan Haji Hassanal Bolkiah, a delegation from Majlis Islam Sarawak explored all nine galleries and discovered remarkable collections showcasing Qur’anic manuscripts from around the world, Islamic history, relics associated with Rasulullah ﷺ and his companions, and the rich diversity of Islamic cultures.

Hear their reflections and invitation to fellow visitors from Sarawak, Malaysia, and beyond to experience the treasures of Islamic heritage at Balai Khazanah Islam.

Plan your visit
📍 Simpang 26, Jalan Pengiran Babu Raja, Bandar Seri Begawan
🕘 Open daily, except Friday, from 9:00 AM to 5:00 PM
Last entry at 4:30 PM.

We look forward to welcoming you to Balai Khazanah Islam Sultan Haji Hassanal Bolkiah.

Balai Khazanah Islam Sultan Haji Hassanal Bolkiah (BKISHHB) menerima kunjungan daripada delegasi dan peserta-peserta bag...
08/10/2026

Balai Khazanah Islam Sultan Haji Hassanal Bolkiah (BKISHHB) menerima kunjungan daripada delegasi dan peserta-peserta bagi Persidangan Kehakiman dan Perundangan Syariah Nusantara kali ke-4 Tahun 2026 (PKPSN 2026) yang terdiri dari negara-negara Nusantara iaitu Malaysia, Republik Indonesia dan Republik Singapura.

Lawatan seramai 70 orang peserta tersebut berpeluang untuk meneroka pelbagai koleksi artifak warisan sejarah dan budaya Islam secara meluas yang dipamerkan di kesemua sembilan buah galeri.

Sehubungan dengan itu, Keberadaan peserta PKPSN 2026 tersebut di Negara Brunei Darussalam juga bertujuan untuk mengadakan konferensi Persidangan Kehakiman dan Perundangan Syariah Nusantara kali ke-empat Tahun 2026 yang diadakan oleh Mahkamah-Mahkamah Syariah Brunei Darussalam.

  Thursday | Lawatan daripada Profesor Ustaz Dr. Haji Abdul Somad.Balai Khazanah Islam Sultan Haji Hassanal Bolkiah (BKI...
08/10/2026

Thursday | Lawatan daripada Profesor Ustaz Dr. Haji Abdul Somad.

Balai Khazanah Islam Sultan Haji Hassanal Bolkiah (BKISHHB) menerima kunjungan lawatan daripada Profesor Ustaz Dr. Haji Abdul Somad Batubara.

Turut hadir bersama rombongan ke BKISHHB ialah Rektor Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA), Dr. Haji Norarfan bin Haji Zainal.

Profesor Ustaz Dr Haji Abdul Somad serta rombongan memulakan lawatan dengan menandatangani Lembaran Kenangan dan diikuti dengan penyerahan cenderamata daripada Pemangku Pengarah BKISHHB, Dr. Haji Awang Mohammed Hussain bin Pehin Penyurat Haji Awang Ahmad.

Antara bahan pameran yang menarik dalam sembilan galeri pameran berkenaan termasuk koleksi-koleksi mushaf pelbagai bentuk dan ukuran, rambut mulia Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam, cebisan burdah Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam serta replika kesan tapak kaki, pedang-pedang dan tongkat Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam, koleksi pelbagai manuskrip Islam, peralatan Astronomi Islam, tongkat, tasbih, fosil dan banyak lagi.

Balai Khazanah Melabuhkan Tirai Bengkel Latihan Storytelling Selama Enam HariBANDAR SERI BEGAWAN, Rabu, 30 September 202...
01/10/2026

Balai Khazanah Melabuhkan Tirai Bengkel Latihan Storytelling Selama Enam Hari

BANDAR SERI BEGAWAN, Rabu, 30 September 2026 – Bengkel Latihan Storytelling bagi Jurupandu Balai Khazanah Islam Sultan Haji Hassanal Bolkiah (BKISHHB) anjuran BKISHHB hari ini menutup tirainya setelah berlangsung selama enam hari yang dibahagikan kepada dua kumpulan.

Bengkel berkenaan merupakan sebahagian daripada program latihan secara in-house yang dilaksanakan bagi memperkukuhkan kemahiran komunikasi, penyampaian dan teknik penceritaan dalam kalangan pegawai serta Penyelaras-Penyelaras Galeri BKISHHB.

Kumpulan kedua mengikuti bengkel berkenaan pada 28 hingga 30 September 2026, selepas Kumpulan pertama yang berlangsung pada 23, 24 dan 26 September 2026.

Bengkel tersebut dikendalikan oleh Yang Mulia Jimmy Leong, seorang seorang pakar storytelling dari Malaysia yang memiliki pengiktirafan sebagai Certified UNESCO Cultural Heritage Specialist Guide Trainer.

Baca berita penuh di laman sesawang:
https://www.bkishhb.gov.bn/whats-on-news/

  | Balai Khazanah Islam Sultan Haji Hassanal Bolkiah (BKISHHB) menerima kunjungan rombongan para pelajar dan guru-guru ...
01/10/2026

| Balai Khazanah Islam Sultan Haji Hassanal Bolkiah (BKISHHB) menerima kunjungan rombongan para pelajar dan guru-guru dari Sekolah Arab Temburong.

Rombongan disertai seramai 68 orang yang terdiri daripada 58 pelajar dan 10 orang guru, diketuai oleh Pengetua Sekolah Arab Temburong, Awang Morsidi bin Awang Haji Tuah.

Kehadiran rombongan disambut oleh Pengarah BKISHHB, Dr. Haji Mohammed Hussain bin Pehin Penyurat Haji Ahmad.

Menurut wakil perhubungan rombongan berkenaan, lawatan sambil belajar berkenaan merupakan salah satu aktiviti pembelajaran yang melibatkan pelajar Tahun 5, Tahun 6, Tahun 7 dan Tahun 8 Sekolah Arab Temburong.

Aktiviti lawatan berkenaan juga termasuk dalam perancangan aktiviti tahunan kokurikulum sekolah bagi tahun 2023.

Selain itu, ia juga bertujuan untuk memberi pendedahan kepada para pelajar tentang adanya satu tempat menyimpan dan mempamerkan bahan koleksi Islam milik peribadi Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam.

Objektif lain lawatan berkenaan dibuat adalah untuk memupuk dan menerapkan pelbagai nilai positif ke dalam diri para pelajar di bawah moto program, iaitu 'Membuka Mata, Menimba Pengalaman, Menjana Pengetahuan', di samping memberikan para pelajar peluang untuk menimba ilmu pengetahuan yang tidak dapat diperolehi di sekolah sekali gus menimba pengalaman baharu.

Lawatan berkenaan juga bertujuan untuk mendalami dan menghayati tajuk pembelajaran yang terkandung dalam mata pelajaran Melayu Islam Beraja dan Tarikh Islam.

Pengalaman yang ditimba melalui aktiviti lawatan berkenaan bakal dijadikan ilmu oleh para pelajar dalam menempuhi kehidupan sosial bermasyarakat.

Diharapkan dengan adanya lawatan berkenaan juga akan menjadi pemangkin para pelajar untuk menjana kecemerlangan pada masa hadapan dan secara tidak langsung membuka minda para pelajar tentang dunia luar sambil memupuk pelbagai nilai murni dalam diri mereka.

Bilangan Tawaran: (38)QTN/BPBK/BKISHHB/2026/PT.1Tajuk Tawaran: SUPPLY, DELIVERY, INSTALLATION AND TESTING OF COMMERCIAL ...
28/09/2026

Bilangan Tawaran: (38)QTN/BPBK/BKISHHB/2026/PT.1

Tajuk Tawaran: SUPPLY, DELIVERY, INSTALLATION AND TESTING OF COMMERCIAL TV FOR GALLERY 9 BALAI KHAZANAH ISLAM SULTAN HAJI HASSANAL BOLKIAH, PRIME MINISTER'S OFFICE

Tarikh Buka: 28/09/2026 (Isnin)

Tarikh Tutup: 08/10/2026 (Khamis), Jam: 2 Petang

Jika berminat dan ingin mengetahui pertanyaan lanjut, boleh berhubung terus dengan talian Hotline Fasiliti +673 8153266 atau 2220701 ext. 157 atau sile emel ke alamat [email protected]

Bilangan Tawaran:  (32)QTN/BPBK/BKISHHB/2026/PT.1Tajuk Tawaran: SUPPLY, DELIVERY, INSTALLATION, CONFIGURATION AND MAINTE...
26/09/2026

Bilangan Tawaran:
(32)QTN/BPBK/BKISHHB/2026/PT.1

Tajuk Tawaran: SUPPLY, DELIVERY, INSTALLATION, CONFIGURATION AND MAINTENANCE OF LED WALL SCREEN LEASING FOR 24 MONTHS' FOR BALAI KHAZANAH ISLAM SULTAN HAJI HASSANAL BOLKIAH, PRIME MINISTER'S OFFICE, NEGARA BRUNEI DARUSSALAM - PH2

Tarikh Buka: Khamis, 24 September 2026

Tarikh Tutup: Khamis, 08 Oktober 2026 (2:00 Petang)

Jika berminat dan ingin mengetahui pertanyaan lanjut, boleh berhubung terus dengan talian Hotline Fasiliti +673 8153266 atau 2220701 ext. 157 atau sile emel ke alamat [email protected]

Bilangan Tawaran:  (31)QTN/BPBK/BKISHHB/2026/PT.1Tajuk Tawaran:  SUPPLY, DELIVERY, INSTALLATION, TESTING AND COMMISSIONI...
26/09/2026

Bilangan Tawaran:
(31)QTN/BPBK/BKISHHB/2026/PT.1

Tajuk Tawaran:
SUPPLY, DELIVERY, INSTALLATION, TESTING AND COMMISSIONING OF LAPTOP FOR BALAI KHAZANAH ISLAM SULTAN HAJI HASSANAL BOLKIAH, PRIME MINISTER'S OFFICE, NEGARA BRUNEI DARUSSALAM

Tarikh Buka: Khamis, 24 September 2026

Tarikh Tutup: Khamis, 08 Oktober 2026 (2:00 Petang)

Jika berminat dan ingin mengetahui pertanyaan lanjut, boleh berhubung terus dengan talian Hotline Fasiliti +673 8153266 atau 2220701 ext. 157 atau sile emel ke alamat [email protected]

BANDAR SERI BEGAWAN, Rabu, 23 September. - Balai Khazanah Islam Sultan Haji Hassanal Bolkiah (BKISHHB) hari ini memulaka...
24/09/2026

BANDAR SERI BEGAWAN, Rabu, 23 September. - Balai Khazanah Islam Sultan Haji Hassanal Bolkiah (BKISHHB) hari ini memulakan Bengkel Latihan Storytelling bagi Jurupandu BKISHHB, yang diadakan secara ‘in-house’ bagi memperkukuhkan kemahiran komunikasi, penyampaian dan teknik penceritaan dalam kalangan pegawai serta Penyelaras-penyelaras Galeri BKISHHB.

Bengkel yang berlangsung selama enam hari secara keseluruhan ini dibahagikan kepada dua sesi kumpulan, dengan Kumpulan A mengikuti bengkel pada 23, 24 dan 26 September 2026, manakala Kumpulan B akan menyertai bengkel pada 28 hingga 30 September 2026.

Bagi sesi pertama, seramai 21 orang peserta daripada Kumpulan A menghadiri bengkel yang dikendalikan oleh Jimmy Leong, seorang Certified UNESCO Cultural Heritage Specialist Guide Trainer dan pakar dalam bidang ‘storytelling’ di Malaysia.

Bengkel tersebut diadakan di Bilik Kuliah dan Galeri Pameran 1 hingga 9, BKISHHB, dengan sesi pada hari pertama memberi tumpuan kepada pengenalan asas seni dan ilmu ‘storytelling’ serta kepentingannya sebagai satu kaedah komunikasi yang berkesan dalam penyampaian maklumat kepada para pengunjung.

Pada sesi sebelah pagi, peserta mengikuti ‘Lecture: Concept of Storytelling’, yang memberikan pendedahan mengenai konsep asas ‘storytelling’ serta bagaimana teknik penceritaan dapat digunakan dalam konteks interpretasi di persekitaran muzium dan galeri.

Sementara itu, sesi sebelah petang diteruskan dengan ‘Lecture: Storytelling Techniques’, yang memberi tumpuan kepada teknik-teknik penyampaian cerita secara lebih berkesan dan menarik.

Penganjuran bengkel ini bertujuan untuk meningkatkan kemahiran komunikasi dan teknik penyampaian jurupandu BKISHHB agar lebih profesional dan berkesan, di samping memperkasakan teknik penceritaan dalam menyampaikan maklumat berkaitan koleksi dan galeri pameran.

Sambungan di ruang komen..

Address

Simpang 26 Jalan Pengiran Babu Raja
Bandar Seri Begawan
BA2112

Opening Hours

Monday 09:00 - 17:00
Tuesday 09:00 - 17:00
Wednesday 09:00 - 17:00
Thursday 09:00 - 17:00
Saturday 09:00 - 17:00
Sunday 09:00 - 17:00

Telephone

+6738153264

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Balai Khazanah Islam Sultan Haji Hassanal Bolkiah posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Museum

Send a message to Balai Khazanah Islam Sultan Haji Hassanal Bolkiah:

Shortcuts

Share

Category