Geomatics And Land Surveying Discovery Centre GLSDC

Call Website

Geomatics And Land Surveying Discovery Centre GLSDC Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Geomatics And Land Surveying Discovery Centre GLSDC, History Museum, Wisma LJT, Lorong Perak, Pusat Bandar Melawati.

Salam sejahtera dan salam hormat.Kami daripada pihak GLSDC (Wisma LJT) ingin merakamkan ucapan terima kasih yang tidak t...
22/09/2026

Salam sejahtera dan salam hormat.Kami daripada pihak GLSDC (Wisma LJT) ingin merakamkan ucapan terima kasih yang tidak terhingga kepada seluruh warga Bahagian Kartografi dan GIS, JUPEM Ibu Pejabat atas kesudian meluangkan masa mengadakan lawatan rasmi ke galeri kami semalam (21 September 2026).Kami amat menghargai kehadiran, sokongan, serta perkongsian idea yang sangat bermanfaat sepanjang sesi lawatan tersebut. Semoga ukhuwah terjalin buat selama-lamanya .Pintu galeri kami sentiasa terbuka untuk kunjungan susulan daripada pihak JUPEM. Terima kasih! ๐Ÿ˜Š

28/08/2026
Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (JUPEM), Bahagian Pangkala...
28/08/2026

Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (JUPEM), Bahagian Pangkalan Data atas kunjungan dan kerjasama yang telah diberikan pada 26 Ogos 2026.
Kehadiran pihak JUPEM amat kami hargai dan menjadi satu kesempatan yang bermakna dalam mengeratkan hubungan serta perkongsian ilmu dan pengalaman dalam bidang ukur, pemetaan, geospatial dan pengurusan pangkalan data.
Semoga jalinan kerjasama yang terjalin ini dapat diteruskan dan diperkukuhkan pada masa akan datang.
Terima kasih dan selamat maju jaya kepada seluruh warga JUPEM Bahagian Pangkalan Data.
Ikhlas daripada warga GLSDC Geomatics and Land Surveying Discovery Centre (GLSDC)

Jata Malaysia atau lebih dikenali sebagai Jata Negara (Jawi: โ€ุฌุงุช ู†ฺฌุงุฑุงโ€Žโ€Ž) mempunyai maksud, ciri, dan nilai sesebuah ne...
14/08/2026

Jata Malaysia atau lebih dikenali sebagai Jata Negara (Jawi: โ€ุฌุงุช ู†ฺฌุงุฑุงโ€Žโ€Ž) mempunyai maksud, ciri, dan nilai sesebuah negara). Negara yang menggunakan jata negara telah menggabungkan ciri yang ada oleh sesebuah negara itu. Elemen dan sentimen seperti bunga raya yang diterapkan dalam jata negara Malaysia menunjukkan bunga ini adalah bunga kebangsaan yang digunakan dalam upacara rasmi dan simbol sesebuah negara.

*Maksud bagi bintang pecah empat belas menandakan 13 buah negeri yang terkandung dalam Persekutuan Malaysia
*Bintang bersama-sama anak bulan itu bermaksud agama Islam sebagai agama rasmi di Malaysia
*Lima bilah keris yang berada di tengah-tengah jata itu menandakan Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu terdahulu (Johor, Kedah, Perlis, Kelantan dan Terengganu).
*Bahagian sebelah kiri jata itu adalah (pokok Pinang) yang menandakan Negeri Pulau Pinang dan bahagian sebelah kanan itu adalah pokok melaka yang menandakan Negeri Melaka
*Dalam empat jalur yang sama besarnya dalam bahagian tengah yang terkandungnya warna merah, hitam, putih kuning warna-warna hitam dan putih. Hitam dan putih adalah warna bagi negeri Pahang; merah dan kuning adalah warna bagi negeri Selangor; hitam, putih dan kuning adalah warna bagi negeri Perak; merah, hitam dan kuning adalah warna bagi Negeri Sembilan. Empat buah negeri ini adalah Negeri-negeri Melayu Bersekutu yang asal.
*Tiga bahagian di sebelah bawah kiri itu ialah negeri Sabah manakala di sebelah kanan bawah itu p**a ialah negeri Sarawak.
*Di tengah-tengahnya p**a ialah Bunga Raya yang juga dikenali sebagai Bunga Kebangsaan
*Dua ekor Harimau yang berada di sebelah kiri dan kanan jata itu p**a adalah merupakan haiwan rasmi Malaysia iaitu Harimau Malaya dan merupakan haiwan rasmi bagi Negeri-negeri Melayu Bersekutu terdahulu dan digunakan dalam Lambang Malaysia
*Slogan "Bersekutu Bertambah Mutu" pada sebelah kiri itu ditulis dalam tulisan Rumi manakala disebelah kanan p**a ditulis menggunakan tulisan Jawi.
*Warna kuning pada awan-awan itu melambangkan warna Diraja bagi Duli-duli Yang Maha Mulia Raja-raja di Malaysia.

UCAPAN TERIMA KASIH DARIPADA GLSDCSetinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Mohd Razlan, Pensyarah dan ...
11/08/2026

UCAPAN TERIMA KASIH DARIPADA GLSDC
Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Mohd Razlan, Pensyarah dan Penyelidik di Academy of Contemporary Islamic Studies (ACIS), Universiti Teknologi MARA (UiTM), yang telah mengetuai kunjungan delegasi dari Indonesia ke Geomatics and Land Surveying Discovery Centre (GLSDC).
Ucapan terima kasih juga ditujukan kepada:
๐ŸŒŸ Dr. Muhammad Nurkhanif, M.S.I.
Pensyarah dan Penyelidik dalam bidang Islamic Astronomy serta Ketua Program Studi Ilmu Falak, Fakultas Syariah dan Hukum, Universitas Islam Negeri Walisongo Semarang, Indonesia.
๐ŸŒŸ Ahmad Fuad Al-Anshary, M.S.I.
Pensyarah dan Penyelidik dalam bidang Islamic Astronomy serta Sekretaris Program Studi Ilmu Falak, Fakultas Syariah dan Hukum, Universitas Islam Negeri Walisongo Semarang, Indonesia.
Pihak GLSDC amat berbesar hati dan menghargai kesudian para delegasi meluangkan masa untuk mengadakan kunjungan ke galeri GLSDC.
Semoga kunjungan ini dapat menjadi platform untuk perkongsian ilmu, pertukaran kepakaran serta mengeratkan hubungan akademik dan kerjasama antara Malaysia dan Indonesia, khususnya dalam bidang astronomi Islam, ilmu falak, geomatik dan bidang-bidang berkaitan.
Terima kasih atas kunjungan dan kepercayaan yang diberikan kepada GLSDC.
Semoga kita dapat bertemu dan bekerjasama lagi pada masa akan datang.
Salam hormat daripada seluruh warga GLSDC. ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ๐Ÿค๐Ÿ‡ฎ๐Ÿ‡ฉ

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Kolej Vokasional Setapak, khususnya para pelajar Diploma Teknologi P...
07/07/2026

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Kolej Vokasional Setapak, khususnya para pelajar Diploma Teknologi Pembinaan, atas kesudian mengadakan lawatan sambil belajar ke Geomatic and Land Surveying Discovery Center (GLSDC).

Semoga lawatan ini memberikan pengalaman yang bermakna, menambah ilmu pengetahuan serta membuka perspektif baharu mengenai profesion ukur di Malaysia. Diharapkan pendedahan yang diperoleh dapat menyemarakkan lagi minat dan inspirasi para pelajar untuk meneroka bidang ini dengan lebih mendalam.

Ribuan terima kasih juga diucapkan kepada para pensyarah atas kepercayaan memilih GLSDC sebagai destinasi lawatan sambil belajar. Semoga jalinan kerjasama ini dapat diteruskan pada masa hadapan demi melahirkan generasi yang berilmu, berkemahiran dan cemerlang dalam bidang masing-masing.

Terima kasih dan semoga maju jaya buat semua pelajar! ๐ŸŒŸ

Terima kasih GSTC! Semalam (24 Jun 2026), GLSDC telah menerima kunjungan lawatan sambil belajar seramai 50 orang pelawat...
25/06/2026

Terima kasih GSTC! Semalam (24 Jun 2026), GLSDC telah menerima kunjungan lawatan sambil belajar seramai 50 orang pelawat yang terdiri daripada pensyarah dan pelajar Geospatial Science & Technology College (GSTC). Pihak GLSDC amat menghargai sokongan dan kehadiran anda semua. Semoga pengisian program semalam dapat menyuntik inspirasi dan meluaskan cakerawala ilmu ilmu geomatik buat para pelawat sekalian. &Technology College

Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih diucapkan kepada Universiti Malaya, khususnya para pelajar Tahun Sat...
24/06/2026

Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih diucapkan kepada Universiti Malaya, khususnya para pelajar Tahun Satu Program Pengajian Alam Sekitar, atas kesudian mengadakan lawatan akademik ke Geomatics and Land Surveying Discovery Centre (GLSDC). Kehadiran dan penglibatan aktif para pelajar amat dihargai serta diharapkan lawatan ini dapat memberikan manfaat, menambah ilmu pengetahuan dan memperkukuhkan pemahaman berkaitan bidang alam sekitar, geomatik dan ukur tanah.
Terima kasih dan semoga terus cemerlang dalam pengajian serta kerjaya pada masa hadapan

Salam Maal Hijrah 1448H ๐ŸŒ™"Semoga tahun baru Hijrah membawa sinar keimanan yang lebih teguh, hati yang lebih tenang, reze...
16/06/2026

Salam Maal Hijrah 1448H ๐ŸŒ™
"Semoga tahun baru Hijrah membawa sinar keimanan yang lebih teguh, hati yang lebih tenang, rezeki yang diberkati, dan kehidupan yang dipenuhi rahmat Allah SWT. Marilah kita berhijrah ke arah kebaikan, memperbanyakkan amal soleh, dan mendekatkan diri kepada-Nya."

Satu penghargaan buat kami! ๐ŸŒ™โœจ Galeri kami telah menerima kunjungan istimewa daripada Persatuan Falak Syar'i Malaysia da...
24/04/2026

Satu penghargaan buat kami! ๐ŸŒ™โœจ Galeri kami telah menerima kunjungan istimewa daripada Persatuan Falak Syar'i Malaysia dan Yayasan Restu. Kami amat menghargai sokongan dan input bernas yang diberikan sepanjang sesi lawatan ini. semoga kunjungan ini sedikit sebanyak dapat memberi manfaat serta mengeratkan lagi hubungan silaturahim antara Persatuan Falak syar'i Malaysia, Yayasan Restu, dan GLSDC LJT 'iMalaysia #

Address

Wisma LJT, Lorong Perak
Pusat Bandar Melawati
53100

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Geomatics And Land Surveying Discovery Centre GLSDC posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share

Category