Kesultanan Terengganu Islamiah Melayuwiah

Contact the museum

Kesultanan Terengganu Islamiah Melayuwiah Informasi, Sejarah & Warisan Kesultanan Terengganu Islamiah Melayuwiah.

Warkah & Sejarah : Tengku Ali wakil Sultan Trengganu mengadap Raja England-09 Mei 1935Transliterasi Jawi lama kepada Rum...
09/10/2026

Warkah & Sejarah : Tengku Ali wakil Sultan Trengganu mengadap Raja England-09 Mei 1935

Transliterasi Jawi lama kepada Rumi Melayu oleh Tuan Saufy Jauhary

Al-Mustahaq

Surat yang amat tulus ikhlas hening jernih yang tiada menaruh syak dan waham melainkan cinta dan ingatan yang tiada kebajikan jua selama-lamanya selagi ada berkekalan peredaran cakerawala mentahari dan bulan iaitu daripada beta al-Sultan Sulaiman Badrul Alam Syah K.C.M.G yang empunya perintahan negeri Terengganu dan sekalian daerah takluknya mudah-mudahan barang diwasalkan oleh Tuhan Seru Sekalian Alam jua kiranya datang ke hadapan majlis Seri Paduka sahabat beta Tuan Yang Terutama Sir Cecil Clementi G.C.M.G Gabernor dan Commandan And Chief bagi tiga buah negeri iaitu Singapura Pulau Pinang dan Melaka dan High Commissioner bagi Negeri-negeri Melayu Darul Makmur wal Masyhur.

Waba'du maka adalah beta bermaklumkan kepada Seri Paduka sahabat beta darihal maksud beta sangatlah berharap kepada pertolongan ikhtiar Seri Paduka sahabat beta dengan mana-mana jalan yang bersetuju dengan fikiran Seri Paduka sahabat beta pada membawakan anakanda beta Tengku Ali yang ada bersekolah masa ini dalam England di Oxford itu mengadap Duli Yang Maha Mulia lagi Maha Besar baginda King.

Karena beta telah wakil akan anakanda beta Tengku Ali ganti beta mengadap serta membawa suatu gambar diri beta persembahkan kepada Duli Yang Maha Mulia lagi Maha Besar baginda King bagi pengenalan jua. Demikianlah beta bermaklumkan serta dengan beberapa tabik jua kepada Seri Paduka sahabat beta adanya.

Termaktub di dalam Istana Maziah Terengganu
Pada 6 haribulan Safar tahun 1352.

Rujukan:
Arkib British

Warkah & Sejarah : Raja Muda Selangor Memaklumkan Penyediaan Keretapi dari Kuala Lumpur ke Kedah kepada Sultan Sulaiman ...
20/09/2026

Warkah & Sejarah : Raja Muda Selangor Memaklumkan Penyediaan Keretapi dari Kuala Lumpur ke Kedah kepada Sultan Sulaiman Badrul Alam Shah - 25 Ogos 1925

Transliterasi Jawi Lama kepada Rumi Melayu oleh Tuan Saufy Jauhary.

Ya Rafi' al-Darajat

Alhamdulillah al-lazi ja'ala fi kulli shay'in ahsana taqdiran, wa al-salatu wa al-salamu 'ala man la nabiyya ba'dahu, fa hazihi waraqat al-murassa'ah wa tuhfat al-ajnas yang dimanafa'atkan darihalnya dengan tahmid dan tamjid iaitu daripada paduka kekanda Musa Addin Raja Muda Selangor yang ada terhenti pada masa ini di dalam bandar Kelang. Maka mudah-mudahan barang ditaslimkan oleh Tuhan Rabbi al-'Arsyi al-A'zhim jua kiranya mengadap Kebawah Duli Seri Paduka Adinda Yang Maha Mulia Paduka Seri al-Sultan Sulaiman Barul Alam Syah K.C.M.G yang empunya takhta kerajaan negeri Terengganu mudah-mudahan bi al-salamat wa al-a'fiat.

Waba'dahu ahwal maka adalah paduka kekanda bermaklumkan Kebawah Duli Seri Paduka Adinda di balai kereta api Kuala Lumpur walhalnya dengan takdir Tuhan Wahid al-Qahar di dalam lima minit sahaja perselisihannya kereta api itu telah bertolak maka di dalam hal yang demikian itupun pada ingatan paduka kekanda pada dewasa seri paduka adinda hendak berangkat balik pada ijtihad paduka kekanda jazamlah yang seri paduka adinda bersemayam di Kuala Lumpur maka pada dewasa inilah pada ingatan paduka kekanda akan mengiringi dan meramaikan perangkatan seri paduka adinda melihat di dalam Kuala Lumpur tetapi dengan sebab keuzuran seri paduka adinda tiadalah sampai sebagaimana maksud paduka kekanda itu adanya. Tetapi sungguhpun di dalam hal yang demikian jika paduka kekanda beroleh perkhabarannya diikhtiar paduka kekanda mengadap jua Kebawah Duli Seri Paduka Adinda di balai kereta api Kuala Lumpur adanya.

Syahdan maka sangatlah terbuku di dalam perbendaharaan hati paduka kekanda tentang tiada dapat paduka kekanda mengadap seri paduka adinda di dalam perangkatan seri paduka adinda di Kuala Lumpur maka yang demikian bercutilah paduka kekanda jika tiada apa-apa gendala paduka kekanda mudah-mudahan dengan berkat daulat seri paduka adinda jika ada kelapangan paduka kekanda maka di dalam bulan Rabiulawal adalah paduka kekanda mengadap seri paduka adinda di dalam pada itupun belumlah lagi dapat kekanda tetapkan melainkan dipohonkan doa kebawah duli seri paduka adinda dengan sudahi sembahkan ampun beribu-ribu ampun Kebawah Duli Seri Paduka Adinda Yang Maha Mulia adanya.

(Tandatangan)

Tersembah pada 25 haribulan Ogos tahun 1925

Rujukan:
Arkib Negara Malaysia

Warkah & Sejarah : Kemangkatan Sultan Alaeddin Suleiman Shah Selangor - 31 Mac 1938 Transliterasi Jawi lama kepada Rumi ...
14/09/2026

Warkah & Sejarah : Kemangkatan Sultan Alaeddin Suleiman Shah Selangor - 31 Mac 1938

Transliterasi Jawi lama kepada Rumi Melayu oleh Tuan Saufy Jauhary

Allahu waliyyu al-sobirin

Alhamdulillahi al-‘azizil ghaffar, was-solatu was-salamu ‘ala sayyidina Muhammadinil mukhtar, wa alihi wa as-habihil abrar iaitu daripada Seri Paduka Adinda al-Sultan Sulaiman Badrul Alam Shah ibni al-Marhum al-Sultan Zainal Abidin yang empunya perintahan negeri Terengganu dan sekalian daerah takluknya mudah-mudahan barang diwasalkan oleh al-Ghaffur jua kiranya kehadapan majlis yang amat mulia paduka kekanda Tengku Kelana Jaya Petra ibni al-Marhum Sultan Sulaiman Shah Selangor dengan kesejahteraannya.

Waba'dahu maka adalah adinda maklumkan iaitu adinda telah terima telegram kekanda menyatakan kemangkatan Yang Maha Mulia Seri Paduka Ayahanda al-Sultan Sulaiman Shah pada pukul 5.20 petang hari khamis 31 haribulan March 1938 ini.

Maka amatlah dukacita adinda oleh musibah kekanda dengan kerabat-kerabat di Selangor dalam hal yang Haazamil lughat dengan kehendak Tuhinu yuqaddirul umur wallaziina iza asabat'hum musibatun qaaluu inna lillahi wa inna ilaihi raaji'un serta adinda akan titahkan hal-hal al-khair sembahyang ghaib dan tahlil bagi ayahanda al-marhum itu mudah-mudahan ditetapkan Allah Subhanahu wa taala kekanda dengan kerabat-kerabat sekalian bis-sabri war-ridha wa 'azzamallahu lakumul ajra wat-tauba yaumal 'ardhi wal hisaab.

Adinda titahkan Tengku Bija Wangsa dan Engku Bijaya Sura keduanya Ahli Mesyuarat Kerajaan Terengganu membawa surat ini kepada paduka kekanda dan ziarah makam al-marhum itu.

Ahwal inilah adinda maklumkan lain tiada hanyalah doa bil-khair wal a'fiah a'la al-dawam wassalam.

Termaktub di Istana Maziah
Trengganu pada haribulan Safar 1357.

Rujukan:
Arkib Negara Malaysia.

Warkah & Sejarah : Tuntutan Hutang $2000.00 dari Engku Ngah Besut - 21 Nov 1909.Transliterasi Jawi Lama kepada Rumi Mela...
12/09/2026

Warkah & Sejarah : Tuntutan Hutang $2000.00 dari Engku Ngah Besut - 21 Nov 1909.

Transliterasi Jawi Lama kepada Rumi Melayu oleh Fb Malai Kenchana

Qauluhu al-Haq

Sembah ampun beribu-ribu ampun iaitu daripada nenda Tengku Che’ ibn Al-Marhum Tengku Hitam yang ada di dalam Besut mudah-mudahan barang di rafa’kan Allah Subhanahu wa ta’ala jua Kiranya datang mengadap yang maha mulia seripaduka (cunda) ke bawah duli Trengganu tiada bersemayam di atas takhta Kerajaan negeri Trengganu dengan beberapa kemuliaannya salamuhu Allah Ta’ala fi al-Darain Amin.

Wa ba’dahu daripada itu maka adalah patik sembah maklumkan ke bawah duli dari hal surat ke bawah duli yang dikurniakan kepada Patik betarikh empat (04) Zulqaedah ini telah sampailah kepada patik pada hari Ahad sambilan (09) Zulqaedah ini jam pukul satu (01) sekalian buku yang dititahkan di dalamnya telah mafhumlah patik maka ada satu surat paduka anakda Raja Kelantan fasal daripada ringgit Engku Embong membeli nipah kepada nenda Tengku Ngah jika sebenarnya yang tersebut itu minta’ patik selesaikan demikianlah adanya syahadan lagi p**a patik sembah maklumkan ke bawah duli (masa) nipah yang nenda Tengku Ngah Jual kepada Engku Embong itu

Patik tiada di Besut maka tiada berapa lamanya nenda Tengku Ngah sakit maka patik pun balik ke Besut lebih kurang sepuluh (10) Hari nenda Tengku Ngah pun mati maka segala pecal-pecal Yang di dalam Besut mengadu hal kepada patik akan daun nipah di dalam Besut tiada boleh ambil lalu Patik (periksa) anak patik Hitam jawabnya ada sungguh Engku patik jual kepada Engku Embong khabarnya dua ribu ringgit ($2,000.00) yang sudah Engku patik terima harganya Seribu lima ratus ringgit ($1500.00) lalu patik kata jual sebagaimana jawabnya jual (seumur) jika sudah Engku jual bahagian (ayah-ayah) Tiada mahu jual Dengan sebab kita milik harta Raja harta kita tanam tidak maka (sanggup) tiada berapa lama patik pun berjumpa dengan Tengku Long

lalu patik tanya jawab Tengku Long Engku Embong beli … lalu patik kata tagan (ayah2/idah?) tiada berani jual karena harta raja itu (ayah/idah?) hendak (ambik) sebelah Tengku Long pun diam tiada Berapa lama p**a Engku Embong pergi p**a kepada patik berkhabar mengatakan nipah nenda Tengku Ngah sudah jual kepadanya $2,000 lalu patik jawab kalau sungguh Jual bahagian (ayah/idah?) tiada mahu jual dengan sebab (ayah/idah?) milik harta raja (ayah/idah?) hendak ambil (setengah?) nipah itu maka jawab Engku Embong (kepada/kanda)

Patik jikalau boleh setengah sahaja patik tak (ambohlah/imbuhlah) patik tolong baliklah kepada (ayah/idah?) maka Engku Embong berkata p**a kepada patik. Patik harap juga kepada (ayah/idah?) boleh (ayah/idah?) tolong mengikhtiarkan boleh balik riyal patik kepada (selialah) Engku itu suruhlah maka patik kata p**a bolehlah (ayah/idah?) tolong ikhtiarkan kutip bahagian Engku … maka di dalam antara tiada berapa lama Engku Embong pun balik ke Kelantan (senggang) tiada berapa lamanya

surat anakanda Raja Kelantan pun sampai kepada patik minta’ riyal yang termaklum itu maka patik pun panggil anak patik Hitam berapa banyak Engku ambil riyal Engku Embong
Jawabnya Tengah dua ribu ringgit di dalam pada itu Engku Embong suruh ambil balik pending satu butir beberapa beratnya patik tiada tahu maka anakanda patik Hitam pun ikhtiar riyal boleh lima ratus lalu patik kirimkan kepada raja Kelantan tinggal lagi kurang sebutir pending seribu ringgit ($1000.00) maka hingga Sampai pada masa ini patik tengah kutip bahagian nenda Tengku Ngah itu akan buat bayar di dalam kira-kira ada dua ratus riyal pada masa ini demikianlah patik

Sembah maklumkan adanya
Besut pada 09 zulqaedah 1327.

Rujukan:
Arkib Negara Malaysia

Warkah & Sejarah : Kemangkatan Sultan Idris I Perak – 16 Jan 1916.Transliterasi Jawi lama kepada Rumi Melayu oleh Fb Sya...
07/09/2026

Warkah & Sejarah : Kemangkatan Sultan Idris I Perak – 16 Jan 1916.

Transliterasi Jawi lama kepada Rumi Melayu oleh Fb Syakinah Hayati.

الحمد لله الذي لا يبقى إلا وجهه، كل شيء هالك إلا وجهه، له الحكم وإليه ترجعون، والصلاة والسلام على سيدنا محمد وآله وصحبه أجمعين.

Diperedarkan sahifah al-mahabbah ini daripada anakanda Sultan Abdul Jalil Nasiruddin al-Mukhtaram Syah ibni al-Marhum Rahimahullah Sultan Idris Yang Di Pertuan Negeri Perak Darul Ridhwan. Barang di wasalkan oleh Tuhan Rabb al-arsyi al-‘adzhim datang di takhta majlis seri paduka ayahanda Yang Maha Mulia Sultan Zainal Abidin K. C. M. G. Duli Yang Di Pertuan Negeri Trengganu dengan sekalian takluk jajahannya khalidullahu mulkuhu wa sultanuhu āmin ya rabb al-ālamīn.

Waba’dahu ahwal anakanda ....... maklumkan dengan beberapa dukacita perihal seri paduka kekanda Duli Yang Maha Mulia Sultan Idris Yang Di Pertuan Negeri Perak Darul Ridhwan maka adalah seri paduka kekanda duli yang mulia itu mula2 terkena gering peparunya malam isnin 12 Safar 1334 berbetulan pada 20 September 1915 dan mangkatnya pada jam waktu pukul 7:45 minit malam sabtu iaitu 10 Rabi’ul Awwal dan di makamkan seri paduka kekanda itu pada 12 Rabi’ul Awwal pukul 4 petang hari isnin di Bukit Ghufran yang berhampiran dengan masjid besar kerajaan bernama Ubudiyyah umurnya 67 tahun. Maka tiadalah daya dan upaya melainkan seperti kata ahlul shabirin inna Allaha wainna ilaihi rajiun harap anakda akan doa seri paduka ayahanda bagi almarhum itu mudah mudahan beroleh .............. di dalam perhimpunan ahlul jinan tempat yang berkekalan dan demikian jua kepada anakda sekalian yang tinggal ini. Maka tiadalah anakda panjangkan makluman ini hanyalah doa yang tiada khāli jua akan seri paduka ayahanda adanya tamat.

Tersurat di dalam office kerajaan Perak Bukit Chandan
Kepada 20 haribulan Januari tahun 1916.

Rujukan :
Arkib Negara Malaysia.

Warkah & Sejarah : British Jejaki Penentang2 dari Pasir Puteh di Trengganu -12 Jun 1915.Transliterasi Warkah Jawi Lama k...
22/08/2026

Warkah & Sejarah : British Jejaki Penentang2 dari Pasir Puteh di Trengganu -12 Jun 1915.

Transliterasi Warkah Jawi Lama kepada rumi melayu oleh Malai Kenchana

Ya Nur Al-Shams Wa Al-Nur

Cap Mohor Gabenor British di Singapura
Yang Terutama Gabenor Dan Commander-In-Chief Pulau Pinang Dan Melaka Labuan Serta Singapura
Dan (High Commissioner) Negeri-Negeri Melayu Yang Bersekutuan Dan Brunei

Warqah al-Ikhlas … yang terbit daripada fuad wa al-dzakiah iaitu hati yang putih lagi hening dan jernih (yang tiada) menaruh syaq dan waham selama-lamanya selagi ada peredaran cakerawala matahari dan bulan iaitu daripada beta Sir Arthur Young K.C.M.G Gabenor tiga buah negeri Singapura Pulau Pinang dan Melaka dan High Commissioner bagi negeri-negeri Melayu

Maka … maka barang di wasalkan (oleh) tuhan sarwa (seru) sekalian alam apalah kiranya (termazkur) kehadapan (medan) majlis seripaduka sahabat beta yang maha mulia paduka Seri Sultan Zainal ‘Abidin K.C.M.G yang dipertuan negeri Terengganu bersemayam diatas singgahsana takhta Kerajaan Istana Kuala Terengganu dengan selamat kesejahteraannya.
Wa ba’dahu daripada itu ahwal beta maklumkan adalah bimbang sedikit dihati beta … banyak orang-orang yang menderhaka dari pasir Puteh didalam negeri Kelantan itu telah (masuk) di dalam jajahan Besut didalam negeri Terengganu karena takut beta barangkali mendatangkan marabahaya ke majlis seripaduka sahabat Beta atau kepada rakyat-rakyat seripaduka sahabat beta atau kepada orang-orang dagang yang didalam negeri Terengganu (Istimewa) p**a yang beta telah mendapat ketahui iaitu orang-orang yang jahat bercampur didalam Kump**an orang-orang menderhaka itu serta p**a sekalian mereka itu ada bersenjata.

Maka oleh hal yang demikian inilah beta menyuruh Tuan William G. Maxwell (secretary) beta di dalam Singapura melawat negeri Terengganu serta (bertanya) Ke majlis seripaduka sahabat beta hal karena di dalam negeri Terengganu dan jika seripaduka sahabat beta berkehendakan apa-apa pertolongan. Maka tiadalah yang lain-lain lagi hanyalah diharapkan seripaduka sahabat Beta dalam sihat dan ‘afiat serta diiringi (aman) berbanyak-banyak tabik jua adanya.

Tertulis didalam Government House di bandar Singapura
Pada 12 haribulan Jun 1915 berbetulan 29 haribulan Rejab 1333.

Rujukan :
Arkib Negara Malaysia.

Warkah & Sejarah : Pengurniaan Kuasa Kerajaan kepada Anakanda Sultan Trengganu - 14 Mac 1913.Transliterasi warkah Jawi l...
20/08/2026

Warkah & Sejarah : Pengurniaan Kuasa Kerajaan kepada Anakanda Sultan Trengganu - 14 Mac 1913.

Transliterasi warkah Jawi lama kepada rumi melayu oleh Ustaz Hanif Imran.

Ya nur al-sham was al-qamar

Bahawa inilah sahifah al-ikhlas wa tuhfatulajnas yang terbit daripada fuad al-zakiyyah iaitu daripada hati yang putih lagi hening dan jernih serta p**a tiada sekali² menaruh syak dan waham hanya cita ingatan yang kebajikan jua selama² nya selagi ada peredaran cakrawala matahari dan bulan iaitu daripada beta Sir Arthur Young K.C.M.G gabenor negeri-negeri selat dan High Commissioner bagi negeri² melayu mudah-mudahan barang diwasalkan tuhan seru sekalian alam apalah jua kiranya terhampar ke medan majlis seri paduka sahabat beta yang maha mulia paduka seri al-Sultan Zainal Abidin K.C.M.G. ibni al-marhum Sultan Ahmad yang di-Pertuan besar negeri Trengganu ketika ini bersemayam di atas singgahsana takhta kerajaan bandar Kuala Trengganu dengan aman sejahtera nya.

1. Waba’dahu kemudian daripada itu ahwal beta maklumkan takhta majlis seri paduka sahabat beta maka adalah beta sudah menerima suatu salinan surat seri paduka sahabat beta kepada tuan British ejen yang bertarikh 19 haribulan rabiulawwal 1331 menyatakan adalah seri paduka sahabat beta telah memutlak dan menguasakan seri paduka anakanda yang di-Pertuan muda sebagaimana kuasa seri paduka sahabat beta di dalam kerajaan Trengganu.
2. Maka beta dapat tahu daripada surat itu adalah seri paduka anakanda itu diberi kuasa menjalankan kuasa² seri paduka sahabat beta dengan tiada diperintah oleh siapa² dan jikalau sekiranya betul bagaimana faham beta ini beta fikir haruslah berbangkit kesusahan jikalau seri paduka sahabat beta dan seri paduka anakanda itu menjalankan kuasa² itu dengan tiada serta menyerat satu dengan lain.
3. Tetapi harus juga beta tersalah faham berkenaan dengan kuasa² yang diberi kepada seri paduka anakanda itu dan barangkali jua maksud seri paduka sahabat beta ialah seri paduka anakanda itu menjawat pekerjaan seperti seorang wazir yang besar sekali kepada seri paduka sahabat beta dan tiada berkuasa menjalankan pekerjaan negeri ikut s**anya.
4. Maka sangatlah s**a beta hendak menengar yang sah bagaimana bunyi perkataan surat kuasa itu dan beta harap akan seri paduka sahabat beta boleh kirim beta satu salinan surat memberi kuasa² kepada seri paduka anakanda itu bagaimana yang tersebut di dalam surat seri paduka sahabat beta kepada tuan British ejen itu dan lagi s**alah beta jikalau sekiranya mau seri paduka sahabat beta memberi tau beta sebab² yang menjadikan seri paduka sahabat beta mengadakan perubahan itu.

Demikianlah beta maklumkan serta diiringi dengan tabik jua adanya tamat
Termaktub di dalam rumah kerajaan bandar Singapura
pada 14 haribulan mac tahun 1913
berbetulan dengan 5 haribulan rabiulakhir sanah 1331

Terima pada 14 rabiulakhir 1331

Rujukan:
Arkib Negara Malaysia.

Ulang SiarPutera Bongsu Sultan Zainal Abidin III antara Juruterbang terawal dari Tanah Melayu.https://www.facebook.com/s...
20/08/2026

Ulang Siar

Putera Bongsu Sultan Zainal Abidin III antara Juruterbang terawal dari Tanah Melayu.

https://www.facebook.com/share/p/1QWKYA2BmF/

Kemaskini

Personaliti & Sejarah : Dari Dalam Kota ke England & Bertugas di Royal Air Force (RAF) – 1929 - 1946

Deskripsi :

21 Mei 1918 Tengku Mahmud putera bongsu kepada Sultan Zainal Abidin III bersama surinya Tengku Mandak di lahirkan di Dalam Kota Istana Maziah, Kuala Trengganu. Selang 6 bulan kemudian, Sultan Zainal Abidin III mangkat di Istana Kecil pada 25 November 1918.

1929 ketika berusia 11 tahun beliau mengiringi serta menjadi peneman kepada Tengku Ali @ Chantek Sultan Sulaiman Badrul Alam Shah ( 1920-1942) menyambung pelajaran di Saint Edward dan Universiti Oxford sebagaimana saranan Sir Hugh Clifford (5 Mac 1866 – 18 Dis 1941) kepada Sultan Trengganu.

1 Jun 1939 beliau memecahkan tradisi kerabat Kesultanan Trengganu apabila melangsungkan perkahwinan dengan Joyce Mabel Blencowe (1917 -9 Jun 1996) bertempat di pejabat pendaftar St. Giles. Joyce Blencowe merupakan anak gadis kepada seorang pemilik kedai jahit bernama C.H.Blencowe di Oxford, England.

Pada peringkat awalnya, hubungan di antara Tengku Mahmud dengan Joyce Mabel Blencowe mendapat tentangan Sultan Trengganu kerana perbezaan dari sudut agama dan budaya. Kisah ‘Cinta Antara Dua Benua' ini menjadi topik berita hangat yang secara tidak langsung memperkenalkan negeri Trengganu di mata dunia. Babak percintaan mereka ini seringkali di nanti-nantikan oleh para pembaca yang mana ianya terpapar di pelbagai akhbar antarabangsa sama di England, Scotland , Perancis, Belanda, Amerika Syarikat, Kanada, Tanah Melayu ataupun Singapura.

1945 jodoh mereka berdua tidak berpanjangan dan berpisah dengan dikurniakan 4 orang cahayamata :

1. Anak Perempuan - Dilahir & Meninggal - 22 November 1939
2.Tengku Andrew Clive Cyrus - 13 Oktober 1940 – 25 November 2007
3.Tengku Afzan Joy Elizabeth - 1942
4.Tengku Angela Meriam - 12 April 1944 - 26 Disember 2003

Selepas becerai,Joyce Blencowe berkahwin semula dengan Eric Thomas John Manning. 9 Jun 1996 beliau meninggal dunia dan dikebumikan di Taunton Cemetery, Somerset.

Kisah hidup Tengku Mahmud ini terakam dan di siar dalam tulisan jawi di Warta Malaya pada 18 Mei 1940 :

Teks Transliterasi Jawi Lama kepada Roman Melayu

“Anak Raja Melayu Hendak Jadi Askar Udara”

“Yang Mulia Tengku Mahmud Trengganu dan isterinya yang dahulunya bernama Miss Joyce Blencowe sedang berada di sini kerana berkira hendak beredar ke London dengan kapal terbang pada penghujung bulan ini atau terlebih segera lagi manakala pelajarannya boleh diaturkan.

Ada dua sebab bagi pemergian mereka itu. Pertama ialah kerana Yang Mulia Tengku Mahmud berkehendak supaya isterinya akan bersalin di rumah kaum keluarganya dan yang kedua ialah Yang Mulia sangat berhajat hendak berkhidmat di dalam angkatan udara diraja.

Hampir setahun lamanya Yang Mulia ini telah membawa isterinya ke Terengganu dengan persetujuan saudaranya Duli Yang Maha Mulia Sultan Trengganu (Sultan Sulaiman Badrul Alam Shah).

Selama Yang Mulia ini kembali ke tanah airnya ia telah diberi suatu jawatan kerajaan yang mustahak di Trengganu tetapi ia telah meletakkan jawatan itu kerana rasanya hendak berkhidmat di dalam perang di England dan kerana dikahwinnya yang isterinya sangat berhajat hendak bersama-sama kaum keluarganya di dalam masa hendak bersalin.

“Saya telah menghabiskan separuh umur saya di England dan hampir-hampir merasai England itu negeri bagi saya. Saya mempunyai dua negeri iaitu Trengganu dan England dan s**arlah bagi saya hendak memilh yang mana satunya. Pada sebenarnya saya kasihkan negeri saya sendiri tetapi kaum keluarga isteri saya dan sahabat handainya ada di England dan itulah saya sangat ingin hendak ke sana sebagaimana juga isteri saya.

“Saya sangat berhajat hendak berkhidmat angkatan udara diraja saya harap dapatlah saya berkhidmat.”

Isteri Tengku Mahmud itu sangat berkehendak kembali ke England kerana didapati kedudukannya di Trengganu tidak sesuai dengannya.

Tengku Mahmud begitu sangat ingin hendak ke England sehingga katanya mereka akan berangkat dengan kapal sekiranya perjalanan udara susah diadakan di antara masa ini dan masa bertolaknya kelak.

Halangan yang mengendalakan sekarang ialah berkenaan dengan tukang masak Melayu Tengku itu lagi isteri yang hendak dibawanya bersama-sama belum sempurna perkiraannya. Harus mereka akan berangkat dengan tidak membawa tukang masaknya itu.

Tengku Mahmud tidak mengetahui bilakan kembalinya ke Trengganu. Ia telah tinggal di England selama sebelas tahun menuntut di Oxford oleh yang demikian ia rasa bersetuju di England meskipun manakala waktu kembalinya ia telah berkata bahwa harus pemergiannya ke England kelak hanya kerana bertemasya sahaja dan katanya ia akan kehilangan negerinya kalau ia pergi daripadanya. “

1941 sekembali ke England Tengku Mahmud menjadi orang melayu pertama menyertai British Royal Air Force (RAF) dengan bertugas sebagai salah seorang “ air crew”. 1942 beliau di pindahkan ke bahagian pengeluaran kilang Moris di bawah kendalian “Ministry Aircraft Production”. Di samping itu beliau juga terlibat sama dalam mengumpul rekod-rekod “topographic information” di Tanah Melayu bagi tentera British dengan berpangkat staff kapten ketika perang dunia ke-2. Pada bulan September 1945 beliau p**ang ke Tanah Melayu.

Rekod Perkhidmatan di British Royal Air Force (RAF):
-24 November 1941 – (350266- nombor anggota) Mulakan latihan Juruterbang.
-23 Julai 1945 – (350266) di tauliahkan sebagai 2nd Lieutenant.
-24 November 1946 – (350266) di naikkan pangkat sebagai Kapten.

Tengku Mahmud kemudian melangsungkan perkahwinan kali kedua dengan Puan Zainun Mariam Haji Su Mahmud yang merupakan cucu kepada Dato Seri Amar Diraja, Haji Ngah Mohamad bekas Menteri Besar Trengganu. Sultan Trengganu menganugerahkan gelaran Tengku Seri Utama Raja kepada Tengku Mahmud. Beliau meninggal dunia di hospital Kuala Lumpur dan di maqamkan di Maqam Diraja, masjid Sultan Zainal Abidin, Kuala Trengganu pada 4 Disember 1989.

Rujukan :
1.Kompilasi foto-foto Tengku Besar Mahmud Sultan Zainal Abidin III bersama Joyce Mabel Blencowe di England dari keratan akhbar di seluruh dunia – 1938 - 1945.
2. Daughter Born To Tungku Wife – The Singapore Free Press & Mercantile Advertise – 22 11 1939,p2 - Arkib Akhbar Singapura.
3. Malay Prince as RAF Pilot – Gloucester Citizen – 25 November 1941 - National Library of Australia.
4.Supplement to the London Gazette, 5 Oct 1945, p4894.
5.Supplement to the London Gazette, 31 Jan 1947, p551.

Address

Kuala Terengganu

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Kesultanan Terengganu Islamiah Melayuwiah posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Museum

Send a message to Kesultanan Terengganu Islamiah Melayuwiah:

Shortcuts

Share

Category