Jabatan Muzium Malaysia

Jabatan Muzium Malaysia Laman rasmi Facebook Jabatan Muzium Malaysia. Akibatnya, sebahagian besar artifak telah musnah.

PENGENALAN JABATAN MUZIUM MALAYSIA
Jabatan Muzium Malaysia (JMM) ialah agensi kerajaan dibawah Kementerian Perpaduan Negara yang diberi tanggungjawab menyelaras aktiviti permuziuman dan menyelia sebanyak 20 muzium di seluruh Malaysia iaitu:

1.Muzium Negara (Kuala Lumpur)
2.Muzium Perak (Perak)
3.Muzium Tekstil Negara (Kuala Lumpur)
4.Muzium Arkeologi Lembah Bujang (Merbok, Kedah)
5.Muzium Kota Ka

yang
6.Muzium Labuan
7.Muzium Marin Labuan
8.Muzium Adat
9.Galeria Perdana
10.Muzium Sungai Lembing (Sungai Lembing,Pahang)
11.Muzium Seni Bina Malaysia (Melaka)
12.Muzium Automobil Nasional (Sepang, Selangor)
13.Muzium Etnologi Dunia Melayu (Kuala Lumpur)
14.Muzium Lukut (Port Dickson, Negeri Sembilan)
15.Muzium Seni Kraf Orang Asli(Kuala Lumpur)
16.Muzium Matang (Taiping,Perak)
17.Muzium Chimney (Labuan)
18.Muzium Kota Kuala Kedah (Kuala Kedah,Kedah)
19.Muzium Kota Johor Lama (Kota Tinggi, Johor)
20.Muzium Diraja (Kuala Lumpur)

JMM juga telah diiktiraf di peringkat antarabangsa melalui keahlian di bawah agensi-agensi seperti

1.ICCROM (International Centre For The Study Of The Preservation And Restoration Of Cultural Property)
2.ICOM (The International Council Of Museums)
3.SEAMEO-SPAFA (Regional Centre For Archaeology And Fine Arts)
4.UNESCO (United Nation Educational, Scientific And Cultural Organization)
5.ASEF (Asia-Europe Foundation)

SEJARAH JABATAN MUZIUM MALAYSIA
Sejarah permuziuman di Malaysia bermula pada tahun 1883 apabila pemerintah British menubuhkan Muzium Perak di Taiping. Ini diikuti dengan penubuhan Muzium Sarawak di Kuching pada tahun 1888 dan kemudiannya Muzium Selangor pada tahun 1899. Pada tahun 1910, pengurusan Muzium Perak dan Muzium Selangor disatukan di bawah Jabatan Muzium Negeri-Negeri Melayu Bersekutu. Pada tahun 1930, pengurusan tersebut dipisahkan semula sebagai satu langkah di bawah sistem disentralisasi oleh pemerintah British. Sebahagian daripada bangunan Muzium Selangor telah roboh disebabkan pengeboman yang dilakukan oleh Tentera Udara Pihak Perikatan pada 10 Mac 1945. Pada tahun 1959, sejurus selepas kemerdekaan, kerajaan melantik seorang arkitek iaitu Encik Ho Kok Hoe untuk mereka bentuk Muzium Negara yang akan dibina di atas bekas tapak Muzium Selangor. Bangunan ini telah dirasmikan oleh Yang di-Pertuan Agong ke-III Tuanku Syed Putra Al-Haj Ibni Almarhum Syed Hassan Jamalullail pada 31 Ogos 1963.

KUALA LUMPUR, 15 Julai - Kementerian Perpaduan Negara (KPN) telah melancarkan dua pelan strategik iaitu Pelan Strategik ...
15/07/2026

KUALA LUMPUR, 15 Julai - Kementerian Perpaduan Negara (KPN) telah melancarkan dua pelan strategik iaitu Pelan Strategik KPN 2026-2030 dan Pelan Strategik Pendigitalan KPN 2026-2030 yang akan menjadi dokumen rujukan utama dalam menetapkan hala tuju stategik Kementerian bagi tempoh lima tahun akan datang.

Majlis pelancaran pelan ini telah disempurnakan oleh YB Datuk Aaron Ago Dagang, Menteri Perpaduan Negara sempena Majlis Perhimpunan Bulanan KPN, hari ini. Pelan Strategik KPN 2026-2030 merangkumi 5 teras, 12 strategi dan 33 inisiatif yang digubal berlandaskan aspirasi untuk memperkasakan nilai kebangsaan, memperkukuh tapak integrasi sosial serta melestarikan khazanah warisan sebagai tunjang pembinaan negara bangsa.

Lima teras strategik utama tersebut adalah Patriotisme dan Demokrasi, Pembinaan Negara Bangsa, Ekosistem Perpaduan, Transformasi Digital Perpaduan dan Tadbir Utus Organisasi dan Komunikasi.Pelan ini telah disusun selaras dengan aspirasi Malaysia MADANI, dan mandat Kementerian di bawah Rancangan Malaysia Ketiga Belas (RMK13) iaitu pembinaan negara bangsa sebagai asas kepada pembentukan perpaduan negara yang mampan.

Penafian: Jabatan Muzium Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap sebarang lontaran pandangan dan pendapat. Raikan perbezaan dan kita sokong antara satu sama lain.






Program Merentas Kampus Dan Sekolah Siri Dua akan berlangsung pada 16 Julai 2026 ( Khamis) di dewan terbuka ADTEC JTM Ko...
15/07/2026

Program Merentas Kampus Dan Sekolah Siri Dua akan berlangsung pada 16 Julai 2026 ( Khamis) di dewan terbuka ADTEC JTM Kolej Teknologi Termaju Jabatan Tenaga Manusia , Kampus Labuan dengan pelbagai pengisian menarik dari agensi-agensi yang terlibat.

Penafian: Jabatan Muzium Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap sebarang lontaran pandangan dan pendapat. Raikan perbezaan dan kita sokong antara satu sama lain.






Program Merentas Kampus Dan Sekolah Siri Dua akan berlangsung pada 16 Julai 2026 ( Khamis) di dewan terbuka ADTEC JTM Kolej Teknologi Termaju Jabatan Tenaga Manusia , Kampus Labuan dengan pelbagai pengisian menarik dari agensi-agensi yang terlibat

Penafian : Muzium Chimney dan Jabatan Muzium Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap sebarang lontaran pandangan dan pendapat. Raikan perbezaan dan kita sokong antara satu sama lain.














Muzium Labuan
Muzium Marin Labuan

14 JULAI 2026  (SELASA)MAJLIS PELUNCURAN SEKOLAH ANGKAT MADANI DI SEKOLAH KEBANGSAAN JELAWAT 2, BACHOK, KELANTANMajlis P...
14/07/2026

14 JULAI 2026 (SELASA)

MAJLIS PELUNCURAN SEKOLAH ANGKAT MADANI DI SEKOLAH KEBANGSAAN JELAWAT 2, BACHOK, KELANTAN

Majlis Peluncuran Program Sekolah Angkat MADANI Jabatan Muzium Malaysia telah disempurnakan oleh YBgh. Datuk Kamarul Baharin bin A. Kasim, Ketua Pengarah Jabatan Muzium Malaysia bertempat di Sekolah Kebangsaan Jelawat 2, Bachok, Kelantan.

Pelaksanaan Program Sekolah Angkat MADANI merupakan anjakan Reformasi Perkhidmatan Awam dan komitmen penuh Jabatan Muzium Malaysia dalam menyahut saranan YAB Perdana Menteri dalam memastikan perkhidmatan kepada rakyat disampaikan dengan pantas dan berkesan melalui pendekatan Whole of Government.

Jabatan Muzium Malaysia telah menyalurkan bantuan kepada Sekolah Kebangsaan Jelawat 2 melalui skop projek penyelenggaraan dan pembaikan kecil yang memberi kesan langsung kepada keselesaan murid dan guru serta pembekalan 10 unit Smart TV bagi setiap kelas, makmal komputer dan Pusat Sumber.

Dalam majlis tersebut, Yayasan MR DIY juga telah menyumbangkan sebanyak 3,000 unit Kit STEM kepada PPD Bachok untuk diagihkan kepada sekolah-sekolah. Manakala 2,000 unit Kit STEM disumbangkan kepada SK Jelawat 2 bagi menyokong usaha memperkasa pendidikan STEM dalam kalangan generasi muda serta memupuk minat terhadap sains dan teknologi.

Turut hadir ke majlis peluncuran ini, YBrs. Encik Mohd. Razaimi bin Hamat, Timbalan Ketua Pengarah (Permuziuman) Jabatan Muzium Malaysia, YBrs. Encik Hassany bin Hashim, Timbalan Pengarah SPS, JPN Kelantan, YBhg. Dato' Yusry bin Che Noh, Pengerusi PIBG SK Jelawat 2 dan YBrs. Encik Norhalis bin Mohamed Noor, Pengarah Lembaga Muzium Negeri Kelantan.

Penafian: Jabatan Muzium Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap sebarang lontaran pandangan dan pendapat. Raikan perbezaan dan kita sokong antara satu sama lain.

Kementerian Perpaduan Negara
SK Jelawat 2
Muzium Negeri Kelantan
Muzium Negara RASMI
YAYASAN MRDIY






14/07/2026

MAJLIS PELUNCURAN SEKOLAH ANGKAT MADANI JABATAN MUZIUM MALYSIA

πŸ“SK JELAWAT 2, BACHOK, KELANTAN

Penafian: Jabatan Muzium Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap sebarang lontaran pandangan dan pendapat. Raikan perbezaan dan kita sokong antara satu sama lain.

Kementerian Perpaduan Negara
Muzium Negeri Kelantan
SK Jelawat 2
Muzium Negara RASMI






πŠπ„ππ€π‹πˆ πŠπŽπ‹π„πŠπ’πˆ@πŒπ€π‹πAnda pernah berkunjung ke Muzium Arkeologi Lembah Bujang? Kalau nak tengok dengan lebih dekat dan men...
14/07/2026

πŠπ„ππ€π‹πˆ πŠπŽπ‹π„πŠπ’πˆ@πŒπ€π‹π

Anda pernah berkunjung ke Muzium Arkeologi Lembah Bujang? Kalau nak tengok dengan lebih dekat dan mengetahui sejarah Lembah Bujang, kunjungilah muzium kami.

Penafian : Jabatan Muzium Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap sebarang lontaran pandangan dan pendapat. Raikan perbezaan dan kita sokong antara satu sama lain.






πŠπ„ππ€π‹πˆ πŠπŽπ‹π„πŠπ’πˆ@πŒπ€π‹π

Anda pernah berkunjung ke Muzium Arkeologi Lembah Bujang? Kalau nak tengok dengan lebih dekat dan mengetahui sejarah Lembah Bujang, kunjungilah muzium kami.

Penafian : Muzium Arkeologi Lembah Bujang tidak bertanggungjawab terhadap sebarang lontaran pandangan dan pendapat. Raikan perbezaan dan kita sokong antara satu sama lain.

Kementerian Perpaduan Negara







✨ Pesona Destar 2026 ✨Jom hadir ke Program Pesona Destar pada 18 Julai 2026 di Dataran Muzium Negara. Nikmati pelbagai a...
14/07/2026

✨ Pesona Destar 2026 ✨

Jom hadir ke Program Pesona Destar pada 18 Julai 2026 di Dataran Muzium Negara. Nikmati pelbagai aktiviti menarik yang sesuai untuk seisi keluarga sambil mengenali keunikan seni destar dan menghayati keindahan warisan budaya Malaysia.

Mari bersama-sama meraikan warisan, mencipta kenangan dan menjadi sebahagian daripada usaha memelihara serta memartabatkan khazanah budaya untuk generasi akan datang.

πŸ“… 18 Julai 2026 (Sabtu)
πŸ“ Dataran Muzium Negara

Untuk maklumat lanjut berkaitan program ini, tuan/ puan boleh menghubungi En. Razali/ Cik Yati di talian 03-2267 1000 (168/337).

Jumpa anda nanti !!!

Penafian: Jabatan Muzium Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap sebarang lontaran pandangan dan pendapat. Raikan perbezaan dan kita sokong antara satu sama lain.

Kementerian Perpaduan Negara






✨ Pesona Destar 2026 ✨

Jom hadir ke Program Pesona Destar pada 18 Julai 2026 di Dataran Muzium Negara. Nikmati pelbagai aktiviti menarik yang sesuai untuk seisi keluarga sambil mengenali keunikan seni destar dan menghayati keindahan warisan budaya Malaysia.

Mari bersama-sama meraikan warisan, mencipta kenangan dan menjadi sebahagian daripada usaha memelihara serta memartabatkan khazanah budaya untuk generasi akan datang.

πŸ“… 18 Julai 2026 (Sabtu)
πŸ“ Dataran Muzium Negara

Untuk maklumat lanjut berkaitan program ini, tuan/ puan boleh menghubungi En. Razali/ Cik Yati di talian 03-2267 1000 (168/337).

Jumpa anda nanti !!!

Kredit Foto: ASTRAWAYU – Akademi Seni Tradisional Warisan Melayu dan Persatuan Kebudayaan dan Warisan Malaysia Borneo (MANTRA).







13/07/2026

LIPUTAN MEDIA

Penafian: Jabatan Muzium Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap sebarang lontaran pandangan dan pendapat. Raikan perbezaan dan kita sokong antara satu sama lain.

Kredit: Buletin TV3

Kementerian Perpaduan Negara






Tahukah anda@Muzium Seni Kraf Orang Asli  Terdapat pelbagai koleksi kraf masyarakat Orang Asli yang anda boleh lihat di ...
13/07/2026

Tahukah anda@Muzium Seni Kraf Orang Asli

Terdapat pelbagai koleksi kraf masyarakat Orang Asli yang anda boleh lihat di muzium kami. Jangan lupa singgah ye.

Penafian: Jabatan Muzium Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap sebarang lontaran pandangan dan pendapat. Raikan perbezaan dan kita sokong antara satu sama lain.






Tahukah anda@Muzium Seni Kraf Orang Asli

Terdapat pelbagai koleksi kraf masyarakat Orang Asli yang anda boleh lihat di muzium kami. Jangan lupa singgah ye.

Penafian: Muzium Seni Kraf Orang Asli tidak bertanggungjawab terhadap sebarang lontaran pandangan dan pendapat. Raikan perbezaan dan kita sokong antara satu sama lain.

Kementerian Perpaduan Negara






  Ketua Pengarah Jabatan Muzium Malaysia, Datuk Kamarul Baharin A Kasim berkata projek di bawah RMK13 itu membabitkan ko...
13/07/2026

Ketua Pengarah Jabatan Muzium Malaysia, Datuk Kamarul Baharin A Kasim berkata projek di bawah RMK13 itu membabitkan kos sebanyak RM23 juta dan pembinaan akan bermula tahun depan serta dijangka siap sepenuhnya 2031.

Penafian: Jabatan Muzium Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap sebarang lontaran pandangan dan pendapat. Raikan perbezaan dan kita sokong antara satu sama lain.

Kementerian Perpaduan Negara






TAIPING: Kerajaan akan membina sebuah pusat repositori yang akan menempatkan lebih 200,000 koleksi arkeologi milik Jabatan Muzium Malaysia di pekarangan Muzium Lukut, Port Dickson, Negeri Sembilan.

Address

Kuala Lumpur

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Jabatan Muzium Malaysia posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Museum

Send a message to Jabatan Muzium Malaysia:

Shortcuts

Share

Category