Peminat Sejarah Pahlawan

Peminat Sejarah Pahlawan Peminat Sejarah Pahlawan is a platform to preserve the history and artifacts of the Malaysian securi Pemeliharaan, Pendidikan dan Kesedaran.

Memelihara Sejarah Kepahlawanan dan Artifaks Pasukan Keselamatan untuk pengetahuan generasi akan datang. Menjadi satu platform peminat yang disegani di Asia Tenggara daripada dalam dan luar negara, serta menjadi satu pusat sumber perkongsian maklumat. We aim to preserve the history of Heroism and Artifacts of the Security Forces for the knowledge of future generations. We want to be a respected fa

n platform in Southeast Asia from within and outside the country, as well as being a source of information sharing resources. Preservation, Education and Awareness.

PSP telah mendapat liputan Bernama News! Ahli-ahli kami yang menyertai perbarisan acara Merdeka telah ditemu bual dan di...
01/09/2026

PSP telah mendapat liputan Bernama News! Ahli-ahli kami yang menyertai perbarisan acara Merdeka telah ditemu bual dan dirakam gambar oleh Bernama di lokasi.

Link 👇🏻

uniform, persatuan, sejarah perjuangan, Hari Keban

Beberapa lagi gambar daripada perbarisan lintas hormat Merdeka kami. Untuk maklumat lanjut, sila lihat hantaran kami yan...
31/08/2026

Beberapa lagi gambar daripada perbarisan lintas hormat Merdeka kami. Untuk maklumat lanjut, sila lihat hantaran kami yang terdahulu.

Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan ke-69Bersempena hari keramat ini, sekali lagi PSP telah dijemput oleh Brigedier  Jene...
31/08/2026

Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan ke-69

Bersempena hari keramat ini, sekali lagi PSP telah dijemput oleh Brigedier Jeneral Dato' Zamri bin Othman, Panglima 1 Briged untuk melibatkan diri menjayakan acara yang penuh gemilang ini di Seremban. Atas kepercayaan yang diberikan , PSP seramai 16 telah menyarung pelbagai unifom lama daripada pelbagai cabang perkhidmatan Angkatan Tentera Malaysia. Kehadiran orang ramai dari seluruh pelusuk jajahan Negeri Sembilan benar-benar menunjukkan bahawa semangat setia kepada Raja dan Negara tidak pernah luntur sedikit pun dan dapat dizahirkan semasa acara tersebut berlangsung dengan ikrar Rukunegara dan sorakan Merdeka sambil menjulang bendera kita Jalur Gemilang, dari yang kecil hinggalah yang telah berusia, tetap teguh bersama Pasukan Keselamatan dan badan Penguatkuasa lain memelihara keamanan yang ada.

Sekali lagi kami di PSP mengucapkan Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan ke-69 kepada seluruh rakyat Malaysia yang cintakan negara, keamanan dan keharmonian.

Tarikh: 8hb Ogos 2026Lokasi: SMK St. FRANCIS, MelakaPada hari ini, Pengerusi PSP telah diberi penghormatan menceritakan ...
09/08/2026

Tarikh: 8hb Ogos 2026
Lokasi: SMK St. FRANCIS, Melaka

Pada hari ini, Pengerusi PSP telah diberi penghormatan menceritakan sejarah kewujudan PKBM yg telah berusia 124 kepada ahli-ahli PKBM sekolah tersebut. Acara dimulakan dgn kata-kata aluan daripada pihak penganjur iaitu Cikgu Johari Hashim yg juga adalah Guru Penasihat PKBM sekolah, ucapan daripada Pengetua Sekolah juga amat mengalakkan pelajar-pelajar untuk berusaha lebih gigih lagi mendalami pengetahuan yang diberikan di dalam pasukan kadet sekolah. Pengerusi PSP yang juga seorang bekas pelajar dan ahli PKBM sekolah ini amat gembira diberi peluang memberi ceramah tersebut. Beliau berharap PKBM sekolah St. Francis Melaka akan terus menghasilkan ramai Patriot yang akan berjasa kepada Raja dan Negara. Buat pengetahuan pembaca ramai ahli Kadet sekolah St. Francis yang telah terkorban di Singapura semasa Perang Dunia Kedua dan nama-nama mereka tersemat di monumen Pasukan Wataniah Melaka yang bernama Malacca Volunteer Corps yang berada di hadapan Air Pancut Victoria Stadhaus, Banda Hilir.

Sempena Hari Pahlawan yang baru sahaja berlalu dan Hari Kemerdekaan yang akan menjelang tiba, marilah kita bersama-sama kenangilah jasa Patriot, Pahlawan, Veteran dan Anggota yang berkhidmat sekarang menjaga Keamanan, Kemakmuran dan Keharmonian untuk kita semua.

Sejarah Pemangkin Perpaduan.

Tarikh: 31hb Julai 2026Tempat : Dataran Pahlawan, Putrajaya.Buat pertama kalinya PSP telah dijemput menghantar wakil ke ...
02/08/2026

Tarikh: 31hb Julai 2026
Tempat : Dataran Pahlawan, Putrajaya.

Buat pertama kalinya PSP telah dijemput menghantar wakil ke acara Hari Pahlawan 2026. Pada tahun ini, Markas 4 Divisyen Tentera Darat Malaysia telah diberi amanah untuk melakukan pentomin berkisahkan serang hendap pengganas komunis terhadap anggota tentera yang menyebabkan tujuh daripada sembilan anggota terkorban di Ulu Legong, Kedah pada 1981. Di atas permintaan dan kepercayaan Brigadier Jeneral Dato' Safwan, Panglima 11 Briged, selaku Ketua Penyelaras Persembahan Pantomin, PSP telah berjaya mengumpul uniform loreng tentera kita lengkap dengan peralatan lain yang bersesuaian dengan era tersebut hasil sokongan daripada ahli-ahli. PSP juga sempat beramah mesra dan berkenalan dengan ramai pegawai-pegawai yang telah berusaha gigih menjayakan acara tersebut, sambil itu PSP juga dapat makan bersama pahlawan-pahlawan terbilang yang telah banyak berjasa pada negara, PSP sempat memberikan pen khas yg ditaja kepada mereka semua sebagai tanda penghargaan rakyat jelata kepada jasa yang telah mereka curahkan kepada negara yang kita cintai. Semoga budi yang mereka tabur tetap subur diingati oleh segenap lapisan masyarakat Malaysia dan setiap generasi, tanpa pengorbanan besar mereka maka tiadalah kemakmuran yang dapat kita nikmati sekarang. SELAMAT HARI PAHLAWAN

Dataran Pahlawan, Putrajaya, 31 July 2026

For the first time, PSP was invited to send representatives to the 2026 Hari Pahlawan (Warriors' Day) celebration.

This year, the Headquarters of the 4th Division of the Malaysian Army was entrusted with staging a pantomime depicting the communist terrorist ambush on Malaysian Army personnel in Ulu Legong, Kedah, in 1981, which resulted in the deaths of seven out of nine soldiers.

At the request of, and with the confidence placed in us by Brigadier General Dato' Safwan, Commander of the 11th Brigade and Chief Coordinator of the pantomime performance, PSP successfully assembled Malaysian Army camouflage uniforms, complete with period-appropriate equipment, through the generous support of our members.

PSP also had the opportunity to meet and interact with many officers who worked tirelessly to make the event a success. We were honoured to share a meal with many distinguished veterans who have rendered invaluable service to the nation. During the event, PSP presented specially sponsored commemorative pens to them as a token of the people's appreciation for their dedication and sacrifices in service to our beloved country.

May the contributions they have sown continue to be remembered and cherished by every level of Malaysian society and by future generations. Without their tremendous sacrifices, we would not enjoy the peace and prosperity that we have today.

Selamat Hari Pahlawan!

Tarikh: 26hb Julai 2026Tempat: Klana Resort, Seremban.Sekali lagi, Jabatan Hal Ehwal Veteran Negeri Sembilan telah melet...
02/08/2026

Tarikh: 26hb Julai 2026
Tempat: Klana Resort, Seremban.

Sekali lagi, Jabatan Hal Ehwal Veteran Negeri Sembilan telah meletakkan kepercayaan mereka sepenuhnya kepada ahli PSP untuk menjayakan acara mereka sempena Hari Pahlawan yg akan menjelang tiba. Ketibaan para veteran Negeri Sembilan seawal 4 petang, mewakili pelbagai Persatuan Veteran dan tepat pada jam 5.40 petang tetamu kehormat iaitu Mejar Jeneral Dato' Hj Semaon bin Hj Marjuki, Ketua Pengarah JHEV dan YB Adly Zahari selaku Timbalan Menteri Pertahanan telah tiba memasuki dewan. PSP telah diberikan tugasan mengiringi tetamu penting ke meja VIP. Kami juga mengiringi Kek Hari Pahlawan ke pentas untuk dipotong oleh YB Adly sebelum semua wakil diberikan bungkusan untuk diedarkan kepada ahli persatuan masing-masing. Kami berasa bertuah dapat berkenalan dengan ramai veteran yang dapat menceritakan pengalaman mereka menyarung unifom yg dipakai oleh ahli kami semasa acara tersebut dan sempat bergambar bersama-sama mereka. Kami di PSP sentiasa mendoakan agar para veteran kita sentiasa dilindungi dan dirahmati oleh Tuhan.

Klana Resort, Seremban, 26 July 2026

Once again, the Negeri Sembilan Department of Veterans Affairs (JHEV) gave us their full trust. PSP members were invited to participate in their event, held in conjunction with the upcoming Warriors' Day (Hari Pahlawan).

Veterans from across Negeri Sembilan, representing various veterans' associations, began arriving as early as 4:00 p.m. At precisely 5:40 p.m., the guests of honour—Major General Dato' Hj Semaon bin Hj Marjuki, Director General of the Department of Veterans Affairs (JHEV), and YB Adly Zahari, Deputy Minister of Defence—arrived and entered the hall.

PSP was entrusted with escorting the distinguished guests to the VIP table. We were also given the honour of accompanying the Hari Pahlawan commemorative cake to the stage, where it was cut by YB Adly before commemorative gift packages were distributed to representatives of each veterans' association for onward distribution to their respective members.

We were especially fortunate to meet and get to know many veterans, who generously shared their experiences of wearing the very uniforms that our members wore during the event. We also had the opportunity to take photographs with them.

At PSP, we continue to pray that all of our veterans remain under God's protection and are always blessed with good health, peace, and happiness.

26/07/2026
23/07/2026
Terima kasih kepada Tuan Rumah, Penganjur, Pengunjung dan Penyokong PSP
04/05/2026

Terima kasih kepada Tuan Rumah, Penganjur, Pengunjung dan Penyokong PSP

Sekali lagi, Mesyuarat Agung PSP telah berjaya dilaksanakan. Kali ini, kami berbesar hati kerana mendapat kebenaran untu...
27/04/2026

Sekali lagi, Mesyuarat Agung PSP telah berjaya dilaksanakan. Kali ini, kami berbesar hati kerana mendapat kebenaran untuk mengadakannya di Auditorium Muzium Kepolisian atas ihsan pihak PDRM.

Pendaftaran bagi 60 orang tetamu jemputan dan ahli berjalan dengan lancar, di mana setiap peserta turut menerima cenderahati. Tepat jam 10.30 pagi, mesyuarat dimulakan dengan ucapan Pengerusi yang merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua ahli, tetamu jemputan serta Tuan Rumah, YBhg. ACP Mohammad Sabri bin Haji Abdul Kadir, atas kesudian menerima permohonan kami untuk menganjurkan AGM di lokasi tersebut.

Mesyuarat diteruskan dengan pembentangan laporan keahlian, aktiviti sepanjang tahun lalu serta laporan kewangan. Seterusnya, sesi lain-lain perkara dibuka kepada semua yang hadir bagi berkongsi pandangan dan cadangan.

YBhg. ACP Mohammad Sabri bin Haji Abdul Kadir dalam ucapan alu-aluannya menyatakan sokongan terhadap usaha murni PSP dalam meningkatkan kesedaran masyarakat terhadap jasa veteran serta anggota yang masih berkhidmat. Encik Azril dari Wira TV turut merakamkan penghargaan kepada PSP atas kerjasama dalam merealisasikan produksi filem “Soldiers From Foreign Land”, dan kami mendoakan kejayaan filem tersebut menjelang pelancarannya.

Cik Olivia Lim yang mewakili industri pelancongan p**a berpandangan bahawa aktiviti PSP berpotensi menjadi tarikan pelancongan, dan mencadangkan kerjasama strategik antara PDRM, ATM dan Kementerian Pelancongan melalui penyediaan kertas kerja yang komprehensif.

Lt Kol Mohd Arif bin Ahmad Suparman mengucapkan tahniah kepada kepimpinan PSP serta mencadangkan agar lebih ramai generasi muda dilibatkan, termasuk melalui platform seperti podcast. Lt Kol Muhammad Zuraiman bin Abdul Ghani p**a berkongsi pengalaman penglibatan beliau secara tidak langsung dalam penubuhan PSP, serta perkembangan projek Galeri Dataran Pahlawan di Putrajaya yang diharapkan dapat direalisasikan dalam masa terdekat.

Kurator Muzium Tentera Darat, Mejar Zairol bin Haji Zakaria, menyuarakan hasrat untuk memperkukuh kerjasama dengan PSP serta mencadangkan agar generasi muda diberi peluang menyertai Ahli Jawatankuasa pada masa hadapan.

Mesyuarat kemudiannya ditangguhkan dan diteruskan dengan jamuan minum pagi. Para peserta seterusnya dibawa melawat tiga galeri Muzium Kepolisian oleh Inspektor Firdaus, yang memberikan penerangan menarik mengenai sejarah pasukan PDRM yang telah melebihi 200 tahun. Lawatan ini membuka peluang kepada ahli PSP untuk menimba ilmu serta menghargai pengorbanan anggota keselamatan. Orang ramai juga digalakkan untuk membawa keluarga dan sahabat mengunjungi muzium ini.

Majlis diakhiri dengan jamuan makan tengah hari serta acara cabutan bertuah, di mana pelbagai hadiah telah disediakan untuk para hadirin.

Kepimpinan dan ahli PSP amat menghargai layanan mesra, profesional serta kepercayaan yang diberikan oleh YBhg. ACP Mohd Sabri, para pegawai dan anggota PDRM. Semoga jalinan kerjasama erat ini dapat diteruskan pada masa hadapan.

Address

Kuala Lumpur

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Peminat Sejarah Pahlawan posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share