06/09/2025
Dalam setiap langkah kalian ke kelas ini,
aku melihat harapan. Bukan hanya untuk menjadi bijak, tetapi untuk menjadi insan yang tahu menghargai, tahu menyantuni, dan tahu berdiri dengan maruah.👍
Jika hari ini terasa sukar, ingatlah: belajar itu bukan perlumbaan, tetapi perjalanan.
Dan dalam perjalanan ini, setiap usaha kalian walau kecil tapi ia adalah cahaya yang sedang menyala.
Aku di sini bukan untuk menilai, tetapi untuk menemani. Untuk menyokong, dan untuk mengingatkan bahawa kalian mampu.💪
Teruskan melangkah dengan sabar, belajar dengan ikhlas, dan hidup dengan rasa syukur.
Selamat Maju Jaya💪
Iklas dari - Cikgu Eric
fans